Monday, December 24, 2012

apa yang hot?



Walaupun saya sepatutnya mengulangkaji untuk exam pada hari khamis minggu ni, tiba-tiba tangan saya ni gatal nak menaip.

Apa isu yg saya “hot” kan di sini?

Study group.

ok sorry. tak hot sangat kot. hehe

Saya sebenarnya, suka sangat study group, sebab saya banyak cakap. Saya perlu mengeluarkan ilmu saya dengan bercakap. Lagi banyak saya explain pada orang, lagi saya faham. Kadang2 yang tak faham pada awalnya pun saya jadi faham. Tambah pula senang ingat.

Apa lagi?

Saya tak rasa stress dengan study group most of the time instead of belajar sendiri. Kenapa? Sebab saya banyak ketawa. Dalam bilik kalau belajar seorang diri macam mana nak ketawa? Unless kalau saya berangan pelik2. Haha

Saya tak buang masa dengan study group, selalunya. Amazingly, saya jadi seorang yg sangat berdisiplin kalau dalam study group.  Off internet semasa discussion, melainkan ada info yg perlu penerangan jelas dari en. Google. Sebenarnya saya tak kisah sangat, tapi kawan2 selalu main hp teruk sangat sampai ternganggu study progress. Paling tidak, saya harap hp itu di-silentkan J

Lagi? Lagi?

Dulu semasa di India saya siap ada makan2 lagi. Hahaha- ini perkara sampingan yang best. *senyum*
Disebabkan hobi saya iaitu menonton movies and series semakin bahaya, saya perlu satu channel untuk larikan diri saya dari semua ini. Susah betul saya nk disiplin diri dengan movies ni kalau berada berdekatan dengan laptop. Selalu juga akhir2 ini pergi ke library atas niat nak lari daripada laptop saya. Seronok, tapi..? selalunya saya akan rasa penat selepas posting seharian, tak dapat selalu ke sana *mengeluh*

Tapiiiii…?
Di Melaka ni, dan lebih tepat; di MMMC tempat saya belajar ni, kebanyakan dari pelajar di sini lebih suka belajar sendiri. Kalau ada pun yg suka belajar dalam kumpulan, pasti kami berlainan group. Jadi jadual belajar dah jadi haphazard kalau nak belajar bersama.  *sedih*
Sebab itulah saya terpinga-pinga sekarang. Ya Allah.. sungguh saya rasakan saya amat memerlukan study partner. Just dengan existence of my study partner, saya akan rasa bersemangat sangat nak belajar, insyaAllah. Orang mungkin salah faham konsep study group ni, kan? Study group tak semestinya setiap dan sekecil2 topik kita berbincang bersama. Sebenarnya, study group dalam konsep saya ialah duduk bersama di satu meja, buka buku dan belajar. Ada perkara yg perlukan penjelasan- bincanglah. Penat? Rehatlah. Senyum2 dan melawak dengan ahli kumpulan supaya otot muka tu longgar sikit, xde lah muka ketat jeee dan kurang stress.

Manalah agaknya saya boleh dapatkan study partner…. (=_=)’



Saturday, December 22, 2012

personality test dan cita-cita

walaupun saya dah pun tahun ke-4 sebagai pelajar perubatan, , saya masih suka mengambil personaliti test ni, terutama yang berkaitan dengan kerjaya. anehnya setiap kali keputusannya, hampir 90% lebih menjurus saya ke arah tenaga pengajar, jarang sekali sebagai seorang doktor.

masa kecil2 teringat saya akan borang 001 yg perlu kami isikan dengan tiga cita2. semasa masih kecil dan tak matang itu senang benar terpengaruh dengan kawan dan orang di sekeliling kita.

kalau tidak, manakan dalam borang 001 saya ada juga tertulis pramugari dan ahli bomba sebagai cita-cita. hahahaha *ketawa besar*. cuma 2 cita-cita yang tak pernah hilang dalam senarai adalah seorang guru/pensyarah dan doktor.

selalunya hobi saya mempengaruhi senarai cita-cita saya. saya suka..:

  • melukis- jadi mahu menjadi pelukis. siap berangan ada papan dan barang2 melukis yg lengkap. hehe
  • menulis cerpen/puisi- jadi mahu menjadi novelist. malah saya ada banyak koleksi cerpen dalam simpanan peribadi saya. pernah juga puisi saya tersiar dalam majalah siswa.

sekarang, di sinilah saya, mendaki dan menongkah perjalanan untuk menjadi seorang doktor. sampai sekarang saya masih tidak percaya, saya sudah sampai ke peringkat ini. siapa sangka?  setiap kali saya berjaya ke perngkat seterusnya jujurnya saya merasakan itu memang rezeki Allah.... Alhamdulillah :)


tak terasa mahu bercerita panjang kali ini. sekadar mahu update post saja.

kepada readers, moga kita sama2 mencapai cita2 kita.. dan sebagai seorang beragama Islam, marilah kita bersama-sama mencari jalan ke syurga, insyaAllah..


