Monday, February 28, 2011

STUPID!!!

lots of things happened recently
i don't even know what should i feel anymore..
i don't even know what to do..
i don't even know where these would lead to
but somehow i feel its going to end soon, which make me even sad thinking about it..

********************************************
right at this moment, i hate myself a lot
when i am going to learn?!!
when i am going to realize its all lies out there??!!!!
how come i just let my heart being hurt and tortured with those stupid feelings and trustworthiness again and again??!!
my hope for being save by a 'hero' is merely a stupid dream to live on..
no matter how hard i try..
no matter how struggle i am in this battle of mine
it just that i never meant to win any of these.
NEVER

people just love tossing me around as if  i have no feelings
they act gracefully in front of you
but then talk awfully on your back
whats wrong for me to have a little faith in some people
and think how good that people are to me
after all that, they told me its all lies and i am delusional??!!
thank you for saying that

i know i don't have the looks that guys dying for
i know i don't have the looks that most of mother in law would be happy with
i know i don't have the looks that makes people's head turn to look for a second time
but i do know i have a piece of heart that is so sincere loving people around me
a piece of heart that you guys make it suffered a lot from what i called trust and honest
a piece of heart that have wounded all over, never heal

i always pray for this piece of heart to stay calm
i always pray it won't turn out as cold as an ice
because once it become so; it can feel nothing

thank you for saying that, all that
thank you for make me realize that i am the most ugliest person in your world with a stupid delusion of mine
thank you for make me realize that beautiful face and looks, beautiful body is indeed what people are looking for to be a friend or someone special in your world
thank you for make me realize that the saying "looks is nothing, whats more important is a pure loving heart" is just a word of wisdom for stupid and naive person like me
thank you for make me realize, i have nobody i can trust
thank you for make me realize that you guys are very good actor and actresses

and i guess.. you are sharing the same 'world' with others as well
so i believe... everybody see me just like how you did
please.. you guys, go on and live with all beautiful things that make your heart flatter
go on..

don't ever come to this ugly so called friend of yours ever again
i'm done living in your world
and all of you, GTH with your so called beautiful world

Friday, February 18, 2011

I couldn't ask for more ^^

yesterday I was truly sad
but today I am happier!

You wrote nothing much on the birthday card that you gave to me, but I know why...
What’s already printed on it meant so much, so much that you no need to write any further J
Let’s read what’s printed on it :
“I know I’m very LUCKY to have a friend like you,
because you’re always THERE for me no matter what I do..
So on this SPECIAL day of yours I hope you will see,
you are the BEST FRIEND I could have
and you mean the WORLD to me.
Have a wonderful birthday!”
p/s- likewise from me, pika! ^^
it's simple yet really touching
although tomorow promise me nothing,
but all I can do is never stop on hoping and trying

for a sahabat like you I thank to Allah
only He knows how much I suffered before..
long before I met you
yet even after meeting you and what is going to happened next
i am always hoping you brought me out from sorrow
shining as you always do

I pray to Allah for this friendship.. would last forever..

thanks a alot, pika! khairul! (=^_^=)

Tuesday, February 15, 2011

biLa pEnAt sOrAnG2...


D alam tak sampai 5minit, tak sangka saya boleh ends up lukis ini semasa kobosanan yang amat belajar seorang diri di foodcourt hari ini. ^^ cincai je, jadi buruklah..  guna pun cuma 3 batang pensel warna yg sudah sedia ada dalam pencil case.. tak kisahlah kan.. yg penting terisi jugak kebosanan.. inilah yg terlintas kat kepala saya. kenapa pokok kelapa dan kuda ye?? saya pun pelik. haha

vALenTiNe wIsH FoR Me??


