Thursday, February 12, 2015

the untold, untitled and undecided #6

  *     *     *     *     *     *
“Oit, Mira! Best tak naik basikal keliling kampung td?” aku tak dengar. Aku masih teringat-ingat peristiwa petang tadi.
Papp! Intan menampar kasar bahu aku. Hish nak kena Intan ni. Sudahlah tadi badan sakit ditimpa basikal sekali dengan muatan berat si Syam tu, kena pulak penampar padu dari Intan. Nampak je kurus Intan ni tapi tulang belulang keras macam besi.

“Sakit lah…” berkerut muka aku tahan sakit. 
“kau berangan apa sampai aku Tanya kau tak dengar? Ada apa-apa jadi ke tadi?” aku membisu. Teringat balik pada Syam. Geram!
“ada benda tak best jadi tadi. Tapi nantilah aku cerita. Tengah tak ada mood lagipun dah lambat ni program nk start dah” aku cepat-cepat menyarung kasut setelah selesai pakai shawl.
“kejap! Kejap! Tunggu aku nk pasang pin ni!” bebelan Intan berpanjangan sambil bersiap.
“Okey, jom!” akhirnya intan menapak keluar setelah 10minit aku menunggu. Bau perfume Intan menyengat hidung. Intan ni, kalau pakai perfume macam tuang satu botol tu baru dia puas hati. Sakit hidung aku dibuatnya.
“kuatnya bau perfume!”
“hehe macamlah kau tak kenal aku macam mana, sorry la eh” Intan tersenyum puas hati.
Kami berlari-lari anak ke dewan sebab sudah terlambat.  Sakit pula kaki aku macam terseliuh. Nasib baik facilitator program masih belum sampai. Sebaik-baik kami melabuhkan punggung mereka pun sampai dan program terus bermula. Semasa bacaan doa aku perhatikan lagi tapak tangan aku yg terluka-luka kecil. Aku dah rasa pedih semasa mandi tapi lepas solat maghrib tadi masa nak berdoa baru aku perasan tapak tangan aku luka-luka. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Entah apa nasib badan dapat satu kumpulan dengan Syam ni. Aku tak pandang muka Syam. Aku perasan juga dia macam mengelak tak nak pandang aku.
“Mira, Syam! Korang present nanti benda ni ok? Jadi wakil group. Korang kan terer bab bercakap and explain2 ni..nanti..” 
“tak nak!” serentak aku dan syam bersuara. Semua mata terarah kepada kami. Mereka ketawa besar. 
“Ok kita vote..”

 Tak guna punya member! Lepas vote pun akhirnya memang aku dan Syam juga yg kena bentang. Dah pakat2 depa ni.  Takpa.. kita buat secara professional.. aku pujuk diri. Program malam tu berakhir dengan aman. Aman pada luaran, ribut dalam hati aku Allah je tahu!


“hi, Mira! Seronok ronda basikal petang tadi?” gulp! Hamzah kawan baik si Syam tu menegur aku sambil melirik kepada Syam disebelahnya.  Omg! Dia tahu ke apa jadi? Malu gila! 

Tuesday, February 10, 2015

gaji

Kt brehenti sekejap dengan kit kat! Eh tableh tableh! Tu perlu boikot!

Ok saja nk bg update.. alhamdulillah officially stat keje on 14th jan 2015 as Building Executive. Perghhhh! Nama gempak je kan? Tapi kerja macam... er... asik kena bambu dengan org. Alah nanti la post lain kita cerita pasal prospect keje kt okey. Hehe

So hujung bulan jan 2015, dapatlah gaji.. kt anggap gaji ni as my 1st salary, bukan nye gaji keje doc. So gaji yg xbyk mana alhamdulillah kt bg hulur 2/3 pada mak ayah, selebihnya belanja family makan and main kutu, akhirnya dalam tgn tinggal rm8! Haha. Xpe2.. kt xrasa ralat langsung! Sbb dah lama niat gitu, nk rasa makan hasil 1st gaji dengan famili.. nnt dah keje di sg petani nun bila nya nk rasa 1st gaji sama2 kan? Hehe
Hari2 tutup account duit ribu riban. Takut nk pegi bank ha

Tadaaaa!! 1st time merasa gaji. Peh hahaha 

the untold, untitled and undecided #5

Beberapa sentimeter je lagi basikal kami bakal berlanggar, aku dah kecut perut. Tapi tiba-tiba dengan selamba Syam membelokkan basikalnya dengan “skillful” nya. Oh aku lupa tiap-tiap petang kalau bukan main bola sepak, dia suka cycle keliling kawasan hostel uni kami. Aku rasa lega tapi pada masa yg sama rasa geram menggunung terhadap Syam.