Thursday, December 13, 2012

Saturday, November 24, 2012

hilang

sejak dua menjak ni saya selalu teringat-ingat blog saya yang lama.
blog saya yg pertama adalah di friendster, seperti yg telah saya ceritakan sebelum ini. tapi blog yang saya katakan kali ini adalah yg ke2, sebelum wujudnya blog yg sedang anda baca ni..

ada satu cerpen saya postkan di situ, saya suka sangat dengan jalan ceritanya... sedihnya sebab dah tak jumpa. sungguh saya tak ingat apa nama blog tu =(

dan sejak dua menjak ni.. saya teringat kat seorang hamba Allah yg dulu saya agak rapat semasa sekolah rendah. darjah dua pulak tu. selepas itu hamba Allah itu berpindah dan kami tak pernah berhubung pun. saya teringat sebab hamba Allah ni panas baran orangnya.. selalu mengamuk di kelas dan bergaduh. cikgu pun tak dapat mengawal atau memujuknya. tapi akhirnya dia dengar cakap saya, cikgu suruh saya duduk sebelahnya dan kami jadi kawan. dia pun sudah kurang marah2. hahaha comelnya teringat kenangan lama ni =p

lately.. hampir hari2 terimgat. dah lama saya tak rasa macam ni. kenapa ni.... ? huhu harap2 semua2nya perkara baik2 =)

2minggu ni agak tough bagi saya. apatahkan lagi keluarga saya. saya perlu tenangkan mereka, juga menenangkan diri sendiri juga. harap anda semua turut sama-sama mencari ketenangan dan kesabaran dalam menempuh ranjau kehidupan.

"ALLAH TAK BERI APA YG KITA MAHUKAN, TAPI ALLAH BERI APA  YG KITA PERLUKAN, YG MANA JAUH LEBIH BAIK JIKA KITA ORANG2 YG SABAR DAN BERSYUKUR"

"the sky is still as blue,the grass is still as green, the birds sing as sweetly, the flowers have not lost their fragrance. It may not seem so at the moment but slowly, it will " =)

just so you know (those i care the most) i am always by your side. i will pray so that we can go through the storm and the heavy rain together so that we will be able to see the rainbow when the sun is up :)


"after rain theres a rainbow, after a storm theres calm, after the night theres a morning, and after an ending theres a new beginning."






Wednesday, October 3, 2012

fuh yoo! =0

ni sepupu saya punye suami, haha

asal jepun, tinggal sekarang di singapura.

highlight post kali ni?? camera dia tuuu... cun woooo..~~ hehehe

dia mmg photographer, terkenal jugak rasaanya sebab selalu orang panggil kalau ada event besar2, tak kira indon, msia or spore :)

berangan je lah kan kalau nk camera cenggini lol 

Get up!! WAKE UP!

have u ever felt like how useless you are or about how dark future is.?? i think  i never have experienced such things till lately, when the exam result comes out. when u r in the 4th yr of medical course, u know sooner u'll be a doctor, like, a REAL doctor who treats people, prescribe medication etc

suddenly i have this thought, this serious thought. how exactly im gonna be a good doctor with this kind of achievement?? how exactly people should put their trust on me to treat them when i myself having doubt?? how?? how??

and when im presenting cases to doctors or lecturers, i realized how shallow the knowledge i've got. how imperfect i am, how stupid and lazy i am!

and yet...... i here i am repeating mistakes. yet.. here i am still being lazy. #shame on me# T_T

as of today, when i got lowest mark during case presentation although i thought ive done my best, but, u know what is the biggest mistake?

not realizing at that minutes, "SEMUANYA MILIK ALLAH, ILMU ITU MILIK ALLAH."

those are the consoling words i said to myself.

one thing i realized is.. when u did a stupid mistakes, you do not need to explained the reason of your action or answer, because they dont really wanna know unless they asked. how embarrassing it is, how much u want to pour ur heart out, the one who really listens to it is our creator.. Allah. and he would provided the utmost calmness in your heart.

you dont need to listens to "doktor tu biasa je kau yg lebih2" comment once more :)

really, i have to get rid of my laziness but it is soooo hard. at least, i plan to study smart: enough sleep, enough muhasabah, enough recreational activities. bla bla. but again,

"KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YG MENENTUKAN"

its ok, at least, starting from today i will always try my best. successful person need to fall a few times on their way to success. please, pray for me. i really wanna be a good muslimah doctor and a good daughter, wife, etc.. aminnn. :)

Saturday, August 25, 2012

movie review: LIFE IN A DAY: SUPERB! :)

sekarang saya tengah tengok movie yg sangat lain dari yg lain. tajuknya LIFE IN A DAY.




apa yg istimewa tentang movie ni? movie ni adalah usahasama YOUTUBE, NATIONAL GEOGRAPHIC dan satu syarikat perfileman. filem ini mengumpulkan video dari orang ramai (192 buah negara), all of it shot on a single day :)

sebenarnya saya suka sebab bila saya termenung dan memerhati sekeliling selalu saya terfikir, apa agaknya orang di seluruh dunia tengah buat? so filem ni macam merealisasikan part of my wonder and dream. seriously bagi saya sangat menarik sebab lain dari lain dan unik. shot yg diambil pula ada yg professional dan ada yg biasa2. tapi cerita ini mampu membuat saya ketawa dan tersenyum sendiri. ini yg penting. kalau nak rasa sendiri perasaan bila tengok filem ni, tengoklah! :)


Air Mata Syawal 1


for someone like me and my family, raya kali ini sangat bermakna dan seronok. memang saya pernah cakap yang bila raya, baju raya semua tu tak penting, yang penting semua ahli keluarga dapat kumpul bersama, bermaafan etc. tapi kali ini.. kaknor ada rezeki lebih, jadi 4hari sebelum raya kami keluar shopping di KL Festival City, beli baju melayu untuk ayah. lengkap bersampin. brand john master lagi. ayah seronok tak terhingga sampai menitiskan air mata.
abangcik, mak, ayah dan saya 
kata ayah.. " setelah 54tahun beraya, baru tahun ini ayah berpeluang merasa baju melayu lengkap dengan sampin yg sangat selesa. sebelum ni bukan ayah tak nak, tapi ayah tak mampu" 

sesi mintak maaf ke ni?? hehe saya dan kaknor
kami yg dengar ni nak menitis air mata dengar kata kata ayah tapi kami buat joke supaya tak nangis ramai2 nanti orang tengok pelik pula. kami seronok tengok ayah excited pilih baju raya sambil kami beri pendapat. sampai nak tidur malam ayah yg biasa tidur seawal 9pm tapi hari itu sudah pukul 1am tapi ayah, mak dan saya masih belum boleh tidur. saya usik ayah,



 "hai ayah excited sangat sampai tak boleh tidur ke dapat baju raya?" 
jawab ayah" a ah, rasa lambat pulak nak raya" gurau ayah buat tawa saya dan mak berderai.



 balik rumah singgah rumah kakak, tengok akk tgh jahit baju sama warna dengan baju melayu ayah. rupa2nya tema mereka coklat. tanpa disangka2 tema keluarga besar kami adalah coklat. coincidence! seronok!!  <3 saya yang pada awalnya tak ada baju raya pun bersemngat nak keluar duit beli baju raya. :)

on the way ke ruma pak uda :)



tahun ini kami beraya di perak. konvoi 2 kereta. saya satu kereta dengan kakno dan abang. kakak raya belah mentua la, dah kawin kan dia. sedih sikit tak dapat sama2. dalam kereta kami selalu terlupa abang ada bersama. sbb abang kan tak boleh cakp dan dengar, jadi kami melalak nyanyi or gelak sampai nak pecah cermin kereta pun tak apa. tapi bila kami jadi camwhoring abang tepuk bahu saya dari belakang,

# apa ni, tak ajak abang!# kata abang dalam bahasa isyarat.

oppa berdengkur?? kui kui =p
kadang2 tengah rancak borak dengan kakno tiba2 terdengar abang berdengkur kuat kat belakang. hahaha . ada satu kali kami kejar ayah di depan laju sangat sampai tak perasan ada bumper baru dibuat, tak ada papan tanda beritahu pulak tu. terterbang kami atas jalan. abang kat belakang yg kepala dekat dengan bumbung kereta terhantuk kuat. kami gelak lagi. =)) opss sori abang. hehe.

keluarga mak ngah dan keluarga saya :)



bila balik tersenyum je lah saya hehe



















kalau rajin adalah sambungan raya. apa-apa pun saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pembaca! :)




Monday, July 9, 2012

Ramadhan, target dan Palestein


Berapa hari je tinggal nk bulan ramadhan. Debar-debar pulak macam nak kahwin. eh? haha =p

korang tak rasa berdebar-debar ke nak ramadhan ni??

