Wednesday, December 14, 2011

palm reading??


Hari itu hari jumaat, minggu itu minggu balik bagi pelajar asrama penuh Sains Tuanku Jaafar.

saya dan kawan-kawan tak sabar nak pulang ke rumah setelah kepala ni serabut dengan persediaan SPM. balik rumah harapanya dapat tatap muka mak ayah, dapat juga pahala :)

matahari agak terik tengah hari tu. saya tengok jam, hampir pukul 1.30pm. palajar lelaki masih belum pulang dari sembahyang jumaat. inilah peluang kami, kalau terlambat mesti terpaksa berebut bas dengan pelajar lelaki. budak lelaki peduli apa, bersempit2 dalam bas dengan pelajar perempuan memang suka sangatlah depa

dengan beg Garfield balik kampung tu saya dengan 2-3 orang kawan saya bergerak ke luar simpang kampung gentam. jauh berjalan, peluh mula merenik di dahi. dalam perjalanan terjumpa beberapa belajar perempuan lain. ada seorang dua budak lelaki yg tak tahu malu, jelas sangat escape sembahyang Jumaat. Saya dan kawan saya pandang memandang dan geleng kepala bila nampak mereka.

sampai juga kami di jalan besar. sudah ramai rupanya di tempat tunggu bas. susahlah macam ni, saya mengeluh perlahan. 1 bas.. 2 bas.. 3 bas.. terlepas. ramai sangat. bas ke 4, kami tak kira kami serbu naik. tapi terpaksa kami berdiri sepanjang kuala pilah- seremban. kami sakit wooo~~ huhu

masa bas berhenti dekat Terachi kalau saya tak silap baru saya dapat tempat duduk, tapi tiba2 naik seorang uncle cina yg agak berumur. saya pun bangun dan bagi dia tempat duduk saya. uncle tu tersenyum, berterima kasih. 

sekali sekala saya toleh ke belakang, bersembang dengan kawan saya. tangan saya pada palang kerusi depan uncle cina tu. dengan ekor mata, saya nampak uncle tu perhati lama tangan saya yg memegang erat palang kerusi tu. sekali sekala dia mendongak memandang saya dengan muka penuh kagum. kemudian dia tunduk lagi dan tekun memerhati tangan saya. saya mula rasa pelik. apa tangan saya ni macam alien ke?

Saadah, kawan saya mula angkat kening -" kenapa dengan uncle tu?" bisiknya
saya angkat bahu. "tak tahu!"

uncle tu mendongak kembali. muka penuh kagum, " waaaahh... u ni manyak pandai! manyakk pandaiii!!" tiba2 uncle tu bersuara dengan penuh semangat dan perasaan kagum sambil memandang saya. jari telunjuknya di tunjuk ke tangan saya yg sedang erat memegang palang kerusi di depannya. saya terkejut dan pelik, tapi saya diam dan balas dengan senyuman. 

tak putus asa dan masih dengan rasa kagumnya, dia pandang pula Saadah dan mengulangi kata2nya. ramai juga menoleh memandang saya.

sampai sekarang saya tak paham uncle tu. palm reader ke dia? hehehe

p/s- dalam Islam tilik nasib ni haram, kalau lah kita tilik nasib, 40hari amalan tak diterima. nauzubillah. minta dijauhkann...




Sunday, November 27, 2011

yuhoooooo.. kalaulah dapat.. ^_^



Saya ni banyak berangan jugak. Hehe. Ni list benda2 yg saya berimpian sangat2 nk buat satu hari nanti. Tak banyak kali, sekali pun jadilah.. some of them dah dapat saya tunaikan, and some of them still in progress. Yg lain2, Sooner or later, tu saya tak tahu…


  • Bungee jump- SERIOUSLY SUPER AMAZING !
  • Travel around the world, esp 7wonders of the world
  • panjat gunung- setakat ni, just gunung kat Switzerland and gunung ledang, and gunung jerai je saya dapat. Itu pun tak rasa mencabar sangat sbb kat swiss saya naik train untuk ½ ketinggian , another ½ baru track sendiri. Untuk ledang sbb pakaian pun biasa2 je n panjat sikit je pastu mengah. Hahaha. Jerai gave me the most satisfaction sebab saya dapat sampai ke tempat air terjun yg sangat cantik, n perjalanan ambil masa dari pagi ke larut petang.
  • Paragliding- kat goa pernah la. Tapi tak syok sbb naik 2 orang, and saya ada kenangan yg tak hingiin saya nk imbas kembali. Dan, ini di laut. Saya teringin nk buat dari gunung
  • Roller coaster, solero shot esp: dah tertunai buat kali pertama dekat Disneyland paris!! Tak puasss!!! Seronok sangat! =)=)


  • Belajar tunggang kuda!!-- ni memang teruja sangat. Kalau boleh nk ada kuda sendiri jugak. Kalau la suami nanti pun pandai naik kuda mesti kacak abes.  Ada style! Hahahaha pastu boleh la kami tunggang kuda sama2 tepi pantai. Nama kuda dia Star nama kuda saya sweetheart. Ok dah merepek. Hehe


Itu je buat masa sekarang sebab panjang2 tulis nanti bosan pulak nak baca. Nanti insyaAllah saya update lagi




Friday, November 25, 2011

dont do that

masa saya travel hari tu (peristiwa ni berlaku di Liverpool), nasihat seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengetuk kotak ingatan saya malam ini..

"don't ever underestimate yourself, nai'mah! you've underestimate yourself too much"

Thursday, November 24, 2011

serabut


minggu ni saya betul-betul serabut, ok!

serabut kebende ntah.. rasa macam serba tak kenalah.

pliss.. kelas habis cepat. plissss.. posting clinical medicine habis cepat.

plis.. pliss.. plis. hmmmm..

oh, minggu ni saya sibuk. byk appoinment dgn hospital (T_T)

Wednesday, November 16, 2011

WOW!!

that's the 1st thing come out of my mouth.

transformer NIKE miniature shoe limited edition






canggih betul, unique, tapi tak tahu praktikal atau tak. hehe check it out!


Transformers Nike Crossover Miniature Toy Shoe Limited Edition - Megatron
Features :
  • 1 (NOT 1 pair of) miniature Nike Free 7.0 that can transform into Optimus Prime
  • About 6 in shoe mode
  • The transformed Optimus Prime wears the same sneaker it transforms into
  • Japanese import (NOTE: Convoy is the Japanese name of Optimus Prime); Limited Edition

Sunday, November 13, 2011

album lama (2)

Ha, hari ni pak cik jiran saya tu (pak cik man); upload gambar lama lagi. Tapi kali ni, dia upload gambar kami semua waktu kecil2 (termasuklah saya), dan anak2 jiran tetangga. Entah hari jadi siapa kami sambut masa tu pun saya tak ingat. hehe . Rajin betul pak cik man upload kan dalam album 'kesah' silam dia. Senyum lebar tau saya tengok gambar ni (^_^)


Budak kecik dalam bulatan tu, saya lah tu! hahahaha.. lain kan??

