Saturday, March 23, 2013

farewell from pirate...

Well, I should post this first, its my friend- the Pirate Kitty wrote me this before i replied it with the poem u guys read before. Pirate said Pirate is lousy at goodbyes but i guess Pirate was a really talented Pirate Kitty! lol

I'm literally broke into tears early in the morning today while reading it since i thought i don't have a chance to say proper goodbye. But alhamdulillah Allah heard me and i was given the second chance to bid farewell properly to Pirate. Its really cute with all the emoticons but i sadly i cant post it here instead, only the text....here it goes...

Saying goodbye 
is the hardest thing to do
Me never thought me would
Especially not to you :(
You always listened
and knew what to say
Knew when to give me a smile :)
When me was having a bad day..
No one will ever take your place
Me can always promise you this
It's hard to find someone like you
So know that you'll always be missed :)
farewell my friend :'( :'( :'(
Live your life to the fullest

-PK-


Friday, March 22, 2013

Good bye my pirate kitty friend..



p/s-it takes me hours to finish this. just for my lovely friend. excuse me for the horrible grammatical errors. haha. I am gonna miss u very much! here it goes.........

We met as 2 cute cuddly kittens,
With fluffy furs and paws as hand
We said we’re from the land
But where we met aren’t in the skies nor on the land

When you see squirrels
They remind you about your quarrels
With the neighbour, or with me
But u tried your best to face it squarely
We can't reverse time's one-way flow,
But at least now I guess u already know
Just promise me this time you go
To calm your heart and let it go

Whenever you see the cutest bear bear
You can see me already there
We are breathing the same air
It’s just my body isn’t there

Look up the sky when you are feeling blue
You see the stars and also the moon
Sometimes you only see a dark view
But good friends are like that,
You don’t always see them but u knew
I am always there for you

Well you did had your shining moments,
Upon this life's darkened stage
and in my book of wonderments,
you'll never be just another page

Like the exploding of a star,
you've impressed me in and out
your light will travel with me far
past when all other lights go out

I don’t know why you mention starfish
It makes me hard to finish this (lol)
But I guess being on shore u see lot of these
So again, it will remind you of this awesome miss! Hahaha

Me, your neighbour and you
Are living somewhere in this space
Although I just know her through you
But I hope we will meet face to face
All the memories are yours and they will stay yours forever,
Whether people are there or not, memories will bind all of us together.

Saturday, March 16, 2013

seangkatan, sejiwa


pernah tak rasa macam seronok dan nak pecah dada bila "terjumpa" seseorang yg seakan-akan 'seangkatan' dengan kita, 'sejiwa' dengan kita, bezanya.. dia jauh lebih hebat, dan dia adalah kaum yg berpasangan dengan kita (adam-hawa). beliau bagi saya, ada "A VERY STRONG AWE FACTOR"

melalui seorang rakan saya 'terjumpa' hamba Allah ini, yg saya kenal melalui hasil pena-nya, hasil buah fikirannya, dan.. macam-macam lagi. baru beberapa artikel saya baca karyanya mampu membuat saya duduk lama di depan laptop dan membaca. ayatnya puitis, tetapi ringkas, terkesan di dada.

orangnya sangat berjaya, suka berjaulah ke serata pelosok dunia dan... hm, perlukah saya kata? haha. ok, ada rupa juga.

orang seperti ini buat saya sangat kagum dengan ilmu pengetahuannya yg luas. menilai dari tulisannya, pastinya beliau seorang yg pandai berkata-kata. teringin sekali berjumpa dengan orang yg sedemikian. moga2 dia juga seorang hamba Allah yg beriman, maka dengan kata-katanya itu insyaAllah mampu menyentuh hati-hati mereka yg dahagakan ilmu agama... amin~

dilupakan?


ps- sambungan this is my story dalam post akan datang. Kali ini kita bicara tentang post ini..


