Friday, April 15, 2011

apekahh??!! -2

Saya tak sangka selepas peristiwa tu, semacam menjadi-jadi pula gossip saya dengan mamat tu. Memang saya tak tahu dan tak sedar, sebab nampaknya gossip tu laku di kalangan budak laki je. Budak perempuan, tak siapa tahu. Kawan2 lelaki kelas saya pun tak gossip dan kacau saya macam mereka buat pada budak perempuan lain. Ok, dalam hal ni saya bersyukur. Nasib baik la diorang tak merepek kannn…
Sungguh tak tipu saya tak sangka hal ni meleret. Satu perkara yg saya perasan, budak laki kelas saya tahun tu sangat baik pulak. Tak macam tahun lepas semua perangai kalah hantu. Kali ni, baiknya dan prtihatin mereka tu lain macam pulak sampai budak perempuan lain naik hairan dan tak kurang ada yg jelous. Saya rasa nak ketawa besar2. Tