Monday, March 21, 2016

Untold undecided #8

****
“Oit, Mira! Best tak naik basikal keliling kampung td?” aku tak dengar. Aku masih teringat-ingat peristiwa petang tadi.
Papp! Intan menampar kasar bahu aku. Hish nak kena Intan ni. Sudahlah tadi badan sakit ditimpa basikal sekali dengan muatan berat si Syam tu, kena pulak penampar padu dari Intan. Nampak je kurus Intan ni tapi tulang belulang keras macam besi.
“Sakit lah…” berkerut muka aku tahan sakit.
“kau berangan apa sampai aku Tanya kau tak dengar? Ada apa-apa jadi ke tadi?” aku membisu. Teringat balik pada Syam. Geram!
“ada benda tak best jadi tadi. Tapi nantilah aku cerita. Tengah tak ada mood lagipun dah lambat ni program nk start dah” aku cepat-cepat menyarung kasut setelah selesai pakai shawl.
“kejap! Kejap! Tunggu aku nk pasang pin ni!” bebelan Intan berpanjangan sambil bersiap.
“Okey, jom!” akhirnya intan menapak keluar setelah 10minit aku menunggu. Bau perfume Intan menyengat hidung. Intan ni, kalau pakai perfume macam tuang satu botol tu baru dia puas hati. Sakit hidung aku dibuatnya.
“kuatnya bau perfume!”
“hehe macamlah kau tak kenal aku macam mana, sorry la eh” Intan tersenyum puas hati. Kami berlari-lari anak ke dewan sebab sudah terlambat.  Sakit pula kaki aku macam terseliuh. Nasib baik facilitator program masih belum sampai. Sebaik-baik kami melabuhkan punggung mereka pun sampai dan program terus bermula. Semasa bacaan doa perhatikan lagi tapak tangan aku yg terluka-luka kecil. Aku dah rasa pedih semasa mandi tapi lepas solat maghrib tadi masa nak berdoa baru aku perasan tapak tangan aku luka-luka.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Entah apa nasib badan dapat satu kumpulan dengan Syam ni. Aku tak pandang muka Syam. Aku perasan juga dia macam mengelak tak nak pandang aku.
“Mira, Syam! Korang present nanti benda ni ok? Jadi wakil group. Korang kan terer bab bercakap and explain2 ni..nanti..”
“tak nak!” serentak aku dan syam bersuara. Semua mata terarah kepada kami. Mereka ketawa besar.
“Ok kita vote..” tak guna punya member! Lepas vote pun akhirnya memang aku dan Syam jugak yg kena bentang. Dah pakat2 depa ni.  Takpa.. kita buat secara professional.. aku pujuk diri. Program malam tu berakhir dengan aman. Aman pada luaran, ribut dalam hati aku Allah je tahu!

“hi, Mira! Seronok ronda basikal petang tadi?” gulp! Hamzah kawan baik si Syam tu menegur aku sambil melirik kepada Syam disebelahnya.  Omg! Dia tahu ke apa jadi? Malu gila! 

No comments:

Post a Comment