Saturday, February 5, 2011

BaHaGiAn 1


3 feb 2011
Bertambah setahun lagi umur saya saat itu. Malam itu seperti tahun lepas, tak ramai yg ingat hari lahir saya. Dan seperti tahun-tahun lepas, hari lahir saya selalunya adalah hari-hari peperiksaan atau presentation / test. Pendek kata hari-hari sibuk. Saya tak kisah sangat orang nak wish atau tidak. Tapi jujurnya, kalau orang lain saya betul tak kisah, tapi saya sedih sikit kalau orang-orang penting dalam hidup saya melupakannya. Hehe ngada-ngada sikit. =p
Kata seorang sahabat saya:
“Terimalah kenyataan.. makin lama birthday hanya tinggal tarikh biasa je..”
Tak saya menyangkal langsung kata-katanya itu, sangat betul. Tapi balas saya, hari itu tetap akan menjadi tarikh bersejarah buat mak dan ayah..
3 feb 2011, saya baru selesai (Problem based learning) PBL untuk subjek Pathology. Saya berkira-kira untuk study di food court tapi memandangkan hari ini hati saya berasa sayu sedikit, saya bercadang pulang ke rumah saja dan solat. Jam di tangan menunjukkan pukul 1 petang. Dalam perjalanan saya menelefon ke rumah..
Baru sahaja selesai memberi salam, mak mengucapkan selamat hari lahir sekali lagi kepada saya (sebab semalam awal-awal lagi keluarga saya dah wish walaupun maghrib belum masuk.. (=^_^=)
“terima kasih mak..” kata saya sambil ketawa
“mak.. mak tau tak, kat sini sekarang pukul satu tgh hari” sambung saya
“oh.. kat sini pukul 3.30ptg..”  balas mak
“hmm.. mak ingat tak.. 22 tahun yg lepas, dalam lebih kurang 30-45 min lagi, mak lahirkan imah!” kata saya sambil menahan sebak. Tiba-tiba je rasa macam nak menangis.
Mak terdiam sebentar
“oh.. waktu ni dulu maksudnya mak kat labour room la tunggu imah nak lahir?” balas mak. Saya dengar suara mak dah lain macam.
“ye la kot.. mana imah tahu..imah kan dalam perut lagi.. hmm.. terima kasih mak..!” sebak! Sebak! Tapi saya ketawa-ketawa.
“Terima kasih...sebab dah susah payah lahirkan imah dan besarkan imah sampai imah “besar” macam ni..” seloroh saya dalam sebak
“terima kasih sebab kalau tak sebab mak, ayah semua, tak adalah imah yg ini dan tak adalah imah kat sini sekarang.. terima kasih untuk semua-semualah!” kata saya lagi
Selepas itu mak tukar topik cepat-cepat. Saya tahu, mak tak mahu kantoi kat saya yang dia menangis.
Kata kata itu lahir dari hati. Bila mengimbas kembali jasa mak ayah ni memang tak terkata-katalah saya. Memang tak terbalas. Saya harap, saya dapat menjadi anak yg solehah kepada mereka.. amin~ :)

No comments:

Post a Comment