Sunday, February 6, 2011

bAhAgIaN 3..

antara hadiah-hadiah yg saya terima (sebelum dibuka)

4 feb 2011
Pergi ke kelas seperti biasa. Dengan senyuman bergantung di bibir. Seikhlas mungkin ^^
Saya tak perasan bawah meja saya ada something. Semasa rehat saya tolak2 beg ke bawah laci meja tiba-tiba terasa ada something menghalang. Berbungkus dalam plastic jernih, dalamnya berbungkus kertas putih. Dalam fikiran saya ketika itu ;
“Siapa yg makan tak reti nak buang sampah ni..”
(sebab, makanan yg kami biasa beli di CBS canteen semasa lunch hour lebih kurang begitu rupanya). Saya pun ambil nak buang, tiba tiba terasa berat dan ternampak ada note:
NAIMAH, HAPPY BIRTHDAY!!!
tulisannya cantik dan kemas, tapi tak dapat saya kenal pasti dari tulisan2 yg biasa saya tengok. ok, ini saya boleh cakap surprise betul. Sebab ingat tamat sudah cerita semalam. Yang slacknya tak ada pula nama pemberi.. down betul saya sebab saya tak suka terima dari orang yg saya tak tahu (T_T). Penat saya dan kawan sebelah saya, Madi meneka-neka. Tapi kami buntu. Akhirnya saya biarkan saja bawah meja.
Tengah hari itu barulah saya tahu siapa pemberinya. Haha, terima kasih ye! Lain kali jangan lupa tulis nama. =p terima kasih sangat2. (=^_^=)


antara yg saya sudah buka (maaf tak masukkan semua hadiah disini)
5 februari 2011
Hari ini senior rumah 203 tu masak macaroni blognese special yg sangat sedap! Tambah pula ada mangga colek dan anggur yg sangat mengiurkan. Kenyang betul J
Sebelum pulang dapat story books dari housemate mereka, bukan hadiah tapi sebab dia dah nak balik Malaysia, dan dia ada banyak story books yg menarik. Jadi saya baru dapat 3 darinya, lain kali dia bagi lagi katanya ^^ adakah saya akan berjaya tinggalkan movie untuk stories books??  Dah lama saya tinggalkan hobi membaca ni.. rindu sangat! Hehe
 J


lalala.. mari belajar! ^^

petang itu sedang saya sambung buat assignment dari lecturer (journal) salah seorang housemate saya beri saya hadiah. simple, tapi saya suka! Bagi saya, Tanda ingatan darinya sangat bermakna

  6 feb 2011 (hari ini)
pagi-pagi hari ini seorang kawan belanja makan di charaka. Petang ini pula ada seorang kawan bercadang mahu belanja saya bubble tea. Sungguh saya tak harapkan apa-apa pun dari mereka. Hanya Allah yg tahu betapa saya gembira dengan ingatan mereka ini, sekurang kurangnya saya masih terseyum.. Tapi terima kasih kawan!^^

No comments:

Post a Comment