Tuesday, May 22, 2012

Memories :)

pic2 ni antara pic yg bakal menghiasi bilik kecik dan pink saya ni. hahaha tabley blah okayyy.. =p
kalau nak tengok gambar dengan lebih jelas dan baca apa yg ditulis di setiap gambar, sila tekan gamba untuk besarkan :)



















Sunday, May 13, 2012

license

Happy Mother's Day! bagi saya tiap2 hari hari ibu, maka tema saya:

"tiap hari sayanggg~~~ " hahahaha macam iklan PONDS kot, yg si Anne pelakon cerita Cili Padi tu jadi model.



okay, hari ni saya mula daftar dan amik lesen. KERETA DAN MOTOR. aaiyoyoyoyo... saya takut la, serius. takut lagi bawak motor dari bawak kereta. dah sampai bilik rasa menyesal pulak daftar for both. wuwuwuwuwu. dah la pulak tu, dulu saya pernah, kali pertama n terakhir bawa motor., orang suruh slow n berhenti tapi sebab cuak saya terpulas minyak, hampir2 langgar tiang badminton kat laman flat rumah saya tu. satu blok tengok kot!! lepas2 tu orang dok gelak je bila nampk saya dan motor. nasib baik orang tak ingat dah insiden tu, kecuali family saya.

erm kelas hari ni? seawal 6 pagi lebih saya menunggu van untuk datang ambil. pagi tadi hujan dah la lebat. sedap je kalau nak sambung tidur. lepas tu kami ni tak adalah awal sangat pun, elok2 je masa sampai tapi sebab ada budak2 yg daftar lewat, maka kelas kami mula 10am. dalam tempoh tunggu orang tu saya dan sorang kawan saya ni dah siap sarapan, p toilet dan hampir khatam buku panduan drive tu. haahha. bagus jugak, menarik sikit kels sbb tahu serba sikit. rasanya tak adalah boring sangat. kadang2 je saya 'jeling' nota OBG yg saya bawa bersama. hahahha

hurm. balik bilik saya sempat rehat n urus diri, sekarang online sebab baru lepas masak nasi goreng tomyam dengan 'pizza telur' resepi mak saya. hahaha suke2 hati je. =p dah siap basuh pinggan mangkuk n kemas periuk nasi etc, tinggal nak lipat baju n gosok baju. letih jugakkkk.. ahad pun. hmmm..

apa anda buat hari minggu anda?? hehe

Saturday, May 12, 2012

pink? eh.

sejak bila ter-pink pulak ni? deh..







Antara Psychiatry, Agama dan Alam Ghaib



Kes1 :
Seperti yg saya maklumkan sebelum ni, Baru2 ni saya dan kawan sejurusan saya berada dalam posting ward psychiatry atau kata melayunya wad sakit jiwa. Dalam satu kes yg kami dapat adalah seorang wanita melayu beragama Islam, berumur 50thn dimasukkan ke hospital kerana meracau2 hingga perlu diikat semasa dirumahnya. Pesakit ini dibawa kehospital oleh suami dan anak perempuannya.

Semasa ditemuramah makcik A mengatakan sejak 2minggu lepas dia mendengar suara yang tidak dikenali semasa dia berseorangan . terdapat 2 suara lelaki, dari sebelah terlinga kiri suara itu berbisik mengatakan dia akan mati, menghalangnya daripada melaksanakan solat dan membuatnya benci kepada orang sekelililng terutamanya suami. Manakala di sebelah kanan suara itu berbisik supaya dia melawan suara jahat itu dengan berzikir dan berdoa sentiasa.

Menurutnya, adik iparnya semasa di rumah telah cuba memanggil ustaz dan cuba diberinya air yassin tetapi ditolak keras olehnya (dihalang oleh suara sebelah kiri). Dia mendakwa air yassin itu sebenarnya adalah racun yg digunakan dengan tujuan untuk membunuhnya. Walaubagaimanapun, masalah beransur baik setelah dia minum air yasin yg diberikan oleh ustaz yg dijemput oleh pihak hospital. Tidurnya semakin teratur dan tiada lagi suara-suara mengganggunya.

Makcik A juga memberitahu bahawa sejak 2 minggu lepas, dia sering rasa mengantuk apabila azan asar berkumandang dan akan tertidur sehingga pukul 5.30pm.


Sudut pandangan Islam
                          
Alam ghaib ini memang wujud. Makhlus halus; syaitan, jin, etc memang ada dan terbukti jelas dalam kalam Allah. Dari kes ini saya nak ketengahkan isu tidur lepas asar
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan[1]:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."



Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Jadi memang ada kebarangkalian untuk kita mengalami masalah mental jika diamalkan tidur lepas asar.

