Saturday, December 22, 2012

personality test dan cita-cita

walaupun saya dah pun tahun ke-4 sebagai pelajar perubatan, , saya masih suka mengambil personaliti test ni, terutama yang berkaitan dengan kerjaya. anehnya setiap kali keputusannya, hampir 90% lebih menjurus saya ke arah tenaga pengajar, jarang sekali sebagai seorang doktor.

masa kecil2 teringat saya akan borang 001 yg perlu kami isikan dengan tiga cita2. semasa masih kecil dan tak matang itu senang benar terpengaruh dengan kawan dan orang di sekeliling kita.

kalau tidak, manakan dalam borang 001 saya ada juga tertulis pramugari dan ahli bomba sebagai cita-cita. hahahaha *ketawa besar*. cuma 2 cita-cita yang tak pernah hilang dalam senarai adalah seorang guru/pensyarah dan doktor.

selalunya hobi saya mempengaruhi senarai cita-cita saya. saya suka..:

  • melukis- jadi mahu menjadi pelukis. siap berangan ada papan dan barang2 melukis yg lengkap. hehe
  • menulis cerpen/puisi- jadi mahu menjadi novelist. malah saya ada banyak koleksi cerpen dalam simpanan peribadi saya. pernah juga puisi saya tersiar dalam majalah siswa.

sekarang, di sinilah saya, mendaki dan menongkah perjalanan untuk menjadi seorang doktor. sampai sekarang saya masih tidak percaya, saya sudah sampai ke peringkat ini. siapa sangka?  setiap kali saya berjaya ke perngkat seterusnya jujurnya saya merasakan itu memang rezeki Allah.... Alhamdulillah :)


tak terasa mahu bercerita panjang kali ini. sekadar mahu update post saja.

kepada readers, moga kita sama2 mencapai cita2 kita.. dan sebagai seorang beragama Islam, marilah kita bersama-sama mencari jalan ke syurga, insyaAllah..


No comments:

Post a Comment