Tuesday, February 1, 2011

rEnUnG & sAbAr..


Hectic! hectic!
Di Mesir sekarang kecoh dengan pemberontakan. Habis kawan-kawan saya yg becadang untuk travel ke sana cuti bulan februari ini terpaksa membatalkan tiket flight mereka. Banyak juga kerugian yg ditanggung. Usah katakan kerugian mereka, dengar kata muzium dan kerajaan disana turut mengalami kerugian besar baik dari segi nyawa mahupun harta benda. Saya bukan mahu mengulas sangat tentang apa yg sedang berlaku di sana, Cuma saya mahu mambawa anda melihat wahana pemberontakan ini dari satu sudut yg berbeza.
Hari ini, ada seorang sahabat menegur saya:
“nai’mah.. tak sabar nya nak balik Malaysia..!” saya tersenyum Cuma.
Tiba tiba tegur pula sahabat yg lain:
“tak sabar balik Malaysia?” katanya diam sebentar. Pandangan kami tertumpu kepadanya
“cuba bayangkan kawan-kawan kita yg terkandas di mesir.., kasihan mereka, tak sempat selamatkan diri ke Malaysia, tak tahu pula bila kekecohan di sana akan berakhir..”
Kami berdua terdiam sebentar. Tersentak seketika dan rasa sayu bergayut di hati..
Jadi sahabat sahabat sekalian (esp mereka yg berada di Manipal) bersabar ya.. tak lama lagi sahaja cuti, bersabarlah hingga saat itu. Dan bersyukurlah di sini kita masih selamat, walaupun tercetus juga mogok beberapa hari yg lepas.
Pada sahabat di mesir, kami doakan anda selamat sejahtera di sana, moga sentiasa di bawah lindungan Allah.. amin~

No comments:

Post a Comment