Saturday, November 12, 2011

stay on your path

stay on your path, it is non of your business
stay on your path, it is non of your business

stay
stay
stay

:)

Tuesday, November 1, 2011

album lama

ni contoh gabungan gambar lama dengan teknologi. ha, silalah teka yg mana saya :)

Ada pak cik jiran rumah saya di Malaysia tu, baru2 ni penuh album di facebook nya dengan gambar2 lama, masa muda. Seronok pula saya melihatnya. masa tu, mesti keping2 gambar tu sangat bermakna.. :)

Rumah saya pun tak kurang banyak album lama. tapi selalunya bila kawan datang memanglah saya tak pernah tunjuk sebab malu, selekeh sangat rupa saya hahaha.. saya ada satu album yg saya kumpul sendiri, gambar sejak saya lahir hingga darjah 6. Masuk sekolah berasrama saya tak banyak gambar. 2-3 ketul ja ada muka saya. Masuk kolej dah 100% zaman kamera digital.

Setiap kali saya belek2 album lama tu memang saya ketawa sendiri sebab lain benar muka saya dengan sekarang. Dulu... punya lah comelll  ahahahahaha *saja nak kembang hidung sat na.. =p * sekarang pun, "comel" haha. dulu putih, sekarang hitam. Dulu botak, sekarang mestilah ada rambut kan. ahahaha

Sekarang zaman dah maju, album pun dah tak laku sangat sebab album 'maya' lebih senang, jimat ruang dan senang access, dan archive. Mutu gambar pun tak terjejas. Terima kasih kepada teknologi.

Tapi, bila dah macam tu kadang-kadang gambar tak cantik pun dengan teknologi boleh jadi cantik. Jerawat boleh di 'delete' kan, yg cacat boleh betulkan.

So hanya orang yg betul2 mahir dengan teknologi gambar sahaja yg tahu menilai gambar yg betul2 asli. Orang lain macam saya hanya tahu melihat dengan mata kasar.. :)

Saya suka juga ambil gambar. Tapi apa yg 'tergambar' dalam kepala saya selalunya lebih cantik dari gambar yg saya ambil. *maksudnya saya memang tak ada skill lah ambil gambar yg ada class


next post saya akan cuba post beberapa keping gambar dari saya kecil sampai BESAR. hehe. okaylah, nanti senang2 saya bebel kat sini lagi, ya! salam.. :)


Thursday, October 27, 2011

lesson number 1

when u talked about things that bother u a lot for most of the times at the wrong time, u got people around u to blame u back for whatever u felt or voice out.

when u tried to figure out where u were in one's heart, you'll sad to death when u found a very heart breaking answer

when u think people around u understand u, very soon u'll figured out that is not true

when u think u're alone going through a disaster, u'll miss someone that actually always remember u, cheer u up and actually know u better than u thought... and gives u the hug that u need a most..

but when u cannot reach them,, u'll realize, nobody is more closer to u than ur creator.. Allah the most merciful.. and then without hesitation u'll know all the ujian are to make u CLOSER to HIM, and REMEMBER HIM...

then you'll pray to him "ALLAH BERIKU KEKUATAN.. " amin~

Friday, October 21, 2011

hobi3

Ok hari tu saya dah cerita tentang hobi melukis. Kali ni saya nk cerita hobi membaca pula.
Bila saya mula pandai membaca

Sebenarnya tak ingat pun haha. Tapi, satu perkara yg saya ingat, masa kecil2 dulu bila menonton cerita orang putih ke.. hindustan ke.. cina ke.. selalu saya minta mak/kakak bacakan subtitle. Sampai satu tahap, mereka semua tak mahu bacakan subtitle tu sebab tengah suspen/ ‘layan’ sgt dengan plot cerita tu. Akhirnya disebabkan saya geram dan sungguh-sungguh nak faham subtitle tu, dari rancangan2 televisyen saya belajar baca dengan laju J

Masa kecil2 saya suka baca novel penyiasatan. Tak banyak English novel sebab selalunya English novel mahal, dan saya pun tak pandai sangat English. Jadi banyak la novel melayu. Siri ekspidisi (yg membuat saya suka berangan panjat gunung), siri 3penyiasat, nancy drew, sekolah tengku asyikin, bla.. bla.  Masa ni markah karangan saya memang tinggi2. 96%-98%, selalu jadi karangan contoh. *kembang kejap, eh? Hehe*

Masuk sekolah menengah saya suka baca novel tangkap leleh ni terutama alaf 21. Tapi lama kelamaan saya bosaaannn sangat sebab plot dia sangat stereotype. Gaduh, cinta, cabaran, bahagia. Bosan.bosan. Jadi zaman2 ni saya banyak buat cerpen. Malangnya cerpen2 ni selalu habis tengah jalan. Puisi pun ada jugak. Memang saya ada satu buku khas untuk puisi2 ni. Hehe

Pernahlah kakak saya hantar puisi yg saya buat ke dewan siswa. Tak sangka terpilih keluar. Kecoh satu sekolah, sampaikan budak jr jadikan puisi saya sebagai persembahan semasa perhimpunan sekolah.
Sekarang? Ada juga, tapi macam biasa masih tergantung. Sedih tak punya banyak masa nk mengarang lagi.

P/S-Novelist sekarang yg saya tengah ‘hantu’ ialah Dr. Robin Cook. =)


Wednesday, October 19, 2011

know what?


I always have this thought; I would write a post about my hobbIES and put some of my drawing collections since I was year 1. I think they were amazing. wakaka. *ni kes masuk bakul angkat sendiri*

well, I did it, but just like most of my cerpen, it went only half way through.. sad, huh? I know.

hmm.. back in Malaysia, I have this so called scrap book of my drawings. Cartoons, plant, houses, bird, river, garfield,mickey mouse, etc..

I love to start drawing when i was about 2yrs old if I'm not mistaken. I love watching my big bro, which i used to call Abang do his drawing. It was like the best painting I've ever seen in my life.I still can pictured how beautiful it was, a shining red Ferrari car in the making. Maybe that was one of many reasons why I love red so much. haha

Then when Abang saw me watching him draw with too much attention and enthusiasm, I asked him to teach me to draw those (of course I talked to him with sign language since he can't hear nor talk). He smiled, and took a small note book on the right of the table, asked me to bring a book which I used to conteng2. Then on the notebook, he pointed out a picture of a very well known cartoon during that era. FIDO DIDO!! the 7UP 'model', hehe. To Abang surprise and mine too, it turns out I did it very well, and Abang marked my drawing, give me A++... there it goes.. my loves for drawing grows and grows =)

Then I started imitates whatever my siblings draw. My sis draw a typical  rumah papan with birds flying and a tree on the side of the house. Her teacher give her an A, she pasted it on the door of our parents bedroom. I also did the same thing, except Abang was the one giving me an A. hehe

I participate in every drawing contest. Poster, portrait of our 1st prime minister.. etc.

2 best memories I've held were:

  1.  participate in the national competition during the KOMANWEL98'
  2. selling my drawings like pisang goreng when I was in yr 2
but now sadly I didn't draw as much as I did before... and obviously my collection seems to stop since i entered KMS =(

Tuesday, October 18, 2011

maafkan

tak siapa sempurna.

saya tak, anda pun tak

jadi bila ada orang yg terlanjur kata

anggap saja itu tidak disengajakan

walaupun kalau difikirkan, memang tak layak dimaafkan

kata nista herdik hina..

tapi siapa kita untuk menghukum

kerana kita juga bukan sesiapa,

cuma hambaNya yg menumpang di bumi Nya



Sunday, October 16, 2011

Senyumlah wahai cek mek molek!


