Friday, August 12, 2011

benarkah syaitan dirantai di bulan ramadhann??



Adakah jin dan syaitan boleh menganggu manusia di bulan Ramadhan sedangkan apa yang kita tahu jin dan syaitan telah di rantai dan di ikat sepanjang bulan Ramadhan ini, tetapi,mengapakah masih ada manusia yg terkena kerasukan jin dalam bulan Ramadhan nie?


jawapan dari forum halaqah:


1)Assalamualaikum...

Sejauh pandangan saya yang masih dangkal dan perlu diperbetuli, Allah tidak merantai Syaitan itu dalam konteks kefahaman manusia tetapi lebih kepada kiasan Nafsu manusia yang telah lama dilatih Syaitan...barangkali itu yang dirantai iaitu Nafsu Haiwaniyyah yang bermaharajalela dalam diri manusia...

Bulan Ramadhan dilihat sebagai tempoh pengasingan dan pemulauan terhadap sebarang usaha untuk membiarkan Nafsu Haiwaniyyah manusia dari terus berkerja, maka tempoh bertenang diberi sebulan oleh Allah untuk Nafsu diikat dari dibiarkan...Syaitan masih ada begitu juga Jin yang mengganggu manusia tetapi Nafsu yang diikat dari dipengaruhi oleh Syaitan di bulan Ramadhan ini...

Bulan Ramadhan atau bukan, Syaitan berikrar menyesatkan manusia 24 jam dan sepanjang usia mereka tanpa henti hingga Hari Pembalasan...ia tidak diberi kerehatan dalam menjalankan tugas menyesatkan manusia...dengan kepakaran ribuan tahun memperdaya manusia dan melatih Nafsu Haiwaniyyah manusia, bulan Ramadhan bukan menjadi sebab untuk Syaitan dibelenggu dek kerana perjanjiannya terhadap Allah suatu masa dahulu.

Manusia diberi tempoh sebulan untuk mengunci kembali Nafsu (Rikudo) dengan kembali kepada keta'atan untuk menekan Nafsu dari menguasai diri...moga-moga dengan latihan sebulan Ramadhan, manusia dapat manfaat untuk kendalikan Nafsunya dengan teratur...  -Shohib Mirbat


 2)
Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi :saw, sabdanya :-

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam



3)Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

(yg membuat kesimpulan tentang 2 dan 3):
Assalamualikum..
kedua-dua pendapat ini adalah benar, khilaf dikalangan ulamak..boleh diguna pakai kedua-duanya..

No comments:

Post a Comment