Wednesday, May 25, 2016

cacamerba untold undecided #9

ps akan disusun semula setelah flow cerita lebih elok

-———
Aku bercadang mahu membawa diri ke Bandung. Dengan Arfa (keturunan kelantan siam). kata Arfa sepupunya mahu ikut sama. Last minit plan.

"boleh ye Azri mahu ikut sama? pleaseee kesian dia dah siap pasport and beli tiket"

"siapa suruh dia beli siap2 and prepare semua before confirm dgn kita?" bebalku

"ala xpe.. dia tu photographer gila. untung2 dia boleh ambilkan gambar percutian kt cantik2. Ikutkan hati aku tak mahu ada lelaki ikut. tapi memandangkan Arfa sungguh sungguh merayu bagi pihak sepupunya itu ake benar kan saja dengan berat hati.

"oit dah sampai! mengelamun jauh betul kau ni" tegur arfa. Dari dalan kereta aku nampak seorang lelaki dengan shirts merah terang. di bahunya tergalas sedia beg camera.

"Nan mai khoi?"
lama ke tunggu? siam

"Mai lok sat diau"
xlama skejap je

"pai ,pai! lambai Arfa sambil membuka pintu kereta.


sempatkah?

Sebenarnya panjang jugak nk bercerita. Tp malas pula nk taip panjang2. Cuma nk highlight sikit apa yg jadi tempoh hari.

Minggu lepas dlm 21-23hb di rumah mak ayah sibuk pengendalikan kenduri adik bradik susuanku yg aku  panggil kembarku. Macam2 juga benda jadi, tak sempat nk diceritakan semua. Cuma ada satu perasaan yg masih bergayut di hati ni, teringat2 sampai sekarang.

Semasa menepung  tawar, aku selaku pengapit tak bertauliah rasanya lebih nervous. Semasa mak dan ayah naik ke pelamin, ayu (kembar ku) sudah tak tentu arah. Mata dah nmpk berair. aku turut menahan sendu. Ayu salam mak dan ayah, aku tgk mak peluk sambil mengucap tahniah n nasihat serba sedikit dengan suara yg garau. Mata mak turut berair. Ayah pula berlainan dengan sikapnya yg suka berseloroh, cuma diam membisu. Aku tahu ayah juga tahan air mata jantannya.

Usai selesai majlis esok pagi aku perlu pulang semula ke kedah. Aku salam mak dan peluk mak seperti biasa tapi kali ini  mak peluk aku dengan sgt erat. Eratnya lain mcm. Aku tak tahu lah knp senang tersentuh hati ni, tapi aku cover xnk nagis. Aku berseloroh dgn mak, "wangikan imah?" Lol.

Mcm mana agaknya kalau majlis aku nnt... Sempatkah utk mereka merasa bermenantukan suamiku..?