Bila seorang kawan sudah lama tidak bertegur sapa dengan saya, saya selalu berfikir seolah-olah saya ini selalu berada di pinggiran. Macam rumput di tepi jalan. Sebab sudah banyak kali saya melalui perkara ini. Saya seolah-olah satu perlabuhan orang menumpang kasih dalam erti kata persahabatan. Dan saya tetap saya, menerima mereka dengan hati terbuka meskipun akhirnya saya tahu saya masih akan ditinggal di pelabuhan itu, menuggu ‘pelaut’ lain berlabuh. Sesungguhnya tidaklah saya tahu dimanakah silap saya setiap kali hal ini berlaku..

Itulah apa yg terjadi sebelum dan sebelum-sebelumnya. Sehinggalah beberapa hari lepas. Tiba-tiba seorang kawan kembali menegur saya setelah sekian lama menyepi. (Saya gunakan "ku" kerana lebih sesuai pengunaannya selepas ini)

“ingatkan dah tak sudi kawan..” kataku lirih bersahaja

“kenapa kata macam tu pulak? Why are u always thinking about yourself negatively?” balasnya keras.

“selalunya macam tulah..most people, itulah yg mereka buat.. macam habis madu sepah dibuang pulak.. hehehe” tawaku hambar dengan peribahasa yg macam tak kena je.

“huh? Itu most people. I am not one of them. Kenapa pulak nak buat macam tu.. kawan tetap kawan!” balasnya lagi, tegas.

Saya Cuma tersenyum. Perasaan bercampur-baur. Terharu, gembira, sedih.. syukur kerana masih ada yg menghargai diri ini sebagai sahabat!

Moga Allah pelihara kami dalam kebaikan.. ya Allah peliharalah persahabatan ini.. amin~

this is my story 5: kerja keras


Kerja keras



Ayah bekerja keras sejak saya masuk asrama. Kebetulan tahun itu kami semua masuk asrama, dari abang saya hingga saya, keempat-empat kami semua berasrama. Tinggallah adik kecil saya di rumah. Risau saya memikirkan mak yang berniaga tanpa pembantu. Ayah sudah mendapat kerja lain. Bermacam-macam. Dengan consultant, dengan syarikat perfileman, syarikat minyak kenderaan; semua ayah lakukan. Musim cuti sekolah menjadi satu kewajipan kepada kami untuk membantu mereka. Dulu ayah sering membawa kami adik-beradik bergilir-gilir menghantar minyak kenderaan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Ayah juga sering membawa kami memasang white board dan soft board ke sekolah-sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Kerja berat itu membuat saya merungut kadang-kadang. Kerja kasar, kerja lelaki-penat dan sukar, itu dalam fikiran saya.  

Kotak-kotak besar berisi minyak entah berapa kilogram saya angkat dan tolak, dengan kekuatan badan yang kecil. Papan- papan yang besar dan berat saya usung bersama abang dan kadangkala kakak. Adik saya yang masih kecil itu juga di rekrut sama.
 Kadang-kala saya marah juga dengan tindakan ayah yang satu ini. Tak fahamkah ayah saya seorang kanak-kanak perempuan sahaja disuruh buat kerja berat? Satu hari kata-kata ayah meresap ke dalam jiwa saya, memarahi diri saya kerana berfikir demikian. Kata ayah kepada kami semua, ayah mahu anak-anak ayah tahu betapa susahnya ayah dan mak mencari sesuap nasi buat kami semua. Hargailah setiap sen, kerana kata ayah, setiap sen itu adalah titik peluh kami semua. Kemudian ayah akan memberi kami sedikit imbalan, sebagai menghargai kerja-kerja yang kami lakukan. 




Sampai sekarang saya mengingati kata-kata ayah ini; kerana itu sehingga sekarang jika saya membantu mak di gerai dan mak memberi upah, saya tidak pernah terima. Bagi saya untung yang tidak seberapa itu akhirnya akan digunakan untuk kami juga, biarlah mak dan ayah yang menyimpannya. Kalau saya kesempitan wang semasa di asrama, seboleh-bolehnya saya tidak akan memberitahu mereka. Biarlah saya bersakit-sakit sedikit, saya tak mahu menambah kesakitan mereka. Saya lihat bagaimana mak dan ayah berusaha mencari duit setiap kali abang dan kakak-kakak perlukan. Diam –diam saya berjanji tak akan memberitahu mereka jika saya kehabisan duit melainkan jika saya tidak mempunyai duit dalam bank sendiri lagi. 

