Friday, August 12, 2011

benarkah syaitan dirantai di bulan ramadhann??



Adakah jin dan syaitan boleh menganggu manusia di bulan Ramadhan sedangkan apa yang kita tahu jin dan syaitan telah di rantai dan di ikat sepanjang bulan Ramadhan ini, tetapi,mengapakah masih ada manusia yg terkena kerasukan jin dalam bulan Ramadhan nie?


jawapan dari forum halaqah:


1)Assalamualaikum...

Sejauh pandangan saya yang masih dangkal dan perlu diperbetuli, Allah tidak merantai Syaitan itu dalam konteks kefahaman manusia tetapi lebih kepada kiasan Nafsu manusia yang telah lama dilatih Syaitan...barangkali itu yang dirantai iaitu Nafsu Haiwaniyyah yang bermaharajalela dalam diri manusia...

Bulan Ramadhan dilihat sebagai tempoh pengasingan dan pemulauan terhadap sebarang usaha untuk membiarkan Nafsu Haiwaniyyah manusia dari terus berkerja, maka tempoh bertenang diberi sebulan oleh Allah untuk Nafsu diikat dari dibiarkan...Syaitan masih ada begitu juga Jin yang mengganggu manusia tetapi Nafsu yang diikat dari dipengaruhi oleh Syaitan di bulan Ramadhan ini...

Bulan Ramadhan atau bukan, Syaitan berikrar menyesatkan manusia 24 jam dan sepanjang usia mereka tanpa henti hingga Hari Pembalasan...ia tidak diberi kerehatan dalam menjalankan tugas menyesatkan manusia...dengan kepakaran ribuan tahun memperdaya manusia dan melatih Nafsu Haiwaniyyah manusia, bulan Ramadhan bukan menjadi sebab untuk Syaitan dibelenggu dek kerana perjanjiannya terhadap Allah suatu masa dahulu.

Manusia diberi tempoh sebulan untuk mengunci kembali Nafsu (Rikudo) dengan kembali kepada keta'atan untuk menekan Nafsu dari menguasai diri...moga-moga dengan latihan sebulan Ramadhan, manusia dapat manfaat untuk kendalikan Nafsunya dengan teratur...  -Shohib Mirbat


 2)
Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi :saw, sabdanya :-

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam



3)Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

(yg membuat kesimpulan tentang 2 dan 3):
Assalamualikum..
kedua-dua pendapat ini adalah benar, khilaf dikalangan ulamak..boleh diguna pakai kedua-duanya..

Wednesday, August 10, 2011

yg LEMBUT, yg HALUS, yg MEWAH ^_^



Hari ni je, permulaan hari bergedebuk-gedebak saya dapat shocking news. Betul…. Tak tipu…! Nak luruh la jantung saya ni dengar. Ada yg gembira, ada yg sedih sampai saya menangis. Housemate saya yg tak tahu menahu tengok saya macam orang tak betul dah. Haha

Saya call mak, kakak, ayah, semua orang saya call. Masa saya telefon mak, dalam hampir sejam bersembang tu, tergelak besar saya dan mak bila saya buka cerita pasal bakal abang ipar saya. Kami ni memang  tak pernah beramah mesra, saya ni banyak diam. Yelah, tak biasa. Nak panggil ‘abang’ pun rasa meremang. Haha. Ntah apa2 je saya ni. Padahal, dia ada jugaklah tolong saya beli barang2 sebelum saya balik india, bagi hadiah birthday etc.

Nak dijadikan cerita, semalam dia ada tegur saya di FACEBOOK. Dia panggil saya ‘dik’ dan ayat dia skema gila. Mati-mati saya ingat dia ni kawan sekolah menengah. Baru nak ‘sound’ sebab mamai ke dia dok panggil saya ‘adik’. Sekali bila tgk profile pic rupe2nya bakal abg ipar saya tu. saya pun teruslah minta maaf banyak2. Lepastu kata abang ipar saya, dia sebenarnya pun takut nak tegur saya kat fb tu sebab takut saya marah. LOL. Ha.. part ni yg saya dengan mak gelak habis tu. lebih kurang macam ni lah dialog kami:

Saya     : mak, imah ni ada aura ke mak? Aura garang?? *ketawa geli hati sungguh saya sambil bertanya*

Mak     : *ketawa* ntah, bukan maksud nama imah lembut ke?

Saya     : a ah, yg halus, yg lembut, yg mewah. Hahahha. Tapi mak kan, apa yg ‘halus’ nye mak? Imah ni gemok je! *ketawa lagi kami anak beranak*
Ha, lepas tu lembut. Apa yg lembut mak??

Mak     : ntah, jalan pun macam rock je.

Saya     : ha?? Mak kata imah jalan macam rock?? Ish mak niiii..!! biar betul! Hahaha

Mak     : iyelah.. macam rockers! Hahaha

          Saya     : ahaha imah rasa imah jalan biasa je mak! Ala.. macam mana ni.. malu nye mak. Imah jalan macam rockers?? Hahaha

mak pun gelak lah, kan.

Saya     : mak, mewah apa pulak mak??

Mak     : ketawa kot!!!


HAHAHAHAHA yg ni, memang nk terburai perut ketawa! Akhirnya, sampai ke sudah kami tak tahu apa yg “aura garangnya” saya ni… aduhai.. tak kenal, maka tak cinta. Kenal2 lah saya, tapi jangan lah semua nk jatuh cintan pulak dengan saya. Hahah. Ok dah merepek. Nak exam ni, tu yg tak betul sikit. Sabtu ni dah start. Doakan ye… Babai.
Salam~