hari ni saya semasa saya duduk di foodcourt, tiba-tiba saya ditegur Kae Tsun. Dia melemparkan senyuman dan terus duduk berhadapan saya (saya seorang saja di meja itu sebelum ini). saya sebenarnya tidak berapa betul sangat, rasa macam malaise aje. Saya ambil peluang ini untuk berehat seketika. Hilarry, kawan batch saya hanya memandang kami bersembang dari meja bersebelahan. Rancak juga kami berbual. tiba-tiba datang pula Hyun Bin, menegur kami berdua.
“hey, apa kamu berdua sembangkan?”
“biasalah.. apa lagi” jawab kae tsun, kami semua ketawa. Masing- masing faham sendiri. ^^
Kami berbasa basi, kemudian Kae tsun dan hyun bin meninggalkan saya dan kembali kepada Hillary untuk lunch. Saya pun sambung aktiviti saya yg tertangguh sebentar tadi. Food court makin ramai orang. Maklumlah, lunch hour..
Tiba-tiba:
“eh, haiii... naimah! Lama tak jumpa, rindunyee..” tegur Oscar. Saya memandangnya dan tersenyum sambil melambai-lambaikan tangan. Oscar terus membeli makanan. Mereka duduk semeja, bersebelahan saya. Rancak sungguh mereka bersembang.
Saya berkira-kira mahu lunch atau tidak, perut masih kosong. Saya pandang sekeliling, mencari idea makanan apa yg bakal saya jamah.
“cari siapa tu... hyun bin ada kat sini je!” seloroh Oscar lagi. Kami ketawa lagi.
“Nah, awak nak coklat tak?? Happy valentine day!” hulur hyun bin dengan gembira. Saya terkesima sekejap. Tapi masih tersenyum.
“terima kasih” jawab saya. Oscar, Kae Tsun teruk mengenakan saya. Seronok mereka tengok Hyun Bin bagi coklat kepada saya. Hillary masih terpinga-pinga dengan suasana “meriah” ni.
“nak coklat dari Oscar tak?? Kalau nak awak kena panggil  dia Oppa dulu!” seloroh Hyun bin.
Oscar mengangguk-angguk gembira. Ketawa saja saya saat tu.
ish.. saya tak sangka jadi sampai macam ni.. haha

Saturday, February 12, 2011

MoNoLoG MaLaM: BuLaN DaN BiNtAnG..


angin malam ni bertiup sejuk. mana cik pp ni? masih belum sampai-sampai. Aku sedang menunggu kawanku yg kupanggil Cik Pp di depan apartment. Sudah lama benar rasanya aku tak mengambil angin malam.
Aku mendongak ke langit, bulan sangat cantik hari ni. Walaupun bukan bulan penuh, tapi bulan itu betul2 separa. Bintang-bintang berterabur dengan indah sekali di dada langit. Cantik! Getus hatiku.
Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Satu ketika dulu aku suka memerhatikan bulan dan bintang di langit. Siap guna binocular lagi. Beriya-iya je. ^^ tapi sehingga ke hari hari, baru aku sedar sudah lama benar aku tidak mendongak; menyapu pandangan dengan bulan dan bintang kegemaranku.
Kerana hanya seorang manusia, aku bencikan bulan dan bintang. Bulan dan bintang membuatkan aku teringat padanya. Bulan dan bintang mengingatkan sakit hatiku kerananya. Hanya sebab itu, aku bencikan bulan dan bintang yg sentiasa menjadi tatapanku setiap malam sebelum manusia itu membuatkan aku merana.
Tapi malam ini, aku insaf sendiri. Aku kutuk2 diriku sendiri yg berfikiran begitu cetek.
Mengapa hanya kerana seorang manusia yg tak berguna, hambaNya yg hina itu aku membenci bulan dan bintang ciptaan NYA??
Mengapa kerana manusia itu, aku lupakan salah satu bukti betapa agungnya Allah??
Kerana manusia itu, kenapa aku tidak lagi menjadi manusia yg berfikir dengan ciptaan NYA??
Mengapa kerana manusia itu, aku tidak lagi memurnikan dan menenangkan hati dengan memerhati bukti kekuasaan Nya??
Aku rasa berdosa. Sangat. Sangat. Tubir mata ini, terasa panas semula. Mataku masih terpahat di dada langit memerhatikan bulan dan bintang; seperti yg biasa aku lakukan suatu ketika dulu.. ya Allah, ampuni diri ini yg khilaf... L

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
(Az-Zariyat: 20-21)

Ya Allah.. aku janji pada diriku, bila kulihat bulan dan bintang di langit, aku akan bersyukur dengan ciptaan Mu itu. Aku bersyukur dengan sepasang mata kurniaanMu ini.. aku bersyukur kerana masih hidup di muka bumi ini.. dan, aku tidak akan biarkan lagi manusia itu dan fikiran cetekku mengahalang aku dari mencintai ciptaan agungMu!