Alhamdulillah kerana berkat sifat berjimat cermat saya, sewaktu saya di tingkatan lima saya berjaya mengumpulkan lebih seribu. Duit pertandingan forum yang saya wakili sehingga ke peringkat kebangsaan, duit simpanan di bank koperasi sekolah, dan sebagainya- saya simpan baik-baik supaya jika saya masuk universiti nanti, tidaklah terlalu membebankan mak dan ayah.

this is my story 4: asrama- indah khabar dari rupa


Asrama- indah khabar dari rupa

Semua maklum di asrama ada pelbagai ragam yang perlu dihadapi. Biasalah, ‘budaya’ orang kaya terhadap orang yang kurang berada seperti saya bukan perkara baru. Walaupun saya berasal dari Kuala Lumpur, ramai yang tidak percaya. 

Kata mereka, saya seperti anak kampung. 

Penampilan saya yang ‘biasa-biasa’ dan sifat saya yang sering merendah diri mungkin menyebabkan mereka melabel saya sebagai anak kampung. Terusik juga hati saya bila dikata begitu, tapi lain pula pandangan ayah. Ayah berbangga kerana bagi ayah, dia berjaya mendidik saya supaya sentiasa menjaga perilaku seperti anak kampung dan bukan seperti orang Bandar yang banyak cerita negatif mengenainya. Kata-kata ayah membuatkan hati saya terubat. Dan saya juga diberikan anugerah sebagai tokoh pelajar puteri yg bersopan santun semasa kempen ‘sopan santun budaya kita’ pada tahun 2006. Selagi ayah dan mak gembira, saya puas hati. Saya tak pedulikan kata orang.

Dalam hal berbelanja, saya amat berhati-hati. Walaupun ayah dan mak tak pernah bertanya, saya sering meminta kebenaran apabila hendak membeli sesuatu dan memberitahu berapa banyak wang yang telah saya gunakan. 

Setiap kali keluar outing, saya hanya membenarkan diri saya berbelanja RM10, atau jika terpaksa RM15. Itupun sudah cukup merisaukan saya. Dalam setahun boleh dikira berapa kali sahaja saya keluar pekan.

Satu hari, pernah saya ceritakan kepada kawan baik saya tiba-tiba saya teringin hendak makan KFC, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Mendengar kata-kata saya, ada seorang pelajar perempuan yang agak berada menyampuk, berkata kepada saya “ Apalah kau ni! Kalau nak, beli jelah. Eii.. kalau akulah kan, aku tak pernah kisah pasal duit. Aku beli je apa yang aku nak makan. Kalau pasal makanan, aku tak pernah berkira!” ketika itu terasa darah menyimbah ke muka saya. Malu dan marah barangkali. Terdiam saya mendengar kata-katanya yang pedas itu, tapi saya Cuma mendiamkan diri. Biarlah, kata hati saya. Itulah bedanya kami; dia dengan caranya, saya dengan cara saya. Walau hati terturis dalam meninggalkan luka besar hingga sekarang, saya anggap itu semua ujian Allah. 

this is my story 3: kejayaan pertama


Kejayaan pertama

Dalam kalangan adik-beradik saya, mungkin saya yang paling menonjol dalam bidang akademik. Bermula dengan peperiksaan besar UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan SRA (Sijil Rendah Agama), saya berjaya mendapat 5A dan pangkat 1 semasa dalam darjah enam. Hanya Allah mengetahui perasaan saya sekeluarga. Mak memeluk saya erat, ayah menitipkan rasa syukur yang tak terhingga. Terasa berbaloi usaha saya membaca buku sambil membantu mak dan ayah di gerai. Selepas itu saya ditawarkan kesebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Itulah kali pertama saya rasakan saya perlu membuat satu keputusan berat yang akan merobah hidup saya. 