Hari ini dalam sejarah. *sejarah la sangat, kan? Hehe*
Setelah sekian lama tak berjawatan, kali ini saya menjadi AJK makanan untuk majlis sambutan junior muslim dan muslimah aka LIQA’ MAHABBAH.
Dan Alhamdulillah, saat saya menaip sekarang, sudah setengah jam majlis berakhir dan selesai sudah tugas saya. Seronok betul rasa setelah sekian lama saya tidak berkenduri kendara. Sekali sekala ingatan terimbau pada saat saya dan keluarga bertungkus lumus memasak untuk catering. Masa tu, saya ni tukang kacau dan cedok lauk je. Kali ini, saya perlu masak pula.
Semasa saya diberitakan tentang jawatan ini, ada yg terang2 menempelak saya. Hamba Allah itu mengatakan dia pelik bagaimana saya boleh dijadikan AJK sedangkan saya TIDAK TAHU BERURUSAN DENGAN KAUM ADAM ni. Saya tak marah, saya akui itu kelemahan saya dan saya akui saya ini tiada daya kepimpinan. Jawatan kali ini.. banyak yg saya pelajari.
1.       Saya tahu saya masih perlu baiki cara saya berususan dengan kaum adam ni. Saya tahu saya ni banyak kurangnya. Mungkin saya ada terlepas kata. Tapi sebenarnya, jauh di hati saya saya ingin kami ‘mesra hati’ semasa bekerjasama. Tapi bukanlah maksud saya tu zina hati. Saya akui ada juga yg ambil kesempatan ini untuk berdua2an, maka saya rasa berdosa andai saya tak tegas menegur mereka. Kerana kami berkumpul kerana Allah, tak mahu saya usaha ini terpalit dosa..
2.       
3.       Apa-apa pun, saya yakin ada sesuatu yg Allah mahu tunjukkan kepada saya.. =)
4.       Yg paling utama, saya tahu saya ni kurang senyum. Aduhai.. macam mana agaknya saya mahu senyum sambil serius bekerja? Sebab itu saya suka bekerjasama dengan mereka yg periang. Sebab mereka yg beginilah yg membuat hidup serius saya bersulam ceria =D terima kasih kepada mereka yg berani menegur dan mengingat saya supaya senyum. Maafkan saya dengan muka tak senyum saya..

Usai tiba di rumah, tau apa yg berlaku kepada saya? Saya terbaring penat, tapi muka saya penuh dengan senyuman.. dan sekarang saya menaip entry kali ini, dan senyuman masih bergayut di bibir saya yg tak munggil macam Angelina jolie. Hehe
p/s- maaf tak terpamer di depan kawan2 semua.. J J

Monday, October 3, 2011

tell me



know what?
i think somehow, someway, i am lost.

what's happening? i wonder..
where is my usual self?

is the so called new me is better?

travelling makes me thinks a lot. about almost everything..

sTuBbOrN??

30 jan 2011, 5.33pm

Come to think of it, somehow I realise how stubborn I am in holding to my own principal.
Last few days someone give me a chocolate although I refused to accept it. Why? It is simply because I don’t think I can accept those with BIG and OPEN heart. I don’t want to betray that person or my own feeling. I don’t want to act cool when I’m not. Maybe I was laughing, but it just feel it is not right for me to accept that chocolate because I really know what is the hidden meaning behind it. Lastly the person sit next to me was force by that person to put the chocolate inside my bag and later the lecturer comes. I totally forgot about it. But to tell you the truth now, although I love chocolate very much but still, I haven’t eaten those.
Last few years during my college life I got a dunkin donut request, without knowing who the sender was. Just a few words on the wish card with the initial of his name. Me, being stubborn; promise to myself that I would not eat it unless I know who the sender was. So I tried asking among my friends but the answers were always ‘not me’ till I was about to surrender. I thought someone want to play dumb with me. But I guessed I was wrong when suddenly someone text me. Only then I know, then I eat it.
Seriously, I don’t know whether this stubbornness of mine is acceptable or not. (T__T)?
You tell me.

Friday, August 12, 2011

benarkah syaitan dirantai di bulan ramadhann??



Adakah jin dan syaitan boleh menganggu manusia di bulan Ramadhan sedangkan apa yang kita tahu jin dan syaitan telah di rantai dan di ikat sepanjang bulan Ramadhan ini, tetapi,mengapakah masih ada manusia yg terkena kerasukan jin dalam bulan Ramadhan nie?


jawapan dari forum halaqah:


1)Assalamualaikum...

Sejauh pandangan saya yang masih dangkal dan perlu diperbetuli, Allah tidak merantai Syaitan itu dalam konteks kefahaman manusia tetapi lebih kepada kiasan Nafsu manusia yang telah lama dilatih Syaitan...barangkali itu yang dirantai iaitu Nafsu Haiwaniyyah yang bermaharajalela dalam diri manusia...

Bulan Ramadhan dilihat sebagai tempoh pengasingan dan pemulauan terhadap sebarang usaha untuk membiarkan Nafsu Haiwaniyyah manusia dari terus berkerja, maka tempoh bertenang diberi sebulan oleh Allah untuk Nafsu diikat dari dibiarkan...Syaitan masih ada begitu juga Jin yang mengganggu manusia tetapi Nafsu yang diikat dari dipengaruhi oleh Syaitan di bulan Ramadhan ini...

Bulan Ramadhan atau bukan, Syaitan berikrar menyesatkan manusia 24 jam dan sepanjang usia mereka tanpa henti hingga Hari Pembalasan...ia tidak diberi kerehatan dalam menjalankan tugas menyesatkan manusia...dengan kepakaran ribuan tahun memperdaya manusia dan melatih Nafsu Haiwaniyyah manusia, bulan Ramadhan bukan menjadi sebab untuk Syaitan dibelenggu dek kerana perjanjiannya terhadap Allah suatu masa dahulu.

Manusia diberi tempoh sebulan untuk mengunci kembali Nafsu (Rikudo) dengan kembali kepada keta'atan untuk menekan Nafsu dari menguasai diri...moga-moga dengan latihan sebulan Ramadhan, manusia dapat manfaat untuk kendalikan Nafsunya dengan teratur...  -Shohib Mirbat


 2)
Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi :saw, sabdanya :-

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam



3)Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

(yg membuat kesimpulan tentang 2 dan 3):
Assalamualikum..
kedua-dua pendapat ini adalah benar, khilaf dikalangan ulamak..boleh diguna pakai kedua-duanya..

Wednesday, August 10, 2011

yg LEMBUT, yg HALUS, yg MEWAH ^_^



Hari ni je, permulaan hari bergedebuk-gedebak saya dapat shocking news. Betul…. Tak tipu…! Nak luruh la jantung saya ni dengar. Ada yg gembira, ada yg sedih sampai saya menangis. Housemate saya yg tak tahu menahu tengok saya macam orang tak betul dah. Haha

Saya call mak, kakak, ayah, semua orang saya call. Masa saya telefon mak, dalam hampir sejam bersembang tu, tergelak besar saya dan mak bila saya buka cerita pasal bakal abang ipar saya. Kami ni memang  tak pernah beramah mesra, saya ni banyak diam. Yelah, tak biasa. Nak panggil ‘abang’ pun rasa meremang. Haha. Ntah apa2 je saya ni. Padahal, dia ada jugaklah tolong saya beli barang2 sebelum saya balik india, bagi hadiah birthday etc.

