Friday, January 29, 2016

random

"Abang aku pergi Korea"
"Oh ye ke.. backpackers?" tanyaku sambil mata melilau mencari kedai makan yg berkenan di hati
"Yup. 2 orang je pergi.. dia dengan kawan dia, alah kau ada jumpa kawan dia yg naik kereta sekali hari tu" Iffah menyiku aku

"Ohh.. ha, ingat2.."
"Jeles..tengok ni, Mira!" Iffah menala screen iphone6 plus dia depan mata aku.

aku pandang sesaat. dua saat.. ish nampak handsome pulak Abang Iffah ni dalam gambar tu. pakai jacket north face hitam, ski cap sedondon nmpk padan sangat dengam mamat tu. satu gambar selfie, tersenyum lebar nmpk barisan giginya yg cantik . hidungnya kemerahan mungkin sudah selsema kerana sejuk winter di sana. Satu lg gambar dia berdiri tegak di laluan yg sibuk. Artistic sangat. handsome. haha aku ketawa dalam diri. Dah kenapa la kau ni Mira!

Aku toleh ke arah lain. Tangan kiri Iffah aku tarik dan peluk tgnnya sambil berjalan."Jeleslah org laki ni.. amik gambar berdiri mcm tiang gol tp still nmpk stylo"

"Kau merepek apa.muka  kau fotogenik sgt kau tau tak? Aku ni gambar aku dengan abg dlm pic wasap aku tu org ingat dia adik aku kakak"

"Ala muka fotogenic dlm gamba je buat apa.. nnt bila org jmpa aku tgk2 lain dgn jerawat batu semua lari terus" hahaha aku dan Iffah ketawa besar.