Usia baru menjangkau 12 tahun, tapi ayah memberi saya kata dua- Sama ada saya berlajar di sekolah yang berhampiran dengan rumah sahaja atau ke sekolah SBP itu. Saya dimomokkan dengan pelbagai kisah ‘menakutkan’ di asrama, namun berkat sokongan guru-guru, jiran tetangga, kakak angkat dan mak akhirnya saya ‘mencabar’ diri saya untuk hidup di perantauan, jauh dari keluarga.

Kehidupan di asrama tidaklah seindah novel “Sekolah Tengku Ashikin” yang pernah saya baca. Teringat saya kali pertama saya tiba di sekolah itu untuk mendaftar, saya datang ditemani mak dan ayah dengan menaiki lori. Bayangkan, ketibaan saya di sekolah itu dengan kenderaan agak besar berkepala merah itu menyebabkan banyak mata memandang. Sinis pandangan mereka, seolah-olah berbangga dengan Mercedez Benz, Toyota, dan entah apa-apa jenama kereta mereka yang diparkir di kawasan sekolah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. 

Ayah asyik bertanya, malukah saya dihantarnya dengan lori itu? Saya hanya mampu tersenyum hambar sambil menggeleng kepala. 

Kadang kala saya ketawa dengan jenaka ayah. Cuma satu niat saya, hati ayah dan mak perlu dijaga. Akhirnya saya menutup, mencampak jauh-jauh segala perasaan negatif. Dalam hati saya, saya nekad membuktikan kepada mereka yang memandang rendah kepada saya sekeluarga, saya boleh menjadi seorang yang lebih berjaya dari anak-anak mereka yang berkereta besar! 

Sunday, March 10, 2013

bakal

assalamualaikum wbt..

Sebelum saya nak membebel, saja saya nak cakap; peliknya lah hai.. bila saya tengok ada pengunjung dari South Africa (Afrika Selatan) menjenguk ke blog saya ni. hahaha. Alahai sistem yang tak accurate macam tu lah, kan.. yg lawaknya blog ni paling ramai pengunjung dari California. Adakah saya ramai peminat dari sana?? kah kah kah

Cerita this is my story insyaAllah saya akan sambung esok. Hari ni tiba-tiba nak membebel tentang benda lain.

Cuti sem baru-baru ni saya menghabiskan masa saya di Kedah, rumah makcik kesayangan saya. Terlalu banyak yg kami bualkan, sampai berjam-jam macam orang dah tak ada kerja lain nak buat. Anehnya air liur pun tak habis-habis. haha

Dalam banyak-banyak benda yg dibicarakan, umur2 dah macam saya ni mestilah hal kahwin tu hot jugalah topiknya. Pesan makcik saya:

"Imah kalau nak kahwin nanti, carilah yg gila-gila macam sepupu-sepapat kita and  mak- mak sedara kita macam makcik ni. Jangan nanti macam kera sumbang. Tak reti nak bergaul dan tak reti nk melawak"

"itulah.. insyaAllah. memang niat nak cari yg macam tu kalau dapat" kata saya sambil tergelak2 dan sambung gossip kami. =P cewah... demand pulak kannn... hahahaha

amin~~~ :)


Friday, March 8, 2013

this is my story 2: Mula berniaga


            Atas nasihat dan sokongan jiran-jiran, mak membuka gerai kecil berhampiran rumah kami. Alhamdulillah, ayah terselamat dari denggi berdarah tetapi menganggur kerana kecederaan dalaman yang tidak dapat diubati. Bermula meniaga air batu campur dan ais kepal, perniagaan kami mengaut keuntungan yang tidak dijangka-jangka. Pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan sekolah kami terlalu ramai sehingga kami tak menang tangan. Saya juga mengambil inisiatif menjual lukisan-lukisan kartun saya kepada rakan-rakan. Namun itu semua tidak lama apabila ada yang dengki dengan perniagaan kami. Pernah sehingga satu hari, kami tidak mendapat apa-apa walaupun 1 sen! Tetapi mak dan ayah tak pernah mengalah. Saya melihat kesusahan dan ketabahan ayah dan mak. Saya melihat bagaimana mak dan ayah berjimat dalam berbelanja. Semua itu sentiasa menjadi inspirasi saya untuk menempuh kehidupan. 

