Monday, July 9, 2012

Ramadhan, target dan Palestein


Berapa hari je tinggal nk bulan ramadhan. Debar-debar pulak macam nak kahwin. eh? haha =p

korang tak rasa berdebar-debar ke nak ramadhan ni??

hari tu masa saya berusrah di Paya Rumput tu, antara aktiviti kami ialah tulis dan kongsikan matlamat sepanjang bulan ramadhan... mula2 rasa segan nak kongsi, tapi lepaih tu depa kata benda baik elok kongsi, mana tahu kawan2 lain pun boleh sama2 kumpul pahala buat benda yg sama... kan dah dapat pungut pahala free hehe meh saya kongsi sikit matlamat saya:

TARGET RAMADHAN 2012

  1. Bangun malam qiam lebih kerap
  2. Sahur jangan skip
  3. solat awal waktu, seawal boleh
  4. baca quran tiap kali waktu solat tu jangan tinggai, terima kasih kepada teknologi-quran digital :)
  5. "MEMELIHARA " puasa dengan lebih baik dan sempurna... bukan puasa perut je, puasa mulut (cakp benda baik2 je), puasa hati, puasa mata etc
  6. buka puasa seadanya.. elakkan pembaziran
  7. terawih jangan tinggal

dan sempena hari tu tema usrah adalah "CINTA DI BUMI AQSA" maka perlu selitkan juga target bagaimana kita mahu membantu Palestin. ini antara cadangan saya:


  • tak mahulah semangat memperjuang palestein itu hanya pulsatile atau episodic. sekejap2 je. pastu senyap. jadi tiap2 hari try untuk tengok video/ berita tentang palestein dan isu2 semasa islam yg lain, untuk tambah semangat dan pengetahuan. nanti orang tanya, 
  • "kenapa kamu sokong palestin? sebab kamu islam? jadi kami yg bukan islam tak perlu lah sokong kan?" haaa.. apa korang nak jawab?? silalah ambil tahu yee knp sebnarnya kita perlu tolong palestin. dengan cara ni kita boleh tarik mereka yg bukan islam juga spy sama2 bantu  :) 
  • bagi mereka yg memang jenis makan tengah hari, buat tabung. Hari2 masukkan duit sebanyak mana anda spend hari2 untuk lunch, since kita kan puasa so tak makan la tengah hari. Lepaih tu habis sebulan bawak keluar semua, derma untuk tabung palestin. Kalau sebelum ni kita derma cuma dapat cover 1 perut palestinian, insyaAllah dalam sebulan ni 30 palestinian dapat kita bantu, =) siapa yg suke sangat bershopping tu, tiap kali nk shopping handbag ke.. apa2 yg tergolong dalam "kehendak" dan bukan "keperluan", fikir2kan lah palestein yg perlukan bantuan tu..  sebabbb mereka *sila baca poster di bawah:*

  • siapa yg belum hapal doa qunut nazilah- doa specific untuk bantu orang palestin dan orang islam lain, bertatihlah dari sekrang hapal :)
itu jelah buat setakat ni, apa yg penting bukan kuantiti target kita. tapi kualitinya, setakat mana mampu kita capai dan laksanakan dengan sesempurna mungkin. kemudian, moga terlahir sifat istiqamah :)

selamat menyambut ramdhan akan datang.. apa korang punya target ramdhan 2012?? :)

No comments:

Post a Comment