Monday, February 7, 2011

siapa kata senang macam kacang?

Terbantut niat saya untuk menulis final part untuk hari lahir saya yg saya niatkan lebih bermanfaat untuk tatapan umum, terutamanya sebagai hamba-Nya. Nampaknya terpaksa saya tangguhkan dulu bahagian itu.
Hari ni, hati ini tergerak untuk membicarakan tentang sesuatu.
DAKWAH.




saya ini bukannya malaikat, maka tegurlah saya andai saya melakukan kesilapan.
Saya ini bukannya malaikat, yg bebas dari hasutan nafsu.
Saya ini bukannya malaikat, tapi saya adalah manusia biasa, hambaNya yg hina!

Tergurisnya sekeping hati ini bila apa yg saya perkatakan di buat senda gurau
Tergurisnya hati ini bila dakwah yg disampaikan langsung tidak diendahkan malah dicabar pula mereka yg dibawah tanggungan nafsu...
Namun saya juga sedar diri ini begitu cetek ilmunya, saya tidak pandai bermadah, saya masih ‘hijau’ dalam mendekati cara penuh hikmah..
Dalam situasi sebegini rindu sungguh saya kepada junjugan Nabi kita,
Saya rindukan dan sanjung kesabaran baginda..
Saya rindukan nasihat dan sunnah baginda..
Ya Allah betapa nabi itu benar, betapa baginda taladan terbaik buat sekalian ummah!
Andai saya dapat turuti langkah baginda.. alangkah ‘segar’ dan tenang rasa di hati..
Andai kesabaran itu dapat saya teladani... harumnya dakwah dalam setiap wadah yg disampaikan..

Kadang-kala putus rasa di hati bila ranjau penuh berduri
“cuba nai’mah tanya diri nai’mah, kenapa nai’mah buat begitu? Kenapa nai’mah tegur kawan nai’mah? Untuk apa?”
Saya terdiam tatkala soalan bertubi-tubi dari seorang kawan bertanya kepada saya.
“kita.. rasa tak sedap hati.. kita rasa bersalah biarkan  je kawan kita buat salah.. buat maksiat depan mata kita..” kata saya putus-putus
“kita takut.. takut nanti di akhirat dia claim dari kita sebab tak tegur perbuatan dia.. kita takut nnt kita dikira bersubahat..” kata saya lagi,suara saya bergetar, air mata sudah berbaldi-baldi.. L
“ha.. nai’mah buat sebab Allah, kan? Hidayah tu milik Allah.. apa yg Nai’mah boleh buat Nai’mah kena sabar je la.. jangan putus asa.. ye, Nai’mah mungkin tak tahu cara terbaik untuk menegur kawan nai’mah tu, tapi Nai’mah kena tegur juga kalau dah terang-terang salah apa yg dia buat. Jangan putus asa, ingat Nabi kita macam mana dia menghadapi dugaan dlam dakwah! “ panjang lebar nasihat sahabat saya.

air mata yg masih bersisa saya kesat, berjalan longlai ke rumah dengan harapan baru..