Sewaktu orang lain masih enak diulit mimpi, seawal 3.30pagi ayah sudah bangun untuk ke pasar borong. Ketika kanak-kanak sebaya saya tidur dan bermimpi yang indah-indah, saya dan adik-beradik sudah bangun untuk membantu apa yang patut. Kata ayah, jika kami bagun awal, Allah akan membuka pintu rezeki buat kami seluas-luasnya. Itulah yang menjadi rutin harian kami semua. Sebagai seorang kanak-kanak ketika itu, kadang-kadang bebal juga saya dibuatnya kerana tak dapat melalui kehidupan seperti kawan-kawan saya yang lain. Bangun lambat, membeli-belah, melancong- jarang benar atau mungkin juga tidak pernah. Habis cuti, kawan-kawan akan bercerita kemerata-rata tempat yang mereka pergi, menunjuk buah tangan yang mereka beli. Maklumlah, mereka yang hidup di Kuala Lumpur sering dikatakan ‘loaded’. Cerita saya pula menjadi sesuatu yang membosankan bagi mereka. 

Kadang-kadang melihat kawan-kawan yang memakai baju baru setiap kali sekolah dibuka juga sering menekan perasaan saya. Cantik, putih bersih baju mereka; sedangkan saya cuma memakai pakaian kakak-kakak saya yang telah nampak lama. Kain yang sepatutnya biru gelap juga sudah pudar benar warnanya. Apabila diadukan kepada kakak-kakak saya, mereka sering menyuruh saya bersyukur kerana masih boleh bersekolah dan ada baju sekolah. Ada yang lebih malang dari saya. Syukur saya mudah menerima, saya semakin memahami realiti kehidupan. Teringat saya ketika kali pertama saya mendapat baju sekolah baru setelah sekian lama. Seingat saya ketika itu saya darjah lima. Terasa dunia ini saya yang punya. Rasa mahu dicanang kepada semua inilah baju sekolah dan kasut sekolah baru saya, lawa tak? Tapi saya hanya tersenyum riang sepanjang hari. Usah diungkit kisah baju raya, sejak tahun 1998 saya tidak pernah hiraukan lagi baju raya saya. Kalau dahulu sedih juga rasanya beraya tanpa baju baru, tetapi saya segera memahami baju raya bukan segala-galanya. Tahun-tahun selepas itu raya menjadi lebih bermakna penghayatannya kepada kami sekeluarga.

Thursday, March 7, 2013

this is my story: 1


Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula...tabah berusaha
                                                                    Tanpa cuba melangkah tak kemana..
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah...

Baru-baru ini di kolej saya dalam satu program, apabila disuruh membayangkan kembali saat-saat kejayaan kami semua di masa lalu benar-benar mengusik hati saya. Saya terbayangkan saat susah senang sehingga saya ke peringkat sekarang. Saya terbayangkan mak dan ayah yang banyak berkorban demi saya dan adik-beradik. Saya terbayangkan pelbagai perkara sehingga air mata saya tak dapat diempang lagi. Air mata saya mengalir laju menuruni pipi, makin dikesat makin ia mengalir deras. Akhirnya saya biarkan air mata itu mengalir bersama memori yang masih utuh dalam ingatan saya.



            Anak keempat dari lima adik beradik, hidup dalam keluarga yang sederhana; itulah saya. Sengaja saya titipkan lirik lagu kegemaran saya di awal artikel ini (Standing In The Eyes Of The World), yang sentiasa menjadi pembakar semangat saya di kala saya berhadapan dengan sesuatu masalah. Sesungguhnya kejayaan saya hingga ke peringkat ini bukanlah seperti cerita dongeng Cinderella yang akhirnya berkahwin dengan putera raja. Bukan juga seperti cerita Bawang Merah yang akhirnya hidup bahagia bersama suaminya atau cerita Jack and Jill yang akhirnya menjadi seorang yang kaya raya. Segala yang saya lalui adalah realiti kehidupan yang telah tercatat sejak azali   di pohon Loh Mahfudz oleh Yang Esa.