Aku break mengejut, berhenti dan menoleh ke arah Syam. Syam ketawa lagi besar melihat mukaku yg menyinga.

“Jangan marah nanti cepat tua hehehe” kata Syam ketawa geli hati. Nasib baiklah aku tak menjerit sekuat hati aku.Nanti orang kampung dengar suara ‘jantan’ aku menjerit nanti lain pula ceritanya nanti. Aku beri jelingan maut dan mula mengayuh semula. Syam pecut memotong. Terasa kelibas angin bila dia memotong. Debu- debu tanah berterbangan.

“skreeeettt!!” bunyi break basikal tua Syam. Hish entah basikal atuk mana dia pinjam, rosak nanti baru dia tahu! Sekali lagi dia menghalang jalan. Tangan aku sekali lagi macam terkena sodenham chorea menyuruhnya ke tepi . dia masih begitu. Aku mula mengayuh semula Cuma kali ini perlahan sahaja. Syam yg jahat tu mengulangi perbuatannya, aku kayuh dia kayuh, aku berhenti dia berhenti. Macam bayang-bayang pula.

Aku kerling jam di tangan sudah makin lewat. Lagi 15min nak azan maghrib. Tak boleh jadi ni.. aku menyambung kayuhanku. Perlahan. Syam terjah aku dari depan dengan laju. Muka nakalnya makin menjadi-jadi. Aku kayuh basikal aku menghala ke kiri sedikit, kearah belukar rumput setinggi aku tu untuk mengelak dari berlanggar dengan Syam.

Dalam jarak kurang 1meter lagi tiba-tiba muka Syam bertukar kaget. Tangannya kalut menekan-nekan break basikal tapi nampaknya seperti gagal berfungsi. Basikalnya terlalu laju menyusur kearah aku. Aku cuba membelok ke kanan, tapi seperti bayang-bayang dia juga mengikut aku. Bezanya kali ini dia benar-benar hilang kawalan. Kiri, kanan, kiri, kanan, gelong basikal aku bila aku cuba membaca gerakan basikalnya. Makin mendekat.. dekat.. aku semakin cuak!

“Syam!!!” jerit aku. Kiri..kanan..kir.. bamm!! Basikal aku dan Syam berlaga. Kami berdua jatuh kearah belukar. Aku dihempap oleh syam dan basikal tua itu. Seluruh badan aku sakit sakit.
 "Awww adoii" Bila aku mengangkat kepala muka kami hampir berlaga. Semacam spring Syam melompat bangun, mengangkat basikal tua itu dan..... terus melarikan diri!

Kejap.. ehhh whattt???? Dia lari??!

*  *  *  *  *
P.s mesti korang boring part ni kan... hahaha kan bagus kalau ada pengkritik. Lol. Part ni memang pernah jadi in real life, sebab tu dia mcm detail? Hihi 😅😊


the untold, untitled and undecided #4

“Tepilah..!” perlahan suara aku macam berbisik. Tapi tangan kanan aku laju mengibas-ngibas ke kanan isyarat meyuruh Syam ke tepi memberi jalan kepada aku. Dah la jalan tepi bendang ni sempit! Syam buat muka endah tak endah. Senyum kambingnya kian melebar. Sesaat dua kemudian digelengnya kepala tanda tak mahu mengalah.


“ngada-ngadalah mamat ni!” gumam aku. Aku jeling belah kiri jalan. Penuh belukar rumput yg panjang setinggi aku. Kiri bendang, kanan belukar, hah elok sangat! Perli aku dalam hati.

TEPIIII!!! Tangan aku makin laju mengibas macam orang yg ada sodenham chorea dah. Syam ketawa puas hati dapat mengenakan aku. 

Sukalah tu kan? Halang jalan aku nak balik. Rasa geram masih bersisa tapi aku main redah lah jugak mengayuh basikal dek petang yg kian senja. Bila sahaja aku mula mengayuh Syam juga turut mula mengayuh. Aku berhenti. Dia turut berhenti.

Arghhh mamat ni geramnya aku! Macam biasa aku marah dalam hati. Si Syam pula makin galak ketawa sampai hilang biji matanya terpejam-pejam. Apa yg kelakar sangat entah. 

Aku bertekad meredah melepasi Syam. Sedang Syam leka ketawa aku cepat2 kayuh. 80m… 50m… Syam masih pantas bertindak balas. Lekas-lekas basikalnya dikayuh juga. Dah makin hampir... aku baru nk membuahkan senyum tapi senyuman aku mati bila Syam sengaja menghalakan basikalnya ke arah aku.

