Wednesday, December 14, 2011

palm reading??


Hari itu hari jumaat, minggu itu minggu balik bagi pelajar asrama penuh Sains Tuanku Jaafar.

saya dan kawan-kawan tak sabar nak pulang ke rumah setelah kepala ni serabut dengan persediaan SPM. balik rumah harapanya dapat tatap muka mak ayah, dapat juga pahala :)

matahari agak terik tengah hari tu. saya tengok jam, hampir pukul 1.30pm. palajar lelaki masih belum pulang dari sembahyang jumaat. inilah peluang kami, kalau terlambat mesti terpaksa berebut bas dengan pelajar lelaki. budak lelaki peduli apa, bersempit2 dalam bas dengan pelajar perempuan memang suka sangatlah depa

dengan beg Garfield balik kampung tu saya dengan 2-3 orang kawan saya bergerak ke luar simpang kampung gentam. jauh berjalan, peluh mula merenik di dahi. dalam perjalanan terjumpa beberapa belajar perempuan lain. ada seorang dua budak lelaki yg tak tahu malu, jelas sangat escape sembahyang Jumaat. Saya dan kawan saya pandang memandang dan geleng kepala bila nampak mereka.

sampai juga kami di jalan besar. sudah ramai rupanya di tempat tunggu bas. susahlah macam ni, saya mengeluh perlahan. 1 bas.. 2 bas.. 3 bas.. terlepas. ramai sangat. bas ke 4, kami tak kira kami serbu naik. tapi terpaksa kami berdiri sepanjang kuala pilah- seremban. kami sakit wooo~~ huhu

masa bas berhenti dekat Terachi kalau saya tak silap baru saya dapat tempat duduk, tapi tiba2 naik seorang uncle cina yg agak berumur. saya pun bangun dan bagi dia tempat duduk saya. uncle tu tersenyum, berterima kasih. 

sekali sekala saya toleh ke belakang, bersembang dengan kawan saya. tangan saya pada palang kerusi depan uncle cina tu. dengan ekor mata, saya nampak uncle tu perhati lama tangan saya yg memegang erat palang kerusi tu. sekali sekala dia mendongak memandang saya dengan muka penuh kagum. kemudian dia tunduk lagi dan tekun memerhati tangan saya. saya mula rasa pelik. apa tangan saya ni macam alien ke?

Saadah, kawan saya mula angkat kening -" kenapa dengan uncle tu?" bisiknya
saya angkat bahu. "tak tahu!"

uncle tu mendongak kembali. muka penuh kagum, " waaaahh... u ni manyak pandai! manyakk pandaiii!!" tiba2 uncle tu bersuara dengan penuh semangat dan perasaan kagum sambil memandang saya. jari telunjuknya di tunjuk ke tangan saya yg sedang erat memegang palang kerusi di depannya. saya terkejut dan pelik, tapi saya diam dan balas dengan senyuman. 

tak putus asa dan masih dengan rasa kagumnya, dia pandang pula Saadah dan mengulangi kata2nya. ramai juga menoleh memandang saya.

sampai sekarang saya tak paham uncle tu. palm reader ke dia? hehehe

p/s- dalam Islam tilik nasib ni haram, kalau lah kita tilik nasib, 40hari amalan tak diterima. nauzubillah. minta dijauhkann...