Tuesday, February 15, 2011

vALenTiNe wIsH FoR Me??


hari ni saya semasa saya duduk di foodcourt, tiba-tiba saya ditegur Kae Tsun. Dia melemparkan senyuman dan terus duduk berhadapan saya (saya seorang saja di meja itu sebelum ini). saya sebenarnya tidak berapa betul sangat, rasa macam malaise aje. Saya ambil peluang ini untuk berehat seketika. Hilarry, kawan batch saya hanya memandang kami bersembang dari meja bersebelahan. Rancak juga kami berbual. tiba-tiba datang pula Hyun Bin, menegur kami berdua.
“hey, apa kamu berdua sembangkan?”
“biasalah.. apa lagi” jawab kae tsun, kami semua ketawa. Masing- masing faham sendiri. ^^
Kami berbasa basi, kemudian Kae tsun dan hyun bin meninggalkan saya dan kembali kepada Hillary untuk lunch. Saya pun sambung aktiviti saya yg tertangguh sebentar tadi. Food court makin ramai orang. Maklumlah, lunch hour..
Tiba-tiba:
“eh, haiii... naimah! Lama tak jumpa, rindunyee..” tegur Oscar. Saya memandangnya dan tersenyum sambil melambai-lambaikan tangan. Oscar terus membeli makanan. Mereka duduk semeja, bersebelahan saya. Rancak sungguh mereka bersembang.
Saya berkira-kira mahu lunch atau tidak, perut masih kosong. Saya pandang sekeliling, mencari idea makanan apa yg bakal saya jamah.
“cari siapa tu... hyun bin ada kat sini je!” seloroh Oscar lagi. Kami ketawa lagi.
“Nah, awak nak coklat tak?? Happy valentine day!” hulur hyun bin dengan gembira. Saya terkesima sekejap. Tapi masih tersenyum.
“terima kasih” jawab saya. Oscar, Kae Tsun teruk mengenakan saya. Seronok mereka tengok Hyun Bin bagi coklat kepada saya. Hillary masih terpinga-pinga dengan suasana “meriah” ni.
“nak coklat dari Oscar tak?? Kalau nak awak kena panggil  dia Oppa dulu!” seloroh Hyun bin.
Oscar mengangguk-angguk gembira. Ketawa saja saya saat tu.
ish.. saya tak sangka jadi sampai macam ni.. haha

No comments:

Post a Comment