“dan (ingatlah) ketika suatu ummat di antara mereka berkata, “mengapa kamu menasihati kaum yg akan dibinasakan/ diazab Allah dengan azab yg sangat keras? Mereka menjawab, “agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa
Surah al A’raf: 164

Sunday, February 6, 2011

bAhAgIaN 3..

antara hadiah-hadiah yg saya terima (sebelum dibuka)

4 feb 2011
Pergi ke kelas seperti biasa. Dengan senyuman bergantung di bibir. Seikhlas mungkin ^^
Saya tak perasan bawah meja saya ada something. Semasa rehat saya tolak2 beg ke bawah laci meja tiba-tiba terasa ada something menghalang. Berbungkus dalam plastic jernih, dalamnya berbungkus kertas putih. Dalam fikiran saya ketika itu ;
“Siapa yg makan tak reti nak buang sampah ni..”
(sebab, makanan yg kami biasa beli di CBS canteen semasa lunch hour lebih kurang begitu rupanya). Saya pun ambil nak buang, tiba tiba terasa berat dan ternampak ada note:
NAIMAH, HAPPY BIRTHDAY!!!
tulisannya cantik dan kemas, tapi tak dapat saya kenal pasti dari tulisan2 yg biasa saya tengok. ok, ini saya boleh cakap surprise betul. Sebab ingat tamat sudah cerita semalam. Yang slacknya tak ada pula nama pemberi.. down betul saya sebab saya tak suka terima dari orang yg saya tak tahu (T_T). Penat saya dan kawan sebelah saya, Madi meneka-neka. Tapi kami buntu. Akhirnya saya biarkan saja bawah meja.
Tengah hari itu barulah saya tahu siapa pemberinya. Haha, terima kasih ye! Lain kali jangan lupa tulis nama. =p terima kasih sangat2. (=^_^=)


antara yg saya sudah buka (maaf tak masukkan semua hadiah disini)
5 februari 2011
Hari ini senior rumah 203 tu masak macaroni blognese special yg sangat sedap! Tambah pula ada mangga colek dan anggur yg sangat mengiurkan. Kenyang betul J
Sebelum pulang dapat story books dari housemate mereka, bukan hadiah tapi sebab dia dah nak balik Malaysia, dan dia ada banyak story books yg menarik. Jadi saya baru dapat 3 darinya, lain kali dia bagi lagi katanya ^^ adakah saya akan berjaya tinggalkan movie untuk stories books??  Dah lama saya tinggalkan hobi membaca ni.. rindu sangat! Hehe
 J


lalala.. mari belajar! ^^

petang itu sedang saya sambung buat assignment dari lecturer (journal) salah seorang housemate saya beri saya hadiah. simple, tapi saya suka! Bagi saya, Tanda ingatan darinya sangat bermakna

  6 feb 2011 (hari ini)
pagi-pagi hari ini seorang kawan belanja makan di charaka. Petang ini pula ada seorang kawan bercadang mahu belanja saya bubble tea. Sungguh saya tak harapkan apa-apa pun dari mereka. Hanya Allah yg tahu betapa saya gembira dengan ingatan mereka ini, sekurang kurangnya saya masih terseyum.. Tapi terima kasih kawan!^^

bAhAgIaN 2: 3 fEb 2011


kali ini, saya boleh cakap inilah birthday yg saya paling banyak ‘mendera’ lacrimal gland saya bekerja hampir sepanjang hari itu.. bila saja saya berseorangan saya biarkan air mata tu mengalir sepuas-puasnya. Bukan sebab gembira. Bukan. Kenapa saya menderanya bekerja biarlah rahsia..
ok cukup dengan kesedihan. Btw malam birthday saya, mereka menyambut kecil-kecilan malam itu (belum pukul 12 lagi, tp disebabkan saya nk tido awal sikit maka sambutan diawalkan). Makan pizza dan nyanyi-nyanyi. Ok terharu juga saya, saya ingat sadis juga sambutannya macam tahun lepas tapi ini pun dah cukup menyentuh hati saya. Hehe. yg ada malam itu hanya 4 orang yg meraikan saya termasuk housemate saya.
Oh ye, birthday tahun ini entah kenapa termasuk family, ada seorang lagi yg wish terlebih awal. Masih 2 feb tapi sudah wish. Tp saya tetap berterima kasih atas ingatan J
Kelas berjalan seperti biasa. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah dah kantoi birthday saya dengan 2 orang budak private sebab mereka dok mintak angpaw dari saya. Jadi mereka wish dan peluk2 saya kat tepi jalan tu.
Lokasi: 222, MP PARK
Sampai rumah, saya bersiap-siap sebab ada usrah terakhir sebelum senior pulang ke Malaysia.
Petang tu saya tak dapat menyorokkan kesedihan saya bila seorang sahabat saya bertanya tentang sesuatu. Burst terus saya dalam bilik. Kawan-kawan lain hadir untuk ‘surprise’ kan saya, tp saya pulak yg ter ‘surprise’ kan mereka dengan tangisan saya. Maaf kawan-kawan, dah rosakkan surprise anda semua.. (nasib baik sambutan ini bukan untuk saya saja, jadi sambutan ini masih surprise bagi kawan2 yg lahir bulan februari.
Untuk kami bulan februari. Dalam majlis itu kami berzikir, doa selamat dan solat bersama. Makanan super sedap pula hari itu rasanya. (^_^) tapi saya makan sikit je, perlu ke usrah pula lepas itu. Hadiah? Oh, banyak juga.. *suka*