hari tu masa saya berusrah di Paya Rumput tu, antara aktiviti kami ialah tulis dan kongsikan matlamat sepanjang bulan ramadhan... mula2 rasa segan nak kongsi, tapi lepaih tu depa kata benda baik elok kongsi, mana tahu kawan2 lain pun boleh sama2 kumpul pahala buat benda yg sama... kan dah dapat pungut pahala free hehe meh saya kongsi sikit matlamat saya:

TARGET RAMADHAN 2012

  1. Bangun malam qiam lebih kerap
  2. Sahur jangan skip
  3. solat awal waktu, seawal boleh
  4. baca quran tiap kali waktu solat tu jangan tinggai, terima kasih kepada teknologi-quran digital :)
  5. "MEMELIHARA " puasa dengan lebih baik dan sempurna... bukan puasa perut je, puasa mulut (cakp benda baik2 je), puasa hati, puasa mata etc
  6. buka puasa seadanya.. elakkan pembaziran
  7. terawih jangan tinggal

dan sempena hari tu tema usrah adalah "CINTA DI BUMI AQSA" maka perlu selitkan juga target bagaimana kita mahu membantu Palestin. ini antara cadangan saya:


  • tak mahulah semangat memperjuang palestein itu hanya pulsatile atau episodic. sekejap2 je. pastu senyap. jadi tiap2 hari try untuk tengok video/ berita tentang palestein dan isu2 semasa islam yg lain, untuk tambah semangat dan pengetahuan. nanti orang tanya, 
  • "kenapa kamu sokong palestin? sebab kamu islam? jadi kami yg bukan islam tak perlu lah sokong kan?" haaa.. apa korang nak jawab?? silalah ambil tahu yee knp sebnarnya kita perlu tolong palestin. dengan cara ni kita boleh tarik mereka yg bukan islam juga spy sama2 bantu  :) 
  • bagi mereka yg memang jenis makan tengah hari, buat tabung. Hari2 masukkan duit sebanyak mana anda spend hari2 untuk lunch, since kita kan puasa so tak makan la tengah hari. Lepaih tu habis sebulan bawak keluar semua, derma untuk tabung palestin. Kalau sebelum ni kita derma cuma dapat cover 1 perut palestinian, insyaAllah dalam sebulan ni 30 palestinian dapat kita bantu, =) siapa yg suke sangat bershopping tu, tiap kali nk shopping handbag ke.. apa2 yg tergolong dalam "kehendak" dan bukan "keperluan", fikir2kan lah palestein yg perlukan bantuan tu..  sebabbb mereka *sila baca poster di bawah:*

  • siapa yg belum hapal doa qunut nazilah- doa specific untuk bantu orang palestin dan orang islam lain, bertatihlah dari sekrang hapal :)
itu jelah buat setakat ni, apa yg penting bukan kuantiti target kita. tapi kualitinya, setakat mana mampu kita capai dan laksanakan dengan sesempurna mungkin. kemudian, moga terlahir sifat istiqamah :)

selamat menyambut ramdhan akan datang.. apa korang punya target ramdhan 2012?? :)

Saturday, July 7, 2012

aih. lupe. lupe.

saya kan, dah lama cakap nk post pasal macam2. gambar travel la, koleksi lukisan sejak kecik la, gambar sejak kecik, hobi, cerpen, tapi asyik lupa nak habiskan post dan asyik lupa nk ambil koleksi dari rumah. maaffff... harap2 balik rumah lepas ni saya rajin nk punggah "pandora box" saya . he he he

saya ingat nk post gambar sejak lahir, tp dah alang2 gambar ni je ada, saya bg yg ni dulu la,  betapa bolatt saya ni haaa.. botak pulak tu :P


Sunday, July 1, 2012

FRIENDSTER


saya rindu sangat blog pertama saya, di Friendster tu. sangatttt rindu. sedihnya dah tak dapat nk access. hilang begitu saja entry2 dalam tu.. huaaaaa T_T

"'the site has suffered an exponential decline in traffic in America since 2009. From a peak 40 ranking it reached 800 in November 2010. Most people have since attributed this decline to the rise of Facebook, a rival social networking site"


In June 2011, the company repositioned itself into a social gaming site and discontinued user social network accounts.[25] But Friendster accounts will not be deleted and users can still log in using their existing e-mail login and password. They also stated that contact list (or friendlist) will be preserved along with user's basic information. Friendster said that in the new and improved website, the focus will be on pure "entertainment and fun", and aims not to compete with, but rather to complement Facebook.