Nak dijadikan cerita, semalam dia ada tegur saya di FACEBOOK. Dia panggil saya ‘dik’ dan ayat dia skema gila. Mati-mati saya ingat dia ni kawan sekolah menengah. Baru nak ‘sound’ sebab mamai ke dia dok panggil saya ‘adik’. Sekali bila tgk profile pic rupe2nya bakal abg ipar saya tu. saya pun teruslah minta maaf banyak2. Lepastu kata abang ipar saya, dia sebenarnya pun takut nak tegur saya kat fb tu sebab takut saya marah. LOL. Ha.. part ni yg saya dengan mak gelak habis tu. lebih kurang macam ni lah dialog kami:

Saya     : mak, imah ni ada aura ke mak? Aura garang?? *ketawa geli hati sungguh saya sambil bertanya*

Mak     : *ketawa* ntah, bukan maksud nama imah lembut ke?

Saya     : a ah, yg halus, yg lembut, yg mewah. Hahahha. Tapi mak kan, apa yg ‘halus’ nye mak? Imah ni gemok je! *ketawa lagi kami anak beranak*
Ha, lepas tu lembut. Apa yg lembut mak??

Mak     : ntah, jalan pun macam rock je.

Saya     : ha?? Mak kata imah jalan macam rock?? Ish mak niiii..!! biar betul! Hahaha

Mak     : iyelah.. macam rockers! Hahaha

          Saya     : ahaha imah rasa imah jalan biasa je mak! Ala.. macam mana ni.. malu nye mak. Imah jalan macam rockers?? Hahaha

mak pun gelak lah, kan.

Saya     : mak, mewah apa pulak mak??

Mak     : ketawa kot!!!


HAHAHAHAHA yg ni, memang nk terburai perut ketawa! Akhirnya, sampai ke sudah kami tak tahu apa yg “aura garangnya” saya ni… aduhai.. tak kenal, maka tak cinta. Kenal2 lah saya, tapi jangan lah semua nk jatuh cintan pulak dengan saya. Hahah. Ok dah merepek. Nak exam ni, tu yg tak betul sikit. Sabtu ni dah start. Doakan ye… Babai.
Salam~

Saturday, July 23, 2011

cara dapatkan hati bersih dan tetap hidup

tapi rawatlah ia

Posted: August 10, 2009 by wana93 in TAZKIRAH

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??
1)      Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2)      Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
3)      Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”

...


i need patient
hardworking
study smart
 focus
concentration
focus
concentration
.....
...
...
..

no matter how long the list goes, then i figure out that all i need is faith to Allah.

USAHA. DOA. TAWAKKAL.

ya Allah, tenangkan dan terangkan hatiku, lapangkan dada dan fikiranku, permudahkan urusanku.. amin ya Rabb..~

Friday, July 15, 2011

ujian

HARI INI SAYA jatuh LAGI.

kali ini, kaki belah kanan saya terseliuh.

tak tahulah saya kenapa saya makin "clumsy" ni. sedih.sedih.

tiap kali saya jatuh, saya mesti terfikir, "Allah nak beri balasan atas apa2 dosa saya kot, moga2 dengan ujian kecil ni terhapus sikit dosa saya yg menggunung tu.... "

tapi saya tersedar satu perkara lah.. setiap kali saya sakit, terpotong jari dengan pisau ke, luka kene tin tajam atau jatuh macam tadi ni, saya tak menjerit pun, *jerit dalam hati je lah* sedangkan sakit gila kot.. huhu

kenapa saya makin clumsy? saya tak ada jawapan. tapi yg saya pasti, hati ni rasa sayu sikit.........

Thursday, July 14, 2011

hari demi hari

banyak sangat perkara dalam otak ni, dah nk bersawang blog ni tanpa post. banyak sangat benda yg jadi. jom saya listkan sikit.

  1. haritu rumah dimasuki anjing jiran. dah la besar, hitam pulak tu. adeehh..
  2. hari ke 2 exam block 4, auto yg saya naik accident kat simpang depan pejabat pos tu. boleh pulak pak cik auto tu keluar turun, tinggal saya dan kawan dalam auto tu ketakutan sebab cerun sikit simpang tu, auto tu bergerak menuju ke tengah jalan yg sibuk. saya dah ready nk lompat turun dah masa tu (#_#)
  3. Serafin, kucing saya tu muntah darah dengan teruk sekali. takut kami satu rumah tengok. sampai 'lunyai' badan dia, letih muntah2. saya makan ikan/ayam tepi dia pun dia tak berkutik langsung! masa tu saya memang tahu dia dah tenat.. sian diaaa..wuwuwuw
  4. saya makin tak berapa sedap duduk rumah sendiri ni sebab rumah saya ni, pagi ke, tgh hari ke, petang ke, sama je. lampu 24 jam bukak. siang malam pun saya tak tau. gelap ,redup dan sejuk.
  5. Masuk semalam, dah masuk barang ke erm.. berapa ntah , saya beli di ebay. haha
  6. Alhamdulillah mak selamat pergi dan pulang dari umrah
  7. tengah hari tadi saya terjatuh. sakit ok. nak ambil exam tadi sakit je. tak dapat buat clinical skill betul2.
  8. tadi geng travel call, nak pengsan tiba2 bila dengar berapa yg saya kena bayar pada dia. (@_@)

ok lah. banyak je benda jadi, tak tercerita dah. nanti2 lah. ye.

Tuesday, June 7, 2011

ingatkan permata rupanya palsu belaka!