Lokasi : 304, MP PARK
Usrah di sini. Naqibah masih belum tiba, nana dan kawan-kawan nyanyi birthday untuk saya lagi,*seganlah pula* dan nana hulurkan kotak hadiah yg agak besar (^_^)
Kami berkongsi tazkirah pendek, jadi imamah solat hajat dan kami berjemaah solat isya. Makan lagi. Aduh, nak pecah dah perut masa itu tapi sedap.. senior masak sebagai kenangan terakhir sebelum pulang ke Malaysia. =p
Lokasi : 203, MP PARK
Ok saya perlu singgah di sini usai selesai usrah sebab seorang kakak senior nak jumpa saya. Dia merangkap kakak usrah saya juga. Hadiah lagi J . terpaksa pendekkan perbualan sebab tiba-tiba ada orang sms nak jumpa, dan ada orang lain call cakap mahu jumpa juga. Penat..
Lokasi: 103, MP PARK
Ok saya kena surprise lagi. Hadiah kali ini besar juga, tp yg tak tahannya merah mak ngah. Haha. Bear besar warna merah. Mentang-mentang saya suka warna merah.. haha takut saya 1st sight tengok bear tu.. merah menyala!
Lokasi 222, MP PARK
Sampai juga ke rumah. Pinggan mangkuk bertimbun. Housemate saya sudah lama menghadap buku. Saya penat sugguh. Tapi saya rehat sekejap tengok movie pendek kemudian gagahkan juga basuh pinggan dan terus tidur.. ^^
Saya ingat sudah berakhir di sini, belum tamat rupanya J
p/s- saya harap saya boleh gembira selalu dan ketawa..

