Saturday, March 16, 2013

this is my story 4: asrama- indah khabar dari rupa


Asrama- indah khabar dari rupa

Semua maklum di asrama ada pelbagai ragam yang perlu dihadapi. Biasalah, ‘budaya’ orang kaya terhadap orang yang kurang berada seperti saya bukan perkara baru. Walaupun saya berasal dari Kuala Lumpur, ramai yang tidak percaya. 

Kata mereka, saya seperti anak kampung. 

Penampilan saya yang ‘biasa-biasa’ dan sifat saya yang sering merendah diri mungkin menyebabkan mereka melabel saya sebagai anak kampung. Terusik juga hati saya bila dikata begitu, tapi lain pula pandangan ayah. Ayah berbangga kerana bagi ayah, dia berjaya mendidik saya supaya sentiasa menjaga perilaku seperti anak kampung dan bukan seperti orang Bandar yang banyak cerita negatif mengenainya. Kata-kata ayah membuatkan hati saya terubat. Dan saya juga diberikan anugerah sebagai tokoh pelajar puteri yg bersopan santun semasa kempen ‘sopan santun budaya kita’ pada tahun 2006. Selagi ayah dan mak gembira, saya puas hati. Saya tak pedulikan kata orang.

Dalam hal berbelanja, saya amat berhati-hati. Walaupun ayah dan mak tak pernah bertanya, saya sering meminta kebenaran apabila hendak membeli sesuatu dan memberitahu berapa banyak wang yang telah saya gunakan. 

Setiap kali keluar outing, saya hanya membenarkan diri saya berbelanja RM10, atau jika terpaksa RM15. Itupun sudah cukup merisaukan saya. Dalam setahun boleh dikira berapa kali sahaja saya keluar pekan.

Satu hari, pernah saya ceritakan kepada kawan baik saya tiba-tiba saya teringin hendak makan KFC, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Mendengar kata-kata saya, ada seorang pelajar perempuan yang agak berada menyampuk, berkata kepada saya “ Apalah kau ni! Kalau nak, beli jelah. Eii.. kalau akulah kan, aku tak pernah kisah pasal duit. Aku beli je apa yang aku nak makan. Kalau pasal makanan, aku tak pernah berkira!” ketika itu terasa darah menyimbah ke muka saya. Malu dan marah barangkali. Terdiam saya mendengar kata-katanya yang pedas itu, tapi saya Cuma mendiamkan diri. Biarlah, kata hati saya. Itulah bedanya kami; dia dengan caranya, saya dengan cara saya. Walau hati terturis dalam meninggalkan luka besar hingga sekarang, saya anggap itu semua ujian Allah. 

No comments:

Post a Comment