Tuesday, February 10, 2015

the untold, untitled and undecided #4

“Tepilah..!” perlahan suara aku macam berbisik. Tapi tangan kanan aku laju mengibas-ngibas ke kanan isyarat meyuruh Syam ke tepi memberi jalan kepada aku. Dah la jalan tepi bendang ni sempit! Syam buat muka endah tak endah. Senyum kambingnya kian melebar. Sesaat dua kemudian digelengnya kepala tanda tak mahu mengalah.


“ngada-ngadalah mamat ni!” gumam aku. Aku jeling belah kiri jalan. Penuh belukar rumput yg panjang setinggi aku. Kiri bendang, kanan belukar, hah elok sangat! Perli aku dalam hati.

TEPIIII!!! Tangan aku makin laju mengibas macam orang yg ada sodenham chorea dah. Syam ketawa puas hati dapat mengenakan aku. 

Sukalah tu kan? Halang jalan aku nak balik. Rasa geram masih bersisa tapi aku main redah lah jugak mengayuh basikal dek petang yg kian senja. Bila sahaja aku mula mengayuh Syam juga turut mula mengayuh. Aku berhenti. Dia turut berhenti.

Arghhh mamat ni geramnya aku! Macam biasa aku marah dalam hati. Si Syam pula makin galak ketawa sampai hilang biji matanya terpejam-pejam. Apa yg kelakar sangat entah. 

Aku bertekad meredah melepasi Syam. Sedang Syam leka ketawa aku cepat2 kayuh. 80m… 50m… Syam masih pantas bertindak balas. Lekas-lekas basikalnya dikayuh juga. Dah makin hampir... aku baru nk membuahkan senyum tapi senyuman aku mati bila Syam sengaja menghalakan basikalnya ke arah aku.

 Gila!!! Mamat ni memang gila!! Kayuhan aku yg laju dan skill berkarat aku bukanlah kombinasi yg baik untuk situasi sekarang. Mata aku membulat besar. Ya Allah selamatkan kami!


“Ahhhhhh!! Aku terjerit kecil bila basikal Syam Cuma 3m dihadapan.  Laju. Menghala ke arah aku!

No comments:

Post a Comment