Tuesday, May 1, 2012

Aku dan Kita (^_^)


Hari ini kawan baik lama kami i.e Arina (belajar di KMS dulu) datang ke sini. gembira sangat. kelmarin dulu masa program di shah alam (Bebas Palestin) tu, kali pertama kami jumpa setelah 2.5tahun. kami peluk erat, rasa macam tak nak lepas je. hehe hari ni dia datang lagi. saya, madee, dan rina nak jalan2 di melaka mall sekali tak ada apa yg menarik langsung :(

tiba-tiba saya teringat pada kawan baik saya yg seorang lagi merangkap ex-roomate Arina. Syafiqah Najmi atau lebih mesra kami panggil Pika. Bila dah lama tak jumpa biasalah, mesti ada benda yg berubah. satu benda yg saya paling tak boleh terima dan selalu ketawa bila bersembang dengan pika ialah, dari KMS dulu kalau pika bersembang dengan saya tak pernah dia membahasakan dirinya sebagai 'kita', tapi dengan orang lain kalau bercakap kita-awak, memang automatik dia akan membahasakan dirinya sebagai 'kita'. semua orang pun perasan dan saya dulu selalu bergurau; dengan mengatakan saya tak puas hati kenapa dia tak pernah ber-kita-kita dengan saya. hahahaha. jawab pika,

"tak bolehlaaa, aku dah biasa dengan kau"

tapi sejak pika ke UK dan saya ke India, bila bersembang selalu pika tersasul membahasakan diri sebagai kita (sebab terpengaruh dengan budak2 di sana yg hampir 100% cakap "kita"),  dan setiap kali tu juga kami akan ketawa (sayalah yg paling ketawa besar).. saya pula kalau tengah bercerita perkara2 yg konon2 geram tu, mmg saya akan cakap:

 "ni yg aku geram ni" =p

kadang2 rin(kawan baik saya satu lagi) akan menjerit dari jauh semasa saya tengah skype dengan pika:

"PIKAA... aku dah berjaya hasut nai'mah cakap "AKU" hahahaha" dan mesti lepas tu riuh jadinya. =p

cakap pasal pelukan erat dengan rina setelah 2.5tahun tak jumpa tu, sebenarnya saya nak cakap yg... kalau dengan pika rapat macam mana pun kami tapi kami macam "rock" hahaha tak reti nak berdrama satu sama lain. saya tak rasa kalau kami berjumpa kami akan berpeluk macam saya dan rina. tapi saya yakin pika ok je kalau dengan orang lain.

saya dan pika?- PELIK. hahaha

pada saya, kami tak adalah rapat pada zahirnya tapi insyaAllah, hati kami terikat bersama. ambil berat, kongsi cerita, pengalaman dan ilmu. bila masa berlalu dan berjauhan pandangan mungkin berbeza, tapi ini mengajar kami untuk menerima dan mendidik diri menjadi lebih dewasa.

saya sayang sangat persahabatan ni. moga Allah sentiasa pelihara persahabatan ni supaya sentiasa dalam keredahaan Nya...amin.. <3<3


No comments:

Post a Comment