Saturday, August 25, 2012

movie review: LIFE IN A DAY: SUPERB! :)

sekarang saya tengah tengok movie yg sangat lain dari yg lain. tajuknya LIFE IN A DAY.




apa yg istimewa tentang movie ni? movie ni adalah usahasama YOUTUBE, NATIONAL GEOGRAPHIC dan satu syarikat perfileman. filem ini mengumpulkan video dari orang ramai (192 buah negara), all of it shot on a single day :)

sebenarnya saya suka sebab bila saya termenung dan memerhati sekeliling selalu saya terfikir, apa agaknya orang di seluruh dunia tengah buat? so filem ni macam merealisasikan part of my wonder and dream. seriously bagi saya sangat menarik sebab lain dari lain dan unik. shot yg diambil pula ada yg professional dan ada yg biasa2. tapi cerita ini mampu membuat saya ketawa dan tersenyum sendiri. ini yg penting. kalau nak rasa sendiri perasaan bila tengok filem ni, tengoklah! :)


Air Mata Syawal 1


for someone like me and my family, raya kali ini sangat bermakna dan seronok. memang saya pernah cakap yang bila raya, baju raya semua tu tak penting, yang penting semua ahli keluarga dapat kumpul bersama, bermaafan etc. tapi kali ini.. kaknor ada rezeki lebih, jadi 4hari sebelum raya kami keluar shopping di KL Festival City, beli baju melayu untuk ayah. lengkap bersampin. brand john master lagi. ayah seronok tak terhingga sampai menitiskan air mata.
abangcik, mak, ayah dan saya 
kata ayah.. " setelah 54tahun beraya, baru tahun ini ayah berpeluang merasa baju melayu lengkap dengan sampin yg sangat selesa. sebelum ni bukan ayah tak nak, tapi ayah tak mampu" 

sesi mintak maaf ke ni?? hehe saya dan kaknor
kami yg dengar ni nak menitis air mata dengar kata kata ayah tapi kami buat joke supaya tak nangis ramai2 nanti orang tengok pelik pula. kami seronok tengok ayah excited pilih baju raya sambil kami beri pendapat. sampai nak tidur malam ayah yg biasa tidur seawal 9pm tapi hari itu sudah pukul 1am tapi ayah, mak dan saya masih belum boleh tidur. saya usik ayah,



 "hai ayah excited sangat sampai tak boleh tidur ke dapat baju raya?" 
jawab ayah" a ah, rasa lambat pulak nak raya" gurau ayah buat tawa saya dan mak berderai.



 balik rumah singgah rumah kakak, tengok akk tgh jahit baju sama warna dengan baju melayu ayah. rupa2nya tema mereka coklat. tanpa disangka2 tema keluarga besar kami adalah coklat. coincidence! seronok!!  <3 saya yang pada awalnya tak ada baju raya pun bersemngat nak keluar duit beli baju raya. :)

on the way ke ruma pak uda :)



tahun ini kami beraya di perak. konvoi 2 kereta. saya satu kereta dengan kakno dan abang. kakak raya belah mentua la, dah kawin kan dia. sedih sikit tak dapat sama2. dalam kereta kami selalu terlupa abang ada bersama. sbb abang kan tak boleh cakp dan dengar, jadi kami melalak nyanyi or gelak sampai nak pecah cermin kereta pun tak apa. tapi bila kami jadi camwhoring abang tepuk bahu saya dari belakang,

# apa ni, tak ajak abang!# kata abang dalam bahasa isyarat.

oppa berdengkur?? kui kui =p
kadang2 tengah rancak borak dengan kakno tiba2 terdengar abang berdengkur kuat kat belakang. hahaha . ada satu kali kami kejar ayah di depan laju sangat sampai tak perasan ada bumper baru dibuat, tak ada papan tanda beritahu pulak tu. terterbang kami atas jalan. abang kat belakang yg kepala dekat dengan bumbung kereta terhantuk kuat. kami gelak lagi. =)) opss sori abang. hehe.

keluarga mak ngah dan keluarga saya :)



bila balik tersenyum je lah saya hehe



















kalau rajin adalah sambungan raya. apa-apa pun saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pembaca! :)