Moosun tiba lagi. Hujan hari2. Ramai pula yg stay di lecture hall hari ni, di luar hujan kian lebat.
Di sebelah saya gadis A duduk muram. Diam. Kadang kala dia menarik nafas dalam, dan cuba mengukir senyuman yg jelas palsu di mata saya. Saya tak mahu memaksa A bercerita. Saya diam, menunggu dengan penuh sabar untuk A membuka mulut.
“tak tahu macam mana nak cerita, tak tahu mcam mana nak mula.. “ katanya berulang kali.
“tak apa, take your time,” balas saya.
Sebaik A mula bercerita saya terkejut mendengarnya. Patutlah selama ini A bermuram durja. Patut lah juga dia banyak diam dan tak ceria seperti sebelum ini. banyak meneyndiri. Tujuan saya cerita disini bukan ingin membuka pekung didadanya, tp ingin meminta pandangan kalian apa bagaimana harus saya tolong rakan saya ini. kasihan sungguh dia, luka di hatinya kian parah dan dalam. Bernanah pula.
A cerita kan kepada saya, rakan baiknya sudah berubah. Dia sudah tidak kenal lagi rakannya. Perubahannya mendadak sekali sejak dia mempunyai buah hati pengarang jantung. Katakan rakannya itu sebagai B. walaupun A tidak langsung menyebut nama rakannya itu saya dapat mengagak siapa orangnya. Dan, sungguh, saya terkejut dengan apa yg B telah lakukan kepadanya. B kelihatan sebagai gadis yg lembut dan manja. Kalau orang yg tak kenal dia sangat macam saya ni, saya juga akan turut katakan gadis B itu ok. tambahan pula bila B berbicara dengan orang lain baik2 sahaja, tak adalah berbahasa yg kurang wajar atau apa2. Bak kata budak2 perempuan disini, comel2 je lah.
Tapi dari cerita A saya faham kenapa A begitu sengsara. Siapa sangka B yg ‘kelihatan’ baik itu sering kali menengking dan meninggi suara terhadap A. bahasanya cukup mengguris hati. Kasar. Kalau saya pun, mahu kena pelempang juga dia ni. Tambah pula sejak berbuah hati ni, langsung A diabaikan. Konon dulu di war-warkan, “antara kawan dengan pakwe, kawan lagi penting sebab kenal kawan dahulu sebelum kenal pakwe, lainlah kalau dah kahwin sebab kena dengar cakp suami”. KONON. Tapi selalu B tidak mengendahkan A kerana berbalas SMS hampir sepanjang masa dengan buah hatinya itu. sampai tidur lewat2. Bila A menegur, supaya ingatkan Allah dan berjaga2 dalam hubungan B lantas menaikkan suara, bebal. Marah2 siap kata A jaga tepi kainnya. A telan semua dengan perit. Tidak pernah diceritakan kepada sesiapa aib kawan yg amat disayanginyanya itu.
Bermacam –macam nasihat saya hamburkan kepada A, tapi rupa-rupanya A sudah cuba berbagai cara. Kerana dia teramat buntu, barulah dia boleh bercerita kepada saya, inginkan pendapat bagaimana dia dapat menyelesaikan masalah ini. A kecewa sungguh kerana dirinya sering dipandang hina kawan2 lain. Sikapnya yg tegas dan mukanya yg sering serius sering dijadikan bahan ketawa. Sering dikatakan garang tak bertempat dan kurang sabar. Sedangkan, betapa sabarnya A setelah saya mendengar ceritanya, hanya Allah yg tahu. Segala ditelan sekian lama, dicuba ukir senyuman, tapi bila saat mukanya tidak mampu lagi mengukir senyuman, dia perlukan tiang untuk bersandar dari ujian2 yg mengusik jiwanya. Tapi biasalah manusia, (termasuk saya lah tu) menilai dari luar itu satu perkara biasa. Saya juga pada mulanya fikir A ini sangat muram, macamlah dia seorang saja bermasalah. Tapi kini saya faham sebenarnya dia banyak memendam segala, memendam rasa seorang diri, hingga tidak tertanggung lagi barulah segalanya terpamer di muka, tak dapat disorok dengan senyuman palsunya lagi.
Betapa B pandai berlakon, kalau ada apa2 sikit2 menangis di khalayak ramai. Sedangkan dia(A) yg terdidik dari kecil, berserta pengalaman membesar dengan penuh susah payah selalu mencekalkan hatinya supaya jangan bazirkan air mata dan menunjuk diri itu lemah. Kesabarannya menggunung. Orang ramai apa lagi, pasti berasa simpati terhadap B, dan malang sekali nasib A kerana sekali lagi dipandang jelek orang ramai dan dituduh kasar dan garang tanpa bertanya kepada A apa yg telah B lakukan kepadanya. Sehingga kini, kalaulah B menangis, terus orang membuat spekulasi pasti A punya angkara. Astagfirullah…. Kasihan bukan?? Remuk hatinya hanya Allah yg tahu.
Marah juga saya pada B. sungguh saya tak sangka B berperangai begitu. Baik pada luaran tapi sebenarnya busuk dalaman. Saya tak tahu apa lagi nasihat yg wajar saya berikan kepada A, kerana nampaknya dia sudah berhempas pulas dan berusaha bersungguh2 menyelesaikan segalanya sendiri. Saya tahu betapa A sayangkan kawannya. Seringkali dalam ceritanya itu dia menyalahkan dirinya sendiri, sedangkan saya yg mendengar pun tahu terang2 B sangat bersalah.
A mengesat air matanya yg melimpah ruah. entah berapa lama disimpan air matanya itu. saya biar dia menangis puas-puas. sampai tersedu-sedan dibuatnya. bila orang makin ramai A sedaya upaya cuba menghentikan tangisannya. dikesat air matanya sayu. kasihan sungguh saya pada A. dalam betul luka hatinya, berat penderitaan yg ditanggung sekian lama..
Yg dapat saya katakan, doakan saja supaya B sedar kesilapannya. Saya doakan mereka berbaik semula. Dan saya doakan, supaya kawan2 lain tidak lagi menilai dari luar, nilailah hati, bukan luaran semata. Andai kalian punya idea bagaimana harus saya tolong A, sangat saya alu-alukan, kerana saya sangat ingin membantu A..

Saturday, June 4, 2011

muhasabah

3 June 2011
Seusai saya membaca alquran tadi saya menyelak2 helaian lain; sengaja ingin mencari ayat-ayat cinta dari NYA yg banyak saya tanda. Ayat kesukaan saya. Tapi mata saya terhenti pada terhenti pada sekeping nota kecil yg saya titip buat diri sendiri. Satu peringatan.
“Ya Allah, elakkalah aku dari menggunakan zakat dari orang ramai ini kearah yg salah dan yg Engkau murkai”
Antara bait yg tercoret disitu. Terus fikiran saya melayang teringatkan zakat2 yg saya terima dari SANTUN, jiran tetangga, dan biasiswa ini juga. Masha Allah, tak terbalas rasanya. Sebab itu perjalanan saya ke Europe September ini saya berharap penuh perisian dan membuka mata saya untuk mengagumi kehebatan dan kebesaran Allah lagi.
Teringat saya pada tulisan rakan SANTUN dalam buku kami “PERJALANAN YG PENUH BERLIKU”. Kalau tak silap saya saudari Husna namanya, kecil sahaja orangnya tetapi tak segan berkongsi idea. Saya pernah berjumpa dengannya sekali dua dalam program yg saya sertai. Saudari husna ini datangnya dari keluarga yg sederhana, seperti saya. Tak mahu saya label kami sebagai miskin seperti yg tertera di borang2 sekolah yg kami perlu isi satu ketka dulu. i.e bila total pendapatan keluarga berjumlah <RM 1k saja.  Sebab bagi saya insyaAllah, kami cukup serba serbi J Cuma tidaklah berlebih-lebihan seperti orang lain.
Berbalik pada tulisan saudari husna, satu ayatnya yg tak boleh saya lupa sehingga sampai sekarang adalah
“kemiskinan dan kesusahan itu sebenarnya adalah satu nikmat, saya bersyukur kerananya”
Kata-kata ini menjentik hati saya. Benar. Benar, bukan? Malah, kekayaan dan kesenangan itu juga pakej nikmat yg datang bersama ujian, kan? Konsepnya sama, Cuma penyampaiannya berbeza. Perkara yg Allah uji disini adalah kesyukuran kepadaNYA, kebergantungan kepada NYA. Kemiskinan itu satu nikmat supaya kita tahu betapa manisnya nilai satu dirham. Kekayaan itu, selain nikmat juga adalah ujian untuk lihat adakah kita memilih kekayaan dunia atau akhirat?
Banyak lagi perkara mahu saya kongsi tapi masa tak mengizinkan pula. Esok masih perlu ke medan pertempuran. EXAM masih belum tamat, ada satu paper lagi. Doakan saya ya J

Saturday, May 7, 2011

kenapa pula ni.. (=.=)?