"In June 2011, Friendster shifted from social networking site to a social entertainment site which focus on gaming and entertainment. The accounts are unchanged and still existing. However, all the photos, messages, comments, testimonials, shoutouts, blogs, forums and groups that the users may have had in the past may no longer be part of their Friendster account.[45] An exporting tool is provided to back up the information of the user account. This tool has an ability to export photos to Flickr and Multiply.
Deadline given to users to export their photos was extended to 27 June 2011. Photos which are not exported by the deadline have been removed and not retrievable.[46] This has enraged many users, who posted hate messages on the official support community.[1]

OHH I AM SSSSSOOOOOO LATEEE :( :(

Tuesday, May 22, 2012

Memories :)

pic2 ni antara pic yg bakal menghiasi bilik kecik dan pink saya ni. hahaha tabley blah okayyy.. =p
kalau nak tengok gambar dengan lebih jelas dan baca apa yg ditulis di setiap gambar, sila tekan gamba untuk besarkan :)



















Sunday, May 13, 2012

license

Happy Mother's Day! bagi saya tiap2 hari hari ibu, maka tema saya:

"tiap hari sayanggg~~~ " hahahaha macam iklan PONDS kot, yg si Anne pelakon cerita Cili Padi tu jadi model.



okay, hari ni saya mula daftar dan amik lesen. KERETA DAN MOTOR. aaiyoyoyoyo... saya takut la, serius. takut lagi bawak motor dari bawak kereta. dah sampai bilik rasa menyesal pulak daftar for both. wuwuwuwuwu. dah la pulak tu, dulu saya pernah, kali pertama n terakhir bawa motor., orang suruh slow n berhenti tapi sebab cuak saya terpulas minyak, hampir2 langgar tiang badminton kat laman flat rumah saya tu. satu blok tengok kot!! lepas2 tu orang dok gelak je bila nampk saya dan motor. nasib baik orang tak ingat dah insiden tu, kecuali family saya.

erm kelas hari ni? seawal 6 pagi lebih saya menunggu van untuk datang ambil. pagi tadi hujan dah la lebat. sedap je kalau nak sambung tidur. lepas tu kami ni tak adalah awal sangat pun, elok2 je masa sampai tapi sebab ada budak2 yg daftar lewat, maka kelas kami mula 10am. dalam tempoh tunggu orang tu saya dan sorang kawan saya ni dah siap sarapan, p toilet dan hampir khatam buku panduan drive tu. haahha. bagus jugak, menarik sikit kels sbb tahu serba sikit. rasanya tak adalah boring sangat. kadang2 je saya 'jeling' nota OBG yg saya bawa bersama. hahahha

hurm. balik bilik saya sempat rehat n urus diri, sekarang online sebab baru lepas masak nasi goreng tomyam dengan 'pizza telur' resepi mak saya. hahaha suke2 hati je. =p dah siap basuh pinggan mangkuk n kemas periuk nasi etc, tinggal nak lipat baju n gosok baju. letih jugakkkk.. ahad pun. hmmm..

apa anda buat hari minggu anda?? hehe

Saturday, May 12, 2012

pink? eh.

sejak bila ter-pink pulak ni? deh..







Antara Psychiatry, Agama dan Alam Ghaib



Kes1 :
Seperti yg saya maklumkan sebelum ni, Baru2 ni saya dan kawan sejurusan saya berada dalam posting ward psychiatry atau kata melayunya wad sakit jiwa. Dalam satu kes yg kami dapat adalah seorang wanita melayu beragama Islam, berumur 50thn dimasukkan ke hospital kerana meracau2 hingga perlu diikat semasa dirumahnya. Pesakit ini dibawa kehospital oleh suami dan anak perempuannya.

Semasa ditemuramah makcik A mengatakan sejak 2minggu lepas dia mendengar suara yang tidak dikenali semasa dia berseorangan . terdapat 2 suara lelaki, dari sebelah terlinga kiri suara itu berbisik mengatakan dia akan mati, menghalangnya daripada melaksanakan solat dan membuatnya benci kepada orang sekelililng terutamanya suami. Manakala di sebelah kanan suara itu berbisik supaya dia melawan suara jahat itu dengan berzikir dan berdoa sentiasa.

Menurutnya, adik iparnya semasa di rumah telah cuba memanggil ustaz dan cuba diberinya air yassin tetapi ditolak keras olehnya (dihalang oleh suara sebelah kiri). Dia mendakwa air yassin itu sebenarnya adalah racun yg digunakan dengan tujuan untuk membunuhnya. Walaubagaimanapun, masalah beransur baik setelah dia minum air yasin yg diberikan oleh ustaz yg dijemput oleh pihak hospital. Tidurnya semakin teratur dan tiada lagi suara-suara mengganggunya.

Makcik A juga memberitahu bahawa sejak 2 minggu lepas, dia sering rasa mengantuk apabila azan asar berkumandang dan akan tertidur sehingga pukul 5.30pm.


