Monday, March 21, 2016

Untold, undecided #7

Aku berjalan ke kiri, dia bergerak ke kiri
Aku berjalan ke kanan, dia bergerak ke kanan
Terbantut perjalanan aku ke dapur tok ketua kampung tu. Hati aku gusar ada mata yg nampak. Orang tua jangan main-main, byk sudah makan garam

*Aduhai syam, kau ni dah  kenapa?* aku bebel dalam hati

Bila aku jeling cepat2 dia menyorok belakang langsir macam la aku tak nampak. Haha *opss aku tergelak sendiri tanpa sedar*

Syam menjengukkan kepala, tersenyum. Automatik senyuman aku mati. Lebih kerana malu sebenarnya..kantoi kau mira! Haha

*******

Perangai syam ni tak boleh aku faham. Nak kata dia suka aku perasan la pula, kan? Lagipun mustahillah sbb dia tu kac.. Ok stop3!

Rupa rupanya dalam waktu aku befikir panjang tu tanpa sedar jari aku mengetuk2 meja memainkan nada yg tidak menentu. Tanpa aku sedar setiap ketukan jariku ada balasan berirama sama dari selang satu meja dari aku. Sama. Syam sekarang umpama gema ketukan mainan jariku. Umpama bayang3 aku. Aku bingkas bangun, capai buku dan berlalu pergi. Anehnya aku rasa gerak langkahku disoroti satu pandangan mata yg hampa..

No comments:

Post a Comment