Sunday, February 6, 2011

bAhAgIaN 2: 3 fEb 2011


kali ini, saya boleh cakap inilah birthday yg saya paling banyak ‘mendera’ lacrimal gland saya bekerja hampir sepanjang hari itu.. bila saja saya berseorangan saya biarkan air mata tu mengalir sepuas-puasnya. Bukan sebab gembira. Bukan. Kenapa saya menderanya bekerja biarlah rahsia..
ok cukup dengan kesedihan. Btw malam birthday saya, mereka menyambut kecil-kecilan malam itu (belum pukul 12 lagi, tp disebabkan saya nk tido awal sikit maka sambutan diawalkan). Makan pizza dan nyanyi-nyanyi. Ok terharu juga saya, saya ingat sadis juga sambutannya macam tahun lepas tapi ini pun dah cukup menyentuh hati saya. Hehe. yg ada malam itu hanya 4 orang yg meraikan saya termasuk housemate saya.
Oh ye, birthday tahun ini entah kenapa termasuk family, ada seorang lagi yg wish terlebih awal. Masih 2 feb tapi sudah wish. Tp saya tetap berterima kasih atas ingatan J
Kelas berjalan seperti biasa. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah dah kantoi birthday saya dengan 2 orang budak private sebab mereka dok mintak angpaw dari saya. Jadi mereka wish dan peluk2 saya kat tepi jalan tu.
Lokasi: 222, MP PARK
Sampai rumah, saya bersiap-siap sebab ada usrah terakhir sebelum senior pulang ke Malaysia.
Petang tu saya tak dapat menyorokkan kesedihan saya bila seorang sahabat saya bertanya tentang sesuatu. Burst terus saya dalam bilik. Kawan-kawan lain hadir untuk ‘surprise’ kan saya, tp saya pulak yg ter ‘surprise’ kan mereka dengan tangisan saya. Maaf kawan-kawan, dah rosakkan surprise anda semua.. (nasib baik sambutan ini bukan untuk saya saja, jadi sambutan ini masih surprise bagi kawan2 yg lahir bulan februari.
Untuk kami bulan februari. Dalam majlis itu kami berzikir, doa selamat dan solat bersama. Makanan super sedap pula hari itu rasanya. (^_^) tapi saya makan sikit je, perlu ke usrah pula lepas itu. Hadiah? Oh, banyak juga.. *suka*

Lokasi : 304, MP PARK
Usrah di sini. Naqibah masih belum tiba, nana dan kawan-kawan nyanyi birthday untuk saya lagi,*seganlah pula* dan nana hulurkan kotak hadiah yg agak besar (^_^)
Kami berkongsi tazkirah pendek, jadi imamah solat hajat dan kami berjemaah solat isya. Makan lagi. Aduh, nak pecah dah perut masa itu tapi sedap.. senior masak sebagai kenangan terakhir sebelum pulang ke Malaysia. =p
Lokasi : 203, MP PARK
Ok saya perlu singgah di sini usai selesai usrah sebab seorang kakak senior nak jumpa saya. Dia merangkap kakak usrah saya juga. Hadiah lagi J . terpaksa pendekkan perbualan sebab tiba-tiba ada orang sms nak jumpa, dan ada orang lain call cakap mahu jumpa juga. Penat..
Lokasi: 103, MP PARK
Ok saya kena surprise lagi. Hadiah kali ini besar juga, tp yg tak tahannya merah mak ngah. Haha. Bear besar warna merah. Mentang-mentang saya suka warna merah.. haha takut saya 1st sight tengok bear tu.. merah menyala!
Lokasi 222, MP PARK
Sampai juga ke rumah. Pinggan mangkuk bertimbun. Housemate saya sudah lama menghadap buku. Saya penat sugguh. Tapi saya rehat sekejap tengok movie pendek kemudian gagahkan juga basuh pinggan dan terus tidur.. ^^
Saya ingat sudah berakhir di sini, belum tamat rupanya J
p/s- saya harap saya boleh gembira selalu dan ketawa..

No comments:

Post a Comment