Sudut pandangan Islam
                          
Alam ghaib ini memang wujud. Makhlus halus; syaitan, jin, etc memang ada dan terbukti jelas dalam kalam Allah. Dari kes ini saya nak ketengahkan isu tidur lepas asar
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan[1]:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."



Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Jadi memang ada kebarangkalian untuk kita mengalami masalah mental jika diamalkan tidur lepas asar.

Sudut Psychiatry

Mak cik di diagnose doctor menghidapi Schizophrenia, satu masalah sakit mental. Lalu mak cik ni diberi ubat anti psychotic yang buat pengetahuan pembaca ada side effects terutamanya pada system otak. Kalau saya nak cerita makin panjang pula jadinya.

Isunya:

Sebagai pelajar perubatan beragama Islam, saya terfikir-fikir bagaimana harus saya proses maklumat ini dan memberi rawatan pada makcik ni. Hmmm Nampak sangatlah system belajar kita ini system yg sudah dibaratkan

Saya setuju sangat dengan tindakan pihak hospital yg memanggil ustaz untuk rawatan sebelum pesakit diberikan ubat antipsychotics; asalkan tiada apa2 bahan tradisional termasuk ubat-ubatan yg diberi oleh ustaz itu melainkan air yasin ke, air zam-zam ke.. (selain air yg dicampur sesuatu yg memudaratkan kesihatan dari sudut medical). Kalau terus bagi antipsychotic sedangkan memang gangguan makhluk ghaib, macam mana tu?? tak pasal-pasal pesakit terpaksa mengalami masalah kesihatan lain dari side effects antipsychotics.

Adakah ini benar-benar masalah mental ataupun ganguan makhluk ghaib? Sihir? Fikir-fikirkan. 

p/s- maaf saya sendiri tak puas hati dengan pos ni sebab pada saya, saya tak kupas isu ni dengan sempurna. Tapi saya post juga sebab mana tahu pembaca boleh bantu saya mendalami isu ni. Rasanya memang kita tak patut pisahkan agama dengan ilmu medical; bak kata Ustaz saya :)

Rujukan:







Tuesday, May 1, 2012

Aku dan Kita (^_^)


Hari ini kawan baik lama kami i.e Arina (belajar di KMS dulu) datang ke sini. gembira sangat. kelmarin dulu masa program di shah alam (Bebas Palestin) tu, kali pertama kami jumpa setelah 2.5tahun. kami peluk erat, rasa macam tak nak lepas je. hehe hari ni dia datang lagi. saya, madee, dan rina nak jalan2 di melaka mall sekali tak ada apa yg menarik langsung :(

tiba-tiba saya teringat pada kawan baik saya yg seorang lagi merangkap ex-roomate Arina. Syafiqah Najmi atau lebih mesra kami panggil Pika. Bila dah lama tak jumpa biasalah, mesti ada benda yg berubah. satu benda yg saya paling tak boleh terima dan selalu ketawa bila bersembang dengan pika ialah, dari KMS dulu kalau pika bersembang dengan saya tak pernah dia membahasakan dirinya sebagai 'kita', tapi dengan orang lain kalau bercakap kita-awak, memang automatik dia akan membahasakan dirinya sebagai 'kita'. semua orang pun perasan dan saya dulu selalu bergurau; dengan mengatakan saya tak puas hati kenapa dia tak pernah ber-kita-kita dengan saya. hahahaha. jawab pika,

"tak bolehlaaa, aku dah biasa dengan kau"

tapi sejak pika ke UK dan saya ke India, bila bersembang selalu pika tersasul membahasakan diri sebagai kita (sebab terpengaruh dengan budak2 di sana yg hampir 100% cakap "kita"),  dan setiap kali tu juga kami akan ketawa (sayalah yg paling ketawa besar).. saya pula kalau tengah bercerita perkara2 yg konon2 geram tu, mmg saya akan cakap:

 "ni yg aku geram ni" =p

kadang2 rin(kawan baik saya satu lagi) akan menjerit dari jauh semasa saya tengah skype dengan pika:

"PIKAA... aku dah berjaya hasut nai'mah cakap "AKU" hahahaha" dan mesti lepas tu riuh jadinya. =p

cakap pasal pelukan erat dengan rina setelah 2.5tahun tak jumpa tu, sebenarnya saya nak cakap yg... kalau dengan pika rapat macam mana pun kami tapi kami macam "rock" hahaha tak reti nak berdrama satu sama lain. saya tak rasa kalau kami berjumpa kami akan berpeluk macam saya dan rina. tapi saya yakin pika ok je kalau dengan orang lain.