 Gila!!! Mamat ni memang gila!! Kayuhan aku yg laju dan skill berkarat aku bukanlah kombinasi yg baik untuk situasi sekarang. Mata aku membulat besar. Ya Allah selamatkan kami!


“Ahhhhhh!! Aku terjerit kecil bila basikal Syam Cuma 3m dihadapan.  Laju. Menghala ke arah aku!

the untold, untitled and undecided #3

PENGUMUMAN: disebabkan plot cerita ni masih berterabur dan tak terancang so korang kena bersabar dengan cerita yg cacamerba ni haha. adiyos! enjoy ye

 *     *     *     *     *     *

 FLASHBACK 1#

Kau tengah buat apa tu?
Tak ada apa-apa
Elehh tak payah tipu. Mesti kau masak roti jala utk dia kan? Aku tersenyum macam kerang busuk.

 *     *     *     *     *     *

“Intan, jom ronda! Aku Nampak basikal kat luar hosmestay kita ni!!”

Intan mengurut dada. Terkejut dengan jeritan aku yang sangat tiba-tiba dalam kesunyian petang di homestay tu. Ishh.. mira.. mira.. geleng kepala.

“Kau ni kannn.. buat aku terkejut je. Kau jerit aku ingat kau nampak hantu”  jenguk Intan dari tepi pintu. Matanya meliar mengintai gusar sekiranya ada lelaki yg Nampak dirinya yg tidak bertudung.

“Apa kebende hantu petang-petang ni kau ni punnn hahahaha! Jom laaa jom laaa aku dah lama teringin nak naik basikal ni, kat KL mana ada”
“Ek elehh sori sikit ehh.. aku hari2 naik basikal kott”
“Tu vespa la ngekkk haha” tawa berderai
“Alah.. kira satu family basikal lah juga kann sebab ada handle, tayar dua?? Hehehe”
“Ngeng la kau ni.. jom la teman aku, petang ni je, please” terkebil-kebil laju mata aku merayu. Budget nak buat macam mata kartun terkebil-kebil mohon simpati walaupun aku tahu tak menjadi langsung! Haha. Tapi..  aku tahu Intan kesian tengok aku. Aku tahu sebab muka dia serba salah. Yes mengena! Aku jerit gembira dalam hati.
“Aku bukan tak nak teman kau.. tapi ni” tangannya menekan dan mengusap perut yg sedang senggugut. Kecewa.
“Hmm ok lah tak apa kau rehat la cukup2. Malam ni dah la ada program. Nanti aku cerita kat kau betapa seronok naik basikal keliling kampong kau jangan jeles pulak tau. Hahahaha” sempat lagi aku berseloroh sebelum kaki aku mengayuh basikal keluar dari laman homestay tu.

Basikal itu aku kayuh perlahan-lahan. Dulu aku sangat mahir bab berbasikal. Sebut je basikal semua penduduk taman tu akan terfikirkan aku. Tapi sudah lebih sepuluh tahun aku tidak berbasikal sejak aku menyambung perlajaran jauh dari rumah.

Gelong. Basikal itu sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Tambahan tanah di kampong itu tidaklah serata jalan di kawasan perumahan aku dulu. Aku mula berfikir untuk berpatah balik. Adalah dalam baru 400m aku Berjaya mengayuh di jalan yg lurus tepi bendang. Niat aku agak terbantut dengan skill berbasikal yg sudah berkarat. Kakiku berhenti mengayuh dan pandangan aku terhenti ke bendang di sebelah kiri aku.  
Subhanallah… hati aku tersenyum. Cantik tumbuhan ciptaan Allah beri kepada petani-petani ni, Nampak sihat padinya, masih baru menghijau. Yg di hujung bendang nun disana; dalam relung yg lain kelihatan jentera padi sedang bergerak memproses padi yg sudah menguning emas. Aku tersenyum lagi. Seronok rasa hidup di kampong.

“ Teet, teet!” bunyi jam g sport di tanganku menyedarkan waktu hampir senja. Sudah 6.30 ptg. Aku perlu berpatah balik ke hosmestay kami. Baru saja hendak mula mengayuh aku ternampak… eh syam! Terkejut aku. Syam tersenyum kambing sambil menongkat basikal hitam tua yg tinggi itu dengan hujung kakinya. Kelakar pun ada aku rasa. Apa dia buat kat sini? Sejak bila dia ada kat sini? Jarak syam dengan aku lebih kurang 100m. Aku Cuma angkat kening dengan mimic muka tertanya-tanya, berharap dia paham soalan aku yg bertubi2 dalam hati aku. Tapi Syam masih dengan senyum kambingnya, dia menjawab dengan mengangkat keningnya juga. Hah, sudahh.. dah kenapa dengan dia ni.. nak apa.