Monday, December 24, 2012

apa yang hot?



Walaupun saya sepatutnya mengulangkaji untuk exam pada hari khamis minggu ni, tiba-tiba tangan saya ni gatal nak menaip.

Apa isu yg saya “hot” kan di sini?

Study group.

ok sorry. tak hot sangat kot. hehe

Saya sebenarnya, suka sangat study group, sebab saya banyak cakap. Saya perlu mengeluarkan ilmu saya dengan bercakap. Lagi banyak saya explain pada orang, lagi saya faham. Kadang2 yang tak faham pada awalnya pun saya jadi faham. Tambah pula senang ingat.

Apa lagi?

Saya tak rasa stress dengan study group most of the time instead of belajar sendiri. Kenapa? Sebab saya banyak ketawa. Dalam bilik kalau belajar seorang diri macam mana nak ketawa? Unless kalau saya berangan pelik2. Haha

Saya tak buang masa dengan study group, selalunya. Amazingly, saya jadi seorang yg sangat berdisiplin kalau dalam study group.  Off internet semasa discussion, melainkan ada info yg perlu penerangan jelas dari en. Google. Sebenarnya saya tak kisah sangat, tapi kawan2 selalu main hp teruk sangat sampai ternganggu study progress. Paling tidak, saya harap hp itu di-silentkan J

Lagi? Lagi?

Dulu semasa di India saya siap ada makan2 lagi. Hahaha- ini perkara sampingan yang best. *senyum*
Disebabkan hobi saya iaitu menonton movies and series semakin bahaya, saya perlu satu channel untuk larikan diri saya dari semua ini. Susah betul saya nk disiplin diri dengan movies ni kalau berada berdekatan dengan laptop. Selalu juga akhir2 ini pergi ke library atas niat nak lari daripada laptop saya. Seronok, tapi..? selalunya saya akan rasa penat selepas posting seharian, tak dapat selalu ke sana *mengeluh*

Tapiiiii…?
Di Melaka ni, dan lebih tepat; di MMMC tempat saya belajar ni, kebanyakan dari pelajar di sini lebih suka belajar sendiri. Kalau ada pun yg suka belajar dalam kumpulan, pasti kami berlainan group. Jadi jadual belajar dah jadi haphazard kalau nak belajar bersama.  *sedih*
Sebab itulah saya terpinga-pinga sekarang. Ya Allah.. sungguh saya rasakan saya amat memerlukan study partner. Just dengan existence of my study partner, saya akan rasa bersemangat sangat nak belajar, insyaAllah. Orang mungkin salah faham konsep study group ni, kan? Study group tak semestinya setiap dan sekecil2 topik kita berbincang bersama. Sebenarnya, study group dalam konsep saya ialah duduk bersama di satu meja, buka buku dan belajar. Ada perkara yg perlukan penjelasan- bincanglah. Penat? Rehatlah. Senyum2 dan melawak dengan ahli kumpulan supaya otot muka tu longgar sikit, xde lah muka ketat jeee dan kurang stress.

Manalah agaknya saya boleh dapatkan study partner…. (=_=)’



Saturday, December 22, 2012

personality test dan cita-cita

walaupun saya dah pun tahun ke-4 sebagai pelajar perubatan, , saya masih suka mengambil personaliti test ni, terutama yang berkaitan dengan kerjaya. anehnya setiap kali keputusannya, hampir 90% lebih menjurus saya ke arah tenaga pengajar, jarang sekali sebagai seorang doktor.

masa kecil2 teringat saya akan borang 001 yg perlu kami isikan dengan tiga cita2. semasa masih kecil dan tak matang itu senang benar terpengaruh dengan kawan dan orang di sekeliling kita.

kalau tidak, manakan dalam borang 001 saya ada juga tertulis pramugari dan ahli bomba sebagai cita-cita. hahahaha *ketawa besar*. cuma 2 cita-cita yang tak pernah hilang dalam senarai adalah seorang guru/pensyarah dan doktor.

selalunya hobi saya mempengaruhi senarai cita-cita saya. saya suka..:

  • melukis- jadi mahu menjadi pelukis. siap berangan ada papan dan barang2 melukis yg lengkap. hehe
  • menulis cerpen/puisi- jadi mahu menjadi novelist. malah saya ada banyak koleksi cerpen dalam simpanan peribadi saya. pernah juga puisi saya tersiar dalam majalah siswa.

sekarang, di sinilah saya, mendaki dan menongkah perjalanan untuk menjadi seorang doktor. sampai sekarang saya masih tidak percaya, saya sudah sampai ke peringkat ini. siapa sangka?  setiap kali saya berjaya ke perngkat seterusnya jujurnya saya merasakan itu memang rezeki Allah.... Alhamdulillah :)


tak terasa mahu bercerita panjang kali ini. sekadar mahu update post saja.

kepada readers, moga kita sama2 mencapai cita2 kita.. dan sebagai seorang beragama Islam, marilah kita bersama-sama mencari jalan ke syurga, insyaAllah..


Thursday, December 13, 2012