saya dan pika?- PELIK. hahaha

pada saya, kami tak adalah rapat pada zahirnya tapi insyaAllah, hati kami terikat bersama. ambil berat, kongsi cerita, pengalaman dan ilmu. bila masa berlalu dan berjauhan pandangan mungkin berbeza, tapi ini mengajar kami untuk menerima dan mendidik diri menjadi lebih dewasa.

saya sayang sangat persahabatan ni. moga Allah sentiasa pelihara persahabatan ni supaya sentiasa dalam keredahaan Nya...amin.. <3<3


Wednesday, April 25, 2012

enjoy & INSPIRED


saya suka baca blog orang. kadang-kadang tersenyum sendiri saya dibuatnya. yang paling seronok bila kita baca tentang sesuatu yg tepat-tepat terkena kat batang hidung yg tak mancung ni. masa tu, mulalah terfikir,

"aku ingatkan aku seorang je yg rasa macam ni" hehehe

lepas tu, bila baca akan rasa ter- inspired pula. itu yg baik, kan??

kadang-kadang kita tak tahu nak tulis apa, tapi akhirnya ends up dengan post yg panjang berjela.

kadang-kadang kita rasa nak pendam semua, tapi tup-tup dah tertulis semua pula..

kalau dulu orang menulis dengan tinta, sekarang hanya jari mematuk papan kekunci. erk?! buruk betul bila sebut papan kekunci. Perasan tak, ini ala-ala direct translation dari keyboard. hahaha

aiyaaa.. sekarang tak banyak masa nak taip post walau saya nak. Emm ok lah ni je lah buat masa sekarang.

p/s- sekarang saya posting psychiatry, susah betul nak elicit history dari pesakit... ada masa saya cerita pengalaman, ok? peace..!! salam~

Wednesday, April 11, 2012

perlukah saya ceritakan pada duniaa..??



Saya sangat berjimat orangnya. Saya ada impian. Impian yang besar.

1.       Saya mahu menjadi seorang doktor yg dapat menyumbang kepada agama, keluarga, bangsa agama dan negara

2.       Saya mahu mengerjakan umrah dan haji bersama mak dan ayah saya, semua kos ditanggung saya

3.       Saya mahu buka klinik sendiri

4.       Saya mahu membina sebuah rumah yg sangat selesa untuk saya duduk bersama mak dan ayah
Etc..ah,  perlukah saya ceritakan setiap impian saya ini?

Saya punya impian yg dah lama saya bina sejak saya kecil, dan saya akan cuba merealisasikannya dengan titik peluh saya sendiri. Maka sejak saya kecil lagi, sudah saya berjimat cermat. Setiap sen bagi saya begitu berharga. Saya mahu masuk universiti, dari sekolah menengah saya kumpul duit. Saya mahu menyambung pelajaran ke luar Negara, dari pra-perubatan di kolej saya kumpul duit dan wang biasiswa saya tidak disia-siakan. Sekarang saya di universiti, maka tinggal beberapa impian yg masih belum tertunai. Dan sudah pasti akan ada impian baru yg bakal dibina juga. Saya sudah mula kumpul duit dan berlabur untuk umrah, klinik dan rumah impian saya. Saya tak mahu menyusahkan mak dan ayah saya lagi. Cukuplah mereka bersusah payah menjaga saya selama ini. Apa sahaja yg dapat saya bantu mereka saat ini, saya gembira menghulurkan tangan meringankan beban mereka yg amat saya sayangi.  Tapi kenapa mereka semua (kawan2) memandang saya dengan hina?? Saya tak menyusahkan mereka pun.

Saya suka berjalan kaki dari naik auto (teksi di india ini) kerana saya jarang bersenam. Berjalan ke sana sini bagi saya satu senaman untuk saya. Bukan saya kedekut. Tapi kalau saya nk berjimat pun, menyusahkan mereka kah?? Ah, perlukah saya beritahu semua ini kepada mereka??

Saya tahu mereka semua datang dari keluarga berada. Mereka tak pernah merasa susah bagaimana mahu meneruskan hidup  dan mendapatkan sesuap nasi. Makan pakai mereka sentiasa tersedia sejak mereka kecil, tanpa gagal. Saya pula sentiasa memerhatikan bagaimana mak ayah saya membanting tulang empat kerat mereka demi kami adik beradik. Diam diam saya berjanji tak akan menyusahkan mereka lagi andai diri ini mampu meringankan beban mereka.
Ah, perlukah saya cerita semua ini kepada dunia??

Saya kecewa punya kawan sekeliling yg sedemikian rupa. Andai diri ini tidak berbekalkan ketabahan yg dibina sejak kecil, sudah lama bumi Manipal ini banjir dengan air mata saya. Andai tiada kesabaran terhadap tohmahan dan penghinaan dari mereka yg KAYA-KAYA, sudah lama saya kecundang dengan kekecewaan yg tidak terhingga.

