Saturday, February 12, 2011

MoNoLoG MaLaM: BuLaN DaN BiNtAnG..


angin malam ni bertiup sejuk. mana cik pp ni? masih belum sampai-sampai. Aku sedang menunggu kawanku yg kupanggil Cik Pp di depan apartment. Sudah lama benar rasanya aku tak mengambil angin malam.
Aku mendongak ke langit, bulan sangat cantik hari ni. Walaupun bukan bulan penuh, tapi bulan itu betul2 separa. Bintang-bintang berterabur dengan indah sekali di dada langit. Cantik! Getus hatiku.
Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Satu ketika dulu aku suka memerhatikan bulan dan bintang di langit. Siap guna binocular lagi. Beriya-iya je. ^^ tapi sehingga ke hari hari, baru aku sedar sudah lama benar aku tidak mendongak; menyapu pandangan dengan bulan dan bintang kegemaranku.
Kerana hanya seorang manusia, aku bencikan bulan dan bintang. Bulan dan bintang membuatkan aku teringat padanya. Bulan dan bintang mengingatkan sakit hatiku kerananya. Hanya sebab itu, aku bencikan bulan dan bintang yg sentiasa menjadi tatapanku setiap malam sebelum manusia itu membuatkan aku merana.
Tapi malam ini, aku insaf sendiri. Aku kutuk2 diriku sendiri yg berfikiran begitu cetek.
Mengapa hanya kerana seorang manusia yg tak berguna, hambaNya yg hina itu aku membenci bulan dan bintang ciptaan NYA??
Mengapa kerana manusia itu, aku lupakan salah satu bukti betapa agungnya Allah??
Kerana manusia itu, kenapa aku tidak lagi menjadi manusia yg berfikir dengan ciptaan NYA??
Mengapa kerana manusia itu, aku tidak lagi memurnikan dan menenangkan hati dengan memerhati bukti kekuasaan Nya??
Aku rasa berdosa. Sangat. Sangat. Tubir mata ini, terasa panas semula. Mataku masih terpahat di dada langit memerhatikan bulan dan bintang; seperti yg biasa aku lakukan suatu ketika dulu.. ya Allah, ampuni diri ini yg khilaf... L

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
(Az-Zariyat: 20-21)

Ya Allah.. aku janji pada diriku, bila kulihat bulan dan bintang di langit, aku akan bersyukur dengan ciptaan Mu itu. Aku bersyukur dengan sepasang mata kurniaanMu ini.. aku bersyukur kerana masih hidup di muka bumi ini.. dan, aku tidak akan biarkan lagi manusia itu dan fikiran cetekku mengahalang aku dari mencintai ciptaan agungMu!

No comments:

Post a Comment