Wednesday, May 25, 2016

sempatkah?

Sebenarnya panjang jugak nk bercerita. Tp malas pula nk taip panjang2. Cuma nk highlight sikit apa yg jadi tempoh hari.

Minggu lepas dlm 21-23hb di rumah mak ayah sibuk pengendalikan kenduri adik bradik susuanku yg aku  panggil kembarku. Macam2 juga benda jadi, tak sempat nk diceritakan semua. Cuma ada satu perasaan yg masih bergayut di hati ni, teringat2 sampai sekarang.

Semasa menepung  tawar, aku selaku pengapit tak bertauliah rasanya lebih nervous. Semasa mak dan ayah naik ke pelamin, ayu (kembar ku) sudah tak tentu arah. Mata dah nmpk berair. aku turut menahan sendu. Ayu salam mak dan ayah, aku tgk mak peluk sambil mengucap tahniah n nasihat serba sedikit dengan suara yg garau. Mata mak turut berair. Ayah pula berlainan dengan sikapnya yg suka berseloroh, cuma diam membisu. Aku tahu ayah juga tahan air mata jantannya.

Usai selesai majlis esok pagi aku perlu pulang semula ke kedah. Aku salam mak dan peluk mak seperti biasa tapi kali ini  mak peluk aku dengan sgt erat. Eratnya lain mcm. Aku tak tahu lah knp senang tersentuh hati ni, tapi aku cover xnk nagis. Aku berseloroh dgn mak, "wangikan imah?" Lol.

Mcm mana agaknya kalau majlis aku nnt... Sempatkah utk mereka merasa bermenantukan suamiku..? 

No comments:

Post a Comment