Tapi syukur Alhamdulillah Allah masih berikan saya akal untuk berfikir dan hati yg cekal untuk semua ini.

Buat Kawan-kawan sejurusan di manipal ini;
kutuklah saya, hinalah saya. Saya hanya mampu berdiam diri kerana saya tahu tiada guna bercerita kepada anda  yg KAYA-KAYA. Ini sepatutnya menjadi sesuatu yg peribadi, entah mengapa saya ingin ceritakan di sini. Mungkin hati yg bernanah sekian lama terubat berkongsi dengan rakan SANTUN di sini. Cukuplah saya katakan sekali ini. Cukuplah.

Buat kawan2 manipal yg saya kasihi,
Jangan kasihankan saya. Saya tak perlukan simpati anda semua. Katakan saja kepada saya jika sesuatu perkara itu perlukan pelaburan dari saya. Andai sesuatu perkara itu adalah keperluan, saya tak lokek membuang duit untuknya. Tapi andai sesuatu perkara itu adalah satu kehendak semata-mata, perlu saya pertimbangkan banyak kali. Jangan kerana anda kaya, anda memandang saya ini begitu sengkek untuk berlabur . Saya tahu priority saya. Saya tak perlukan simpati anda. Inikan pula kata nista.
***Saya sukakan SANTUN kerana disini saya jumpa ramai yg memahami. Di sini hati saya boleh tersenyum berjumpa kawan-kawan yg ikhlas menghulur salam persahabatan (moga apa yg saya katakan ini benar). Dalam program-program SANTUN hati saya terubat melihat anak kecil yg senasib atau lebih malang dari saya, bukan kerana bergembira atas keadaan mereka tapi saya perlu menjadi kuat buat mereka. Menjadi contoh walau saya sendiri tidak sehebat mana. Tapi saya mahu supaya anak-anak kecil itu tahu, biar dunia ini kelihatan kejam tapi Allah sentiasa ada untuk kita. Dan saya mahu mereka dan kawan-kawan juga tahu, bahawa antara satu kebesaran Allah iaitu MAHA ADIL. Allah mungkin tidak mengabulkan apa yg kita pinta, tapi ALLAH sentiasa mengurniakan kepada kita; apa sahaja yang kita perlu untuk meneruskan kehidupan bukan sahaja di alam fana, tetapi juga di akhirat sana.
Al hadid:22-23 pengubat hati saya J

Wednesday, March 14, 2012

movie reviews: THE DEVIL INSIDE

lama eh saya tak menulis dalam ni. mula2 sebab tak ada masa, tapi sekarang sebab tak ada mood.
okay nanti membebel panjang lagi, sekarang ni cerita pasa movie ni.



masa mula2 dengar tajuk rasa cerita ni boring sangat. tapi semalam 1st time saya keluar dengan kawan saya ni, dan dia pun tau taste movie saya ni ajak saya tengok cerita hantu ni.

Rating? kami bagi 4/5 hehehe

cerita ni kisah berdasarkan kisah benar. movie dirakam dalam bentuk dokumentari. sebagai pecinta cerita2 hantu dan thriller ni, yg saya perasan movie jenis macam ni membawa impak yg lebih besaar kepada penonton.

movie ini berkisar exorcism dikalangan church member dan paderi. rakaman dokumentari ni tak disokong dan tak dibenarkan oleh pihak rome (setting movie adaah di rome). anak mangsa yg ingin mengkaji apa sebenarnya terjadi kepada ibunya, setelah berasa sangsi tentang status ibunya. menurut fail; ibunya disahkan mengalami masalah mental seperti schizophrenia. tetapi setiap kali dia dimasukkan ke hospital diagnosis baru dibuat. yg lebih menghairan kan adalah ibunya specifically diberi arahan supaya dipidahkan ke hospital sakit jiwa di vatican city, satu negara yg kuat dengan christianity nya. masalah besar timbul apabila mereka melakukan exorcism sekali lagi keatas ibunya, setan dalam tubuh ibunya berpindah2 masuk ke dalam badan mereka dan pembunuhan pun berlaku semula.

effect yg digunakan dalam movie ni saya bagi 3.5/5 .
sound system: hmm... 4 (tapi saya rasa kalau tengok dekat laptop rating ni akan jatuh)

saya recommend movie ni esp kepada peminat movie maca saya :)

p/s- saya ni fail sikit la tulis review. hhehe dah lamaa tak tulis. maaf ataS penggunaan bhassa rojak. chill!!  ok till next time.