Wednesday, April 25, 2012

enjoy & INSPIRED


saya suka baca blog orang. kadang-kadang tersenyum sendiri saya dibuatnya. yang paling seronok bila kita baca tentang sesuatu yg tepat-tepat terkena kat batang hidung yg tak mancung ni. masa tu, mulalah terfikir,

"aku ingatkan aku seorang je yg rasa macam ni" hehehe

lepas tu, bila baca akan rasa ter- inspired pula. itu yg baik, kan??

kadang-kadang kita tak tahu nak tulis apa, tapi akhirnya ends up dengan post yg panjang berjela.

kadang-kadang kita rasa nak pendam semua, tapi tup-tup dah tertulis semua pula..

kalau dulu orang menulis dengan tinta, sekarang hanya jari mematuk papan kekunci. erk?! buruk betul bila sebut papan kekunci. Perasan tak, ini ala-ala direct translation dari keyboard. hahaha

aiyaaa.. sekarang tak banyak masa nak taip post walau saya nak. Emm ok lah ni je lah buat masa sekarang.

p/s- sekarang saya posting psychiatry, susah betul nak elicit history dari pesakit... ada masa saya cerita pengalaman, ok? peace..!! salam~

Wednesday, April 11, 2012

perlukah saya ceritakan pada duniaa..??



Saya sangat berjimat orangnya. Saya ada impian. Impian yang besar.

1.       Saya mahu menjadi seorang doktor yg dapat menyumbang kepada agama, keluarga, bangsa agama dan negara

2.       Saya mahu mengerjakan umrah dan haji bersama mak dan ayah saya, semua kos ditanggung saya

3.       Saya mahu buka klinik sendiri

4.       Saya mahu membina sebuah rumah yg sangat selesa untuk saya duduk bersama mak dan ayah
Etc..ah,  perlukah saya ceritakan setiap impian saya ini?

Saya punya impian yg dah lama saya bina sejak saya kecil, dan saya akan cuba merealisasikannya dengan titik peluh saya sendiri. Maka sejak saya kecil lagi, sudah saya berjimat cermat. Setiap sen bagi saya begitu berharga. Saya mahu masuk universiti, dari sekolah menengah saya kumpul duit. Saya mahu menyambung pelajaran ke luar Negara, dari pra-perubatan di kolej saya kumpul duit dan wang biasiswa saya tidak disia-siakan. Sekarang saya di universiti, maka tinggal beberapa impian yg masih belum tertunai. Dan sudah pasti akan ada impian baru yg bakal dibina juga. Saya sudah mula kumpul duit dan berlabur untuk umrah, klinik dan rumah impian saya. Saya tak mahu menyusahkan mak dan ayah saya lagi. Cukuplah mereka bersusah payah menjaga saya selama ini. Apa sahaja yg dapat saya bantu mereka saat ini, saya gembira menghulurkan tangan meringankan beban mereka yg amat saya sayangi.  Tapi kenapa mereka semua (kawan2) memandang saya dengan hina?? Saya tak menyusahkan mereka pun.

Saya suka berjalan kaki dari naik auto (teksi di india ini) kerana saya jarang bersenam. Berjalan ke sana sini bagi saya satu senaman untuk saya. Bukan saya kedekut. Tapi kalau saya nk berjimat pun, menyusahkan mereka kah?? Ah, perlukah saya beritahu semua ini kepada mereka??

Saya tahu mereka semua datang dari keluarga berada. Mereka tak pernah merasa susah bagaimana mahu meneruskan hidup  dan mendapatkan sesuap nasi. Makan pakai mereka sentiasa tersedia sejak mereka kecil, tanpa gagal. Saya pula sentiasa memerhatikan bagaimana mak ayah saya membanting tulang empat kerat mereka demi kami adik beradik. Diam diam saya berjanji tak akan menyusahkan mereka lagi andai diri ini mampu meringankan beban mereka.
Ah, perlukah saya cerita semua ini kepada dunia??

Saya kecewa punya kawan sekeliling yg sedemikian rupa. Andai diri ini tidak berbekalkan ketabahan yg dibina sejak kecil, sudah lama bumi Manipal ini banjir dengan air mata saya. Andai tiada kesabaran terhadap tohmahan dan penghinaan dari mereka yg KAYA-KAYA, sudah lama saya kecundang dengan kekecewaan yg tidak terhingga.

Tapi syukur Alhamdulillah Allah masih berikan saya akal untuk berfikir dan hati yg cekal untuk semua ini.

Buat Kawan-kawan sejurusan di manipal ini;
kutuklah saya, hinalah saya. Saya hanya mampu berdiam diri kerana saya tahu tiada guna bercerita kepada anda  yg KAYA-KAYA. Ini sepatutnya menjadi sesuatu yg peribadi, entah mengapa saya ingin ceritakan di sini. Mungkin hati yg bernanah sekian lama terubat berkongsi dengan rakan SANTUN di sini. Cukuplah saya katakan sekali ini. Cukuplah.

Buat kawan2 manipal yg saya kasihi,
Jangan kasihankan saya. Saya tak perlukan simpati anda semua. Katakan saja kepada saya jika sesuatu perkara itu perlukan pelaburan dari saya. Andai sesuatu perkara itu adalah keperluan, saya tak lokek membuang duit untuknya. Tapi andai sesuatu perkara itu adalah satu kehendak semata-mata, perlu saya pertimbangkan banyak kali. Jangan kerana anda kaya, anda memandang saya ini begitu sengkek untuk berlabur . Saya tahu priority saya. Saya tak perlukan simpati anda. Inikan pula kata nista.
***Saya sukakan SANTUN kerana disini saya jumpa ramai yg memahami. Di sini hati saya boleh tersenyum berjumpa kawan-kawan yg ikhlas menghulur salam persahabatan (moga apa yg saya katakan ini benar). Dalam program-program SANTUN hati saya terubat melihat anak kecil yg senasib atau lebih malang dari saya, bukan kerana bergembira atas keadaan mereka tapi saya perlu menjadi kuat buat mereka. Menjadi contoh walau saya sendiri tidak sehebat mana. Tapi saya mahu supaya anak-anak kecil itu tahu, biar dunia ini kelihatan kejam tapi Allah sentiasa ada untuk kita. Dan saya mahu mereka dan kawan-kawan juga tahu, bahawa antara satu kebesaran Allah iaitu MAHA ADIL. Allah mungkin tidak mengabulkan apa yg kita pinta, tapi ALLAH sentiasa mengurniakan kepada kita; apa sahaja yang kita perlu untuk meneruskan kehidupan bukan sahaja di alam fana, tetapi juga di akhirat sana.
Al hadid:22-23 pengubat hati saya J