            Sejujurnya saya tidak tahu hendak bermula dari mana. 1998, mungkin saya patut mulakan dari tahun ini. Entah mengapa, tahun itu begitu malang buat keluarga kami. Pada tahun tersebut arwah nenek saya meninggal dunia, kucing peliharaan kami mati setelah hidup bersama kami hampir 8 tahun, dan yang paling tragis, ayah saya mengalami kemalangan yang menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman yang teruk semasa bekerja. Ayah saya pada ketika itu bekerja sebagai pemandu lori. Walaupun gaji ayah tak seberapa,makan pakai kami tujuh beranak tak pernah kurang pada pandangan saya yang baru mencecah 9 tahun ketika itu. Selepas kemalangan itu, doktor mengesahkan ayah tidak boleh lagi kerja berat seperti sebelum ini. Ayah tidak berjaya mendapat sebarang pampasan dari syarikatnya bekerja dan sudah tentu terpaksa berhenti, tambah malang nasib kami apabila tidak lama selepas itu ayah diserang penyakit denggi berdarah yang boleh membawa maut! Siang malam saya lihat mak berendam air mata. Di rumah, kadang-kadang mak marah-marah mungkin kerana tertekan. Saya yang masih muda ketika itu mula melihat dunia dan masalah yang kami hadapi dengan pandangan sebagai orang yang lebih matang. Mungkin tidak sematang orang dewasa, tetapi bagi saya cukup untuk memahami dilemma dan kegusaran di hati mak. Mulai tahun itu seingat saya, kehidupan kami benar-benar berubah................................... BERSAMBUNG

this is my story...

assalamualaikum wbt.

Lama benar rasanya saya tak menjenguk ke blog ini. Bila di fikir-fikirkan rasa sayang pula kerana kalau tidak diisikan blog ini semasa saya masih bergelar pelajar, entah bila pula saya punya masa untuk menulis. Kali ini, saya tak mahu mengulas panjang. Walaupun terlampau banyak perkara yang berebut-rebut di kotak fikiran saya mahu saya muntahkan di sini, tapi kini saya banyak kekangan. jadi kali ini saya membuat keputusan untuk meng-copy paste article kisah hidup saya yg sudah pun diterbitkan di Berita Harian tahun 2009 dan sudah pun dibukukan (TAJUK: JALAN BERLIKU MENUJU PUNCAK).

Pelancaran buku oleh datin seri rosmah. saya ada dalam gambar tu. belakang wanita berbaju oren tu. hah, memang terlindung :P


Pengenalan buku:
Macamlah gah sangat bila saya katakan cerita ini sudah dibukukan. Tidak, maafkan saya jika itu mesej yg pembaca dapat. sesungguhnya lama saya termenung di papan kekunci ini sebelum saya dapat mengumpul kekuatan untuk menceritakan kepada semua. apabila Yapeim memujuk dengan mengatakan artikel ini bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi kepada anak yatim dan miskin, saya cuba membuka hati untuk berkongsi cerita. hasil jualan buku ini kalau tak silap saya 100% diberikan sebagai sumbangan kepada anak yatim dan miskin. walaupun saya salah seorang daripada penulis buku ini (buku ini adalah himpunan kisah anak SANTUN), tetapi saya sendiri dengan senang hati membeli buku itu, sekurang-kurangnya duit itu akan sampai kepada mereka yg memerlukan juga, insyaAllah. saya mempunyai 2 salinan. Edisi pertama dan kedua.

artikel saya mengandungi 6 muka surat di microsoft word. saya akan menyiarkannya di sini sedikit demi sedikit, insyaAllah. Moga kisah saya ini bermanfaat dikongsikan...


p/s- sila ke post seterusnya