Sampai hari ini, saya dah tak tahu dah berapa kali saya diserang sakit kepala yg agak dahsyat, berturut-turut pula selama 2-3 hari. Sakit sampai rasa nak jalan pun tak boleh, macam nak jatuh je. Sekarang ni kalau saya duduk pun kadang2 rasa macam dunia sekeliling tgh senget dan pusing sedikit, tapi untuk seketika sahaja(pasal ni saya tak pernah lagi saya beritahu siapa2).
 Risau pulak saya, entah apalah yg tak kena dengan saya ni.
Sudahlah saya selalu bersendirian terutama semasa saya belajar di foodcourt, masalahya waktu saya nak balik tu selalu pula rasa nak terjatuh. Maka saya terpaksa duduk lebih lama di foodcourt sampai saya rasa stabil sikit.
Saya memang selalu sakit kepala, serangan pertama semasa darjah 4. Tapi masa tu doctor kata sakit saya ada kaitan dengan  gastric, jadi perkara tu berakhir di situ. Selepas itu masuk asrama toksah cakap lah, memang selalu sangat. Ramai kata sebab stress kot, hairan juga saya sebab kalau tak stress pun sakit kepala apa cerita? Migraine? Mungkin juga, tapi doctor selalu buat tak endah bila saya adukan sakit kepala saya ni sampai buat saya menyampah dan malas nk jumpa doctor dah.
Tapi sakit kepala yg saya alami semasa di sekolah asrama sebenarnya yg palingteruk saya pernah saya, sebab saya tak boleh berjalan langsung. Tiap langkah saya terasa gegaran yg sangat kuat di kepala, jadi saya perlu jalan macam siput. Sungguh saya tak bohong, kepala saya begitu sakit sewaktu itu.
Kali ini sakitnya sampai kebas leher dan tangan. Ahhhhhhh risaunya saya. Tapi jadual sangat padat, dan system hospital sini pun sangat leceh dan memakan masa. Sedihnya. Sebab itu saya diamkan saja sakit ini.. huhu moga2  cepatlah hilang sakit ni, amin~
p/s- sakit dan pening, lain tau.

Wednesday, April 27, 2011

PYAR IMPOSSIBLE?? =P

comey je rasa lagu ni haha. well, sebenarnya dalam lagu ni, hero tu bertaruh dengan heroin tu, bahawa cinta macam yg heroin tu mention adalah sangat impossible untuk dikecapi. enjoy!
p/s- jgn lupa pause dulu lagu dekat player tu eh =)

Thursday, April 21, 2011

cLiCk cLiCk!!!

Ramai orang suka ambil gambar di India ni. Dalam kalangan kawan2 satu course ni pun, dah cukup ramai. Saya ni setakat tumpang suka belek gambar je. Kagum toksah  cakap la, untuk orang yg tak tahu apa2 pasal lens etc macam saya ni just tahu nak hargai gambar2 yg diambil je =)
Saya bukannya kagum sangat dengan orang yg ambil gambar yang… orang kata kalau tengok dengan mata sendiri tak cantik, tapi dengan kemahiran dan kepakaran, yang tak cantik pun jadi bombastic! TAK. Maaflah ya, saya bukan peminat gambar macam tu.
Tapi saya SUKA SANGAT, gambar yg ada cerita… atau yg bagi kita Nampak apa yang kita selalu abaikan. Alamak. Belit2 ke ayat saya ni? Hehe ok, macam ni..
Gambar yg bercerita:
Jenis yg macam ni selalunya lebih kepada gambar orang. Gambar si penarik beca ke.. kanak2 jalanan ke.. peminta sedekah ke.. ha, macam tu. tapi yg saya mention  ni tema sedih la. Kalau tema happening, macam.. kanak2 yg ketawa. Comel! Tapi, klise la gambar macam ni kan. Antara gambar yg saya suka kawan saya ambil, gambar seorang budak kecil yg ambil gambar sweet mak dan ayah dia. Haha sooooooo sweettt. Suka sangat! Tambah pula saya ada kat tempat kejadian, memang saya eager sangat =) lagi satu, gambar budak2 india yg suka bila hujan turun selepas musim panas yg panjang, main air hujan. Gambar2 macam ni, bukan lakonan. Tapi rakaman detik2 yg bermakna dan ada cerita. Yang buat kita turut rasa perasaan mereka2 dalam gambar tu.. Itu yg saya suka. \(^_^)/
Gambar yg bagi Nampak apa yg kita abaikan:
Yg macam ni, selalunya lebih kepada gambar2 alam. Macam… serangga yg cantik2. Tunggul kayu yg memang orang tak pernah ambil tahu berapa umur dia. *sedangkan corak2 dari tunggul tu memberi kita ‘cerita’ tentang hayat tunggul tu* bunga2 kecil yg membiak dengan spora…., yg selalunya kita pijak je bila jalan. Cantiknya.. sungguh, gambar macam ni, penting untuk kita hayati ciptaan Allah dan hayati sifat Allah yg maha Besar
Ok. itu intro je baru. Haha. Sebenarnya saya nak cadangkan, kawan2 yg gemar ambil gambar ni mungkin boleh luangkan masa ke jalan pasar atau chow kit. Saya yakin, keyakinan hampir 98% yang kawan2 saya kat sini tak pernah pergi ke sana, terutamanya waktu malam. Yelah, kebanyakannya kawan2 medic ni kaya2, jadi macam tak ada purpose nak ke sana. Tapi rugilah mereka kalau tak ke sana, bagi sayalah. Saya kerap juga ke sana. Dengan ayah. Pergi sana, saya lebih hargai hidup ni. Saya tengok betapa orang berusaha mencari sesuap nasi. Si penjual2 yg meyakinkan pembeli, silap2 kalaulah dia seorang pereka software, pergi ke syarikat mana pun walau product tak sehebat mana, silap2 senang dapat buyers. Di sini juga, perlu saya cakap, yg tak patut dijual pun saya boleh jumpa. Faham2 je lah. Tapi, bukanlah dadah.

Peniaga2 di kawasan macam ni selalunya tidak berlesen. Kalau pegawai datang, kelam kabut mereka lari bungkus barang. Ha, pernah tengok situasi macam tu? sepupu saya pernah “ter”dapat barang free sebab penjual tu lari bungkus barang bila ada orang bagi amaran pegawai meronda. Siap ada secret code lagi bila mereka nak sebarkan yg pegawai sedang membuat rondaan. Menarik kan? Dalam seminit dua lepas tu, bila line clear terus mereka bentang kain, berniaga semula macam tak ada apa2 yg berlaku.
p/s- cerita ni belum tamat, tapi saya dah mengantuk. Nanti senang2 saya cerita lagi. Saya akan ceritakan lagi saya sebab musabab saya cadangkan 2 tempat ni. =)