Saturday, February 5, 2011

BaHaGiAn 1


3 feb 2011
Bertambah setahun lagi umur saya saat itu. Malam itu seperti tahun lepas, tak ramai yg ingat hari lahir saya. Dan seperti tahun-tahun lepas, hari lahir saya selalunya adalah hari-hari peperiksaan atau presentation / test. Pendek kata hari-hari sibuk. Saya tak kisah sangat orang nak wish atau tidak. Tapi jujurnya, kalau orang lain saya betul tak kisah, tapi saya sedih sikit kalau orang-orang penting dalam hidup saya melupakannya. Hehe ngada-ngada sikit. =p
Kata seorang sahabat saya:
“Terimalah kenyataan.. makin lama birthday hanya tinggal tarikh biasa je..”
Tak saya menyangkal langsung kata-katanya itu, sangat betul. Tapi balas saya, hari itu tetap akan menjadi tarikh bersejarah buat mak dan ayah..
3 feb 2011, saya baru selesai (Problem based learning) PBL untuk subjek Pathology. Saya berkira-kira untuk study di food court tapi memandangkan hari ini hati saya berasa sayu sedikit, saya bercadang pulang ke rumah saja dan solat. Jam di tangan menunjukkan pukul 1 petang. Dalam perjalanan saya menelefon ke rumah..
Baru sahaja selesai memberi salam, mak mengucapkan selamat hari lahir sekali lagi kepada saya (sebab semalam awal-awal lagi keluarga saya dah wish walaupun maghrib belum masuk.. (=^_^=)
“terima kasih mak..” kata saya sambil ketawa
“mak.. mak tau tak, kat sini sekarang pukul satu tgh hari” sambung saya
“oh.. kat sini pukul 3.30ptg..”  balas mak
“hmm.. mak ingat tak.. 22 tahun yg lepas, dalam lebih kurang 30-45 min lagi, mak lahirkan imah!” kata saya sambil menahan sebak. Tiba-tiba je rasa macam nak menangis.
Mak terdiam sebentar
“oh.. waktu ni dulu maksudnya mak kat labour room la tunggu imah nak lahir?” balas mak. Saya dengar suara mak dah lain macam.
“ye la kot.. mana imah tahu..imah kan dalam perut lagi.. hmm.. terima kasih mak..!” sebak! Sebak! Tapi saya ketawa-ketawa.
“Terima kasih...sebab dah susah payah lahirkan imah dan besarkan imah sampai imah “besar” macam ni..” seloroh saya dalam sebak
“terima kasih sebab kalau tak sebab mak, ayah semua, tak adalah imah yg ini dan tak adalah imah kat sini sekarang.. terima kasih untuk semua-semualah!” kata saya lagi
Selepas itu mak tukar topik cepat-cepat. Saya tahu, mak tak mahu kantoi kat saya yang dia menangis.
Kata kata itu lahir dari hati. Bila mengimbas kembali jasa mak ayah ni memang tak terkata-katalah saya. Memang tak terbalas. Saya harap, saya dapat menjadi anak yg solehah kepada mereka.. amin~ :)

Wednesday, February 2, 2011

the day is about to come


The day will come, very sooner
In any minutes,
Any seconds
The day which I’ll know the truth
The day which I’ll determine of what I’m going to do from that day onwards
It’s the day for me to evaluate something that bothers me as much as I’m alive

Kept thinking about this, it makes me realised something...
I hardly believed it wasn’t last for even a year...
I hardly believed I’ve been living with these for a very short time
I hardly believed that; everything HAD happened in that short time
I hardly believe... it was ruined... completely;
Every single thing breaks into small pieces
I hardly believed that... it’s happening to me!

I am waiting for that day to come.
Nervous? Yes I am
Allah knows what I’m feeling right now
But I think I am ready for everything, insyaALLAH..

The day is about to come..

Tuesday, February 1, 2011

rEnUnG & sAbAr..


Hectic! hectic!
Di Mesir sekarang kecoh dengan pemberontakan. Habis kawan-kawan saya yg becadang untuk travel ke sana cuti bulan februari ini terpaksa membatalkan tiket flight mereka. Banyak juga kerugian yg ditanggung. Usah katakan kerugian mereka, dengar kata muzium dan kerajaan disana turut mengalami kerugian besar baik dari segi nyawa mahupun harta benda. Saya bukan mahu mengulas sangat tentang apa yg sedang berlaku di sana, Cuma saya mahu mambawa anda melihat wahana pemberontakan ini dari satu sudut yg berbeza.
Hari ini, ada seorang sahabat menegur saya:
“nai’mah.. tak sabar nya nak balik Malaysia..!” saya tersenyum Cuma.
Tiba tiba tegur pula sahabat yg lain:
“tak sabar balik Malaysia?” katanya diam sebentar. Pandangan kami tertumpu kepadanya
“cuba bayangkan kawan-kawan kita yg terkandas di mesir.., kasihan mereka, tak sempat selamatkan diri ke Malaysia, tak tahu pula bila kekecohan di sana akan berakhir..”
Kami berdua terdiam sebentar. Tersentak seketika dan rasa sayu bergayut di hati..
Jadi sahabat sahabat sekalian (esp mereka yg berada di Manipal) bersabar ya.. tak lama lagi sahaja cuti, bersabarlah hingga saat itu. Dan bersyukurlah di sini kita masih selamat, walaupun tercetus juga mogok beberapa hari yg lepas.
Pada sahabat di mesir, kami doakan anda selamat sejahtera di sana, moga sentiasa di bawah lindungan Allah.. amin~