Saturday, July 23, 2011

cara dapatkan hati bersih dan tetap hidup

tapi rawatlah ia

Posted: August 10, 2009 by wana93 in TAZKIRAH

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??
1)      Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2)      Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
3)      Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”

...


i need patient
hardworking
study smart
 focus
concentration
focus
concentration
.....
...
...
..

no matter how long the list goes, then i figure out that all i need is faith to Allah.

USAHA. DOA. TAWAKKAL.

ya Allah, tenangkan dan terangkan hatiku, lapangkan dada dan fikiranku, permudahkan urusanku.. amin ya Rabb..~

Friday, July 15, 2011

ujian

HARI INI SAYA jatuh LAGI.

kali ini, kaki belah kanan saya terseliuh.

tak tahulah saya kenapa saya makin "clumsy" ni. sedih.sedih.

tiap kali saya jatuh, saya mesti terfikir, "Allah nak beri balasan atas apa2 dosa saya kot, moga2 dengan ujian kecil ni terhapus sikit dosa saya yg menggunung tu.... "

tapi saya tersedar satu perkara lah.. setiap kali saya sakit, terpotong jari dengan pisau ke, luka kene tin tajam atau jatuh macam tadi ni, saya tak menjerit pun, *jerit dalam hati je lah* sedangkan sakit gila kot.. huhu

kenapa saya makin clumsy? saya tak ada jawapan. tapi yg saya pasti, hati ni rasa sayu sikit.........

Thursday, July 14, 2011

hari demi hari

banyak sangat perkara dalam otak ni, dah nk bersawang blog ni tanpa post. banyak sangat benda yg jadi. jom saya listkan sikit.

  1. haritu rumah dimasuki anjing jiran. dah la besar, hitam pulak tu. adeehh..
  2. hari ke 2 exam block 4, auto yg saya naik accident kat simpang depan pejabat pos tu. boleh pulak pak cik auto tu keluar turun, tinggal saya dan kawan dalam auto tu ketakutan sebab cerun sikit simpang tu, auto tu bergerak menuju ke tengah jalan yg sibuk. saya dah ready nk lompat turun dah masa tu (#_#)
  3. Serafin, kucing saya tu muntah darah dengan teruk sekali. takut kami satu rumah tengok. sampai 'lunyai' badan dia, letih muntah2. saya makan ikan/ayam tepi dia pun dia tak berkutik langsung! masa tu saya memang tahu dia dah tenat.. sian diaaa..wuwuwuw
  4. saya makin tak berapa sedap duduk rumah sendiri ni sebab rumah saya ni, pagi ke, tgh hari ke, petang ke, sama je. lampu 24 jam bukak. siang malam pun saya tak tau. gelap ,redup dan sejuk.
  5. Masuk semalam, dah masuk barang ke erm.. berapa ntah , saya beli di ebay. haha
  6. Alhamdulillah mak selamat pergi dan pulang dari umrah
  7. tengah hari tadi saya terjatuh. sakit ok. nak ambil exam tadi sakit je. tak dapat buat clinical skill betul2.
  8. tadi geng travel call, nak pengsan tiba2 bila dengar berapa yg saya kena bayar pada dia. (@_@)

ok lah. banyak je benda jadi, tak tercerita dah. nanti2 lah. ye.