Sudut Psychiatry

Mak cik di diagnose doctor menghidapi Schizophrenia, satu masalah sakit mental. Lalu mak cik ni diberi ubat anti psychotic yang buat pengetahuan pembaca ada side effects terutamanya pada system otak. Kalau saya nak cerita makin panjang pula jadinya.

Isunya:

Sebagai pelajar perubatan beragama Islam, saya terfikir-fikir bagaimana harus saya proses maklumat ini dan memberi rawatan pada makcik ni. Hmmm Nampak sangatlah system belajar kita ini system yg sudah dibaratkan

Saya setuju sangat dengan tindakan pihak hospital yg memanggil ustaz untuk rawatan sebelum pesakit diberikan ubat antipsychotics; asalkan tiada apa2 bahan tradisional termasuk ubat-ubatan yg diberi oleh ustaz itu melainkan air yasin ke, air zam-zam ke.. (selain air yg dicampur sesuatu yg memudaratkan kesihatan dari sudut medical). Kalau terus bagi antipsychotic sedangkan memang gangguan makhluk ghaib, macam mana tu?? tak pasal-pasal pesakit terpaksa mengalami masalah kesihatan lain dari side effects antipsychotics.

Adakah ini benar-benar masalah mental ataupun ganguan makhluk ghaib? Sihir? Fikir-fikirkan. 

p/s- maaf saya sendiri tak puas hati dengan pos ni sebab pada saya, saya tak kupas isu ni dengan sempurna. Tapi saya post juga sebab mana tahu pembaca boleh bantu saya mendalami isu ni. Rasanya memang kita tak patut pisahkan agama dengan ilmu medical; bak kata Ustaz saya :)

Rujukan:







Tuesday, May 1, 2012

Aku dan Kita (^_^)


Hari ini kawan baik lama kami i.e Arina (belajar di KMS dulu) datang ke sini. gembira sangat. kelmarin dulu masa program di shah alam (Bebas Palestin) tu, kali pertama kami jumpa setelah 2.5tahun. kami peluk erat, rasa macam tak nak lepas je. hehe hari ni dia datang lagi. saya, madee, dan rina nak jalan2 di melaka mall sekali tak ada apa yg menarik langsung :(

tiba-tiba saya teringat pada kawan baik saya yg seorang lagi merangkap ex-roomate Arina. Syafiqah Najmi atau lebih mesra kami panggil Pika. Bila dah lama tak jumpa biasalah, mesti ada benda yg berubah. satu benda yg saya paling tak boleh terima dan selalu ketawa bila bersembang dengan pika ialah, dari KMS dulu kalau pika bersembang dengan saya tak pernah dia membahasakan dirinya sebagai 'kita', tapi dengan orang lain kalau bercakap kita-awak, memang automatik dia akan membahasakan dirinya sebagai 'kita'. semua orang pun perasan dan saya dulu selalu bergurau; dengan mengatakan saya tak puas hati kenapa dia tak pernah ber-kita-kita dengan saya. hahahaha. jawab pika,

"tak bolehlaaa, aku dah biasa dengan kau"

tapi sejak pika ke UK dan saya ke India, bila bersembang selalu pika tersasul membahasakan diri sebagai kita (sebab terpengaruh dengan budak2 di sana yg hampir 100% cakap "kita"),  dan setiap kali tu juga kami akan ketawa (sayalah yg paling ketawa besar).. saya pula kalau tengah bercerita perkara2 yg konon2 geram tu, mmg saya akan cakap:

 "ni yg aku geram ni" =p

kadang2 rin(kawan baik saya satu lagi) akan menjerit dari jauh semasa saya tengah skype dengan pika:

"PIKAA... aku dah berjaya hasut nai'mah cakap "AKU" hahahaha" dan mesti lepas tu riuh jadinya. =p

cakap pasal pelukan erat dengan rina setelah 2.5tahun tak jumpa tu, sebenarnya saya nak cakap yg... kalau dengan pika rapat macam mana pun kami tapi kami macam "rock" hahaha tak reti nak berdrama satu sama lain. saya tak rasa kalau kami berjumpa kami akan berpeluk macam saya dan rina. tapi saya yakin pika ok je kalau dengan orang lain.

saya dan pika?- PELIK. hahaha

pada saya, kami tak adalah rapat pada zahirnya tapi insyaAllah, hati kami terikat bersama. ambil berat, kongsi cerita, pengalaman dan ilmu. bila masa berlalu dan berjauhan pandangan mungkin berbeza, tapi ini mengajar kami untuk menerima dan mendidik diri menjadi lebih dewasa.

saya sayang sangat persahabatan ni. moga Allah sentiasa pelihara persahabatan ni supaya sentiasa dalam keredahaan Nya...amin.. <3<3