apekahh?!!- akhir


Peristiwa
Hal ni berlaku masa prep malam. Malam tu kami ada kelas computer, makmal di bangunan sebelah yg perlu kami lalui jambatan penghubung bangunan.  Macam biasa kawan baik saya ni lambat lagi. Semua budak perempuan dah keluar tinggal kami berdua dan budak2 lelaki kelas, serious saya cuak, tak tipu. Saya takut betul dengan budak laki ni. Dengan kelam kabut kami keluar dari kelas. Malang nasib kami sebab secepat mana kami jalan, belakang kami ada sekumpulan budak lelaki kelas kami. Seorang budak india kelas saya cakap sesuatu yg amat memalukan saya dan buat saya rasa sangat marah dan bengang tahap maksimum. Tapi tak berani saya marah semula sebab bilangan mereka yg ramai. Tanpa saya sangka2 budak india tu kena marah dengan ketua kelas kami yg taiko tu, dan dia suruh budak india tu mintak maaf dengan saya.  Budak tu pun terus mintak maaf dengan saya. Dalam hati saya berterima kasih sangat dengan si ketua kelas, walau marah saya masih tak padam pada budak india tu.
Tak cukup dengan tu; budak lelaki kelas sebelah dalam perjalanan ke kelas mereka semula lepas tamat kelas computer mereka, jadi kami bertembung. Saya rasa CUAK DAN TAKUT SANGAT, OK! macam cerita samseng dalam tv. Saya dan kawan baik saya, kami berdua tersepit antara 2 gerombolan budak lelaki. Tengok muka kami yg cuak tu mereka cukup suka kenakan kami. Budak lelaki kelas sebelah semakin hampir, dekat sungguh sampai saya rasa nak menjerit. tapi mestilah saya buat2 'cool' je. Saya dan kawan baik saya pandang ke depan dan belakang selang seli. Laluan sempit koridor depan kelas, macam mana kami nk bolos dan larikan diri? Buntu. Budak kelas sebelah dah gelak2 sambil acah2 kami yg tersepit ni. Sekali dalam cuak yg teramat sangat tu taiko si ketua kelas sekali lagi menyelamatkan saya dan kawan saya tu.
“weh, bagi la diorang lalu’ katanya sambil berdiri di hadapan sekali dalam kumpulan budak lelaki kelas saya. Sekali cakap, semua budak lelaki kelas depan memberi laluan dan membiarkan kami lalu. Kami macam lipas kudung terus berjalan, hampir berlari dari situ. Takuttt!! Terima kasih banyak la, ketua kelas. Memang saya terima kasih sangat masa tu dengan dia malam tu. Tak tahu sebesar mana pengaruh si taiko tu. Nampak macam semua patuh dan cuak dengan dia.

Peristiwa :
Saya malas nak cerita lagi beberapa peristiwa, sebab dah panjang sangat. Haha. Jadi saya ceritakan klimaks cerita ni saja.
MALAM PARTY KELAS
Malam tu semua kelas ada party. Prep malam diganti dengan jamuan kelas akhir tahun. Tak ada cikgu pun, kami ja. Malam tu semua pakaian hebat2 belaka. lelaki dengan blazer etc, perempuam dengan baju design baru la masa tu, macam la jamuan kat hotel. Saya seorang je yg sangat sempoi, baju kurung dan tudung, jujur saya cakap macam tak ada party je pakaian saya ni.baju prep biasa je. Kawan2 pun tanya, pakai baju ni je ke? Saya cakap, tak ada baju lain pun hebat2 macam korang. Tapi saya puas hati je. Saya ni gaya2kan tudung pun tidak. Memang biasa je la.
Masa tu umur kan baru setahun jagung, jadinya aktiviti kelas pun ntah apa2 je. Ada satu tu, cabutan bertuah. Tapi sebelum dapat hadiah kena jawab soalan cepu emas dari dalam satu bekas misteri. *misteri la sangat haha*  sekali nama saya ‘tercabut’lah dengan ‘tuah’. Saya pun kena lah ambil satu soalan misteri, bila saya baca soalan tu saya tak tahu nak jawab apa sebab memang tak terfikir langsung apa jawapan saya. Nak tau soalan apa yg ntah apa2 dan sangat hingusan tu?
“siapa budak lelaki/perempuan yg paling handsome dalam batch kita”
Lepas baca soalan tu saya rasa nak tergelak. Apa punya soalan la. Budak2 kelas mula bising dan ketawa. Jerit mereka, sebab saya perempuan jadi kenalah cakap nama budak lelaki. Aduhaiii.. saya tak pernah terfikir pulak siapa yg paling handsome ke, macho ke, etc. seriously la saya tak tau nak jawab siapa. Saya tanya kawan2 perempuan siapa yg patut saya jawab. By horror and unexpected, budak lelaki kelas saya sepakat jerit,
“alaaa.. cakap je la Is..” jerit mereka ulang2 kali. Terkejut ok. dan cuak. Bingung2. Tapi saya langsung tak peduli kata2 mereka. Akhirnya kawan2 perempuan suruh saya sebut seorang budak lelaki ni dan soalan tu pun berakhir di situ, saya pun dapatlah hadiah ‘tuah’ saya. Saya tak tahulah budak2 perempuan kelas saya perasan ke tidak apa sebenarnya yg terjadi masa tu. tapi masa saya otw nk duduk semula di tempat saya, saya Nampak ketua kelas tepuk2 bahu mamat tu. eh? Apekah yg berlaku ni? Tak paham. Kalau paham, saya fikir, tak logic. Titik.
Dan malam tu saya dapat anugerah budak perempuan paling sempoi, si ketua kelas menyampai kan hadiah pada saya, senyuman pelik tu masih melekat pada muka dia masa menyampaikan hadiah tu pada saya.
Malam tu saya kira titik noktah pada semua peristiwa sebab lepas naik tingakatan kami tak lagi sama kelas. Saya pun tak tahu dah apa jadi pada mamat ni. Adalah dengar cerita sikit2 tapi buat apa saya nak ambil pusing, tak ada kena mengena pun dengan saya.  Haha. Sekian. Akhirnya, tamat jugak.  LOL
p/s- 1 pengajaran besar saya belajar dari peristiwa ni, tak payah la ingat nk buat justice dengan cara merepek macam tu. dan, sila2 lah paham ye cik Nai'mah oii, jaga2!! sebab bila orang salah faham tu, bukan senang nk 'fahamkan' orang =.='

Monday, April 18, 2011

apekah??! -3


Peristiwa:
Hari tu kami ada lab sains. Jadi semua berpusu-pusu ke lab yg terletak bawah kelas kami je. Saya dan kawan baik saya antara orang yg lambat juga la keluar dari kelas*sebab kawan saya ni selalu siap lambat* nak jadikan cerita masa kami tengah turun tangga, tiba2 saya mcam terdengar ada orang belakang kami, dengar macam bisik2 pun ada. Saya pun toleh la ke belakang nak tengok siapa kah mereka ni. Tengok2 rupa2nya mamat tu bersama ketua kelas kami. Ketua kelas saya tu dah senyum2 penuh makna dah, yg mamat tu pulak muka serba salah.  Saya cakap pada diri saya, mereka ni cakap benda lain kot, tak ada kaitan dengan saya. Nanti orang kata saya perasan pula. Dengan pemikiran macam tu, tanpa balas senyuman si ketua kelas saya terus pandang ke depan dan terus masuk ke lab. Kawan baik saya pun tak perasan apa yg berlaku.
Dalam lab, cikgu bagi kami kerja dan tinggalkan kami sebab ada hal yg perlu diuruskan. Meja saya dan mamat berdua tu agak berdekatan. Dari tempat duduk saya, saya boleh lihat mereka dengan jelas. Mereka pun boleh Nampak saya, tapi kena toleh la sebab saya alih tempat duduk ke belakang. Tengah saya khusyuk buat kerja, macam biasa bila saya berfikir automatic mata saya melilau atau pandang ke depan. Tapi malangnya pandangan ter-distract dengan mereka tengah dok pandang arah saya. Irritated  betul saya rasa, tapi saya katakan pada diri mungkin mereka tengah perhatikan benda lain, sebab belakang saya mana ada orang lain dah. Penunu Bunsen kee.. tembikar ke..
Dalam sekilas pandang tu saya Nampak si ketua kelas yg taiko tu senyum2 lagi, tangannya disiku2 mamat tu dan saya Nampak dari gerak mulut si ketua kelas dia cakap, “dia tengah pandang tu, tegurlah!” saya terus pandang buku saya dengan niat nak sambung kerja. Sekali saya terdengar mamat tu bersuara tinggi dan kasar, terkejut juga saya tambah2 kelas tengah senyap-sunyi. Mamat tu cakap “Biarkanlah diaaa!” mestilah semua orang pandang mamat tu dan ketua kelas tu. saya pun tengok jugaklah, nak jugak tau apa yg jadi. Rupa2nya si ketua kelas taiko tu kena marah dengan mamat ni. Muka mamat tu yg serba salah masih begitu memandang saya dan si ketua kelas masih dengan senyuman dia tu. aduh.. apehal ni? Saya cuak kalau2 orang dapat hidu apa yg berlaku saya terus tunduk, sambung buat kerja dengan harapan apa yg saya fikir tu hanyalah fikiran merepek saya. Tak logik2!!

Saturday, April 16, 2011

bila hati tak ikhlas

stop kejap cerita nostalgia tu.

Orang kata, hati tu biar ikhlas buat sesuatu. Saya nak marah diri sendiri ni sebab tak ikhlas 100% pun pergi majlis sambut junior tadi. Walaupun sebenarnya saya memang 98% tak nak pergi, tapi sebab 'paksaan' saya pergi gagahkan diri jua. Ni yang payah nya bila terpaksa ni, semua rasa serba tak kena. Baju rasa tak kena, kasut, tudung, nak duduk pun rasa tak kena, kena pulak tiba2 duduk sorang2 macam kera sumbang sebab tiba2 geng dah pi duk ceruk mana ntah, dewan kecik tapi nak sumbat semua camtulah. Nak cari kawan sembang pun tak boleh ley beb, sebab mood ntah terbang ke mana. Pandang kiri kanan  i was like; huh? who are they? dan kalau ada yg kenal pun depa dok syiok habesla sembang dengan kroni2 depa nun.

ok memang rasa macam nak lari 100meter dari situ tapi mestilah mustahil, kat sekolah lama pun fail catatan masa. ketahuilah betapa penat nak buat muka palsu hepi2 senyum ni. Ntah menate ape muke kawe pun tak tau le dalam gambo.

dah tu pulak basic in ice breaking yg saya 'agak' mahir pun tiba2 hampir fail dengan starting yg boleh buat saya tanam muka dalam pasir *ok, exaggerate je tu* tapi yg bagusnya ice breaking tu tetap membuat group saya happening kembali. LOL.

ok plan saya untuk malam ni hancus habes, ye, harap maklum. Padan muka betul. Lain kali Nai'mah, hati biar ikhlas. Kena ingatkan banyak kali ni. kalau tak kena sebat. adoiii.

Friday, April 15, 2011

apekahh??!! -2

Saya tak sangka selepas peristiwa tu, semacam menjadi-jadi pula gossip saya dengan mamat tu. Memang saya tak tahu dan tak sedar, sebab nampaknya gossip tu laku di kalangan budak laki je. Budak perempuan, tak siapa tahu. Kawan2 lelaki kelas saya pun tak gossip dan kacau saya macam mereka buat pada budak perempuan lain. Ok, dalam hal ni saya bersyukur. Nasib baik la diorang tak merepek kannn…
Sungguh tak tipu saya tak sangka hal ni meleret. Satu perkara yg saya perasan, budak laki kelas saya tahun tu sangat baik pulak. Tak macam tahun lepas semua perangai kalah hantu. Kali ni, baiknya dan prtihatin mereka tu lain macam pulak sampai budak perempuan lain naik hairan dan tak kurang ada yg jelous. Saya rasa nak ketawa besar2. Tak logik2; fikir saya. *ini, saya tak sedar bila mula. Sama ada sejak saya masuk kelas tu atau selepas peristiwa gila tu*
Tapi saya faham je kenapa kawan2 cakap macamtu. Saya ni dah la tak cakap dengan budak laki, tapi antara perkara yg saya tak lupa…satu hari masa  discussion tentang persembahan kelas, saya tak berapa nak attentive sangat sebab selalunya idea saya ni orang tak pandang. Lagipun saya ni pendiamlah, tak bising sangat dulu. Saya ingat lagi, masa tu saya ketawa dengan kawan baik saya dengan idea2 gila kami. Ketawa perlahan je lah, kan. Kelas riuh dengan discussion. Tiba2 ketua kelas kami panggil saya, saya pun terkejut beruk kot. Serentak semua mata pandang saya. “nai’mah, ada idea tak?” tanyanya tersenyum-senyum. Terkejut, spontan saya geleng kepala. “pendapat pasal idea diorang?” tanyanya lagi. Kelas tiba2 senyap beb. Gulp! Telan air liur saya. Tapi nasib baik saya cepat relax dan Alhamdulillah lancar je saya bagi pendapat, dan senang pulak ketua kelas dan yg lain menerima. Tapi, ye saya tahu ada 2-3 lah yg tak berapa setuju. Budak perempuanlah, apa lagi.

hal ni buat semua budak perempuan terpinga-pinga. kenapa ketua kelas tu baik sangat dengan saya? kalau diorang pelik, saya lagilah...

Lagi satu peristiwa ni;
Ketua kelas saya tu ada nama panggilan yg buruk la. Kalau orang tak biasa dengar mesti gelak sampai pecah perut. Senior yg bg. Biasalah, asrama penuh kan, dah jadi budaya benda2 macam tu. Tapi kami dah biasa dengan nama tu. Cuma yg saya tak tahu, bila naik tingkatan nama junior2 ni bebas nak letak nama apa, dan ketua kelas ni dah ‘haramkan’ nama tu untuk dirinya. Kalau ada orang yg panggil habis kena maki hamun punyalah, gerenti! Tambah pulak budak ni memang kalangan taiko. Boleh saya cakap, ketua taiko. Siapalah yg tak kenal dia.. semua kenal. Tambah pulak jaguh criket dan olahragawan sekolah…
Ok nak jadikan cerita satu hari saya dengan jelas dan terang dalam satu perbincangan tu saya tersebut nama panggilan yg dibencinya sangat2. Sekali tu jelah,  dan perbualannya dengan lain2 terus berlangsung tanpa henti, tanpa apa2 berlaku. Gelak tawa, macam biasa. Tiada maki hamun.
tiba2 bahu saya ditepuk dari belakang, budak perempuan classmate saya. Dia tanya saya, kenapa saya panggil ketua kelas saya begitu. Habis tu nak panggil apa lagi? Jawab saya naïf. Kemudian dari dialah saya tahu yg dia memang benci nama pangilan tu. dan dia terus-menerus kata, betapa dia pelik kenapa saya tak diamuk ketua kelas saya tu. kawan2 perempuan yg berdekatan mengiakan saja. Saya terkejut juga, cuak pun ada, saya memang takut dengan dia ni, budak taiko kan.. cuak kot. Jadi saya bersyukur sangatlah dia tak maki hamun saya. Saya pernah je tengok dia maki hamun budak perempuan lain. Sakit hati gilalah kalau saya yg kena. Jadi saya cakap, dia tak perasan kot saya panggil dia begitu. Sebab2 macam ni saya takut dengan budak laki. Cukuplah pengalaman buruk dengan budak lelaki sebelum ni. Mulut semua tak  ada lessen. Sebab tu saya kekalkan low profile saya, tak mahu cari masalah. Kalau tak nanti saya jugak yg terluka.
Lupa pula saya nak beritahu, ketua kelas saya ni agak baik dengan mamat tadi, dan mereka ni satu kumpulan cricket.
*bersambung..
p/s- alamak, kenapa panjang sangat ni? Haha saya rasa macam tengah sembang dengan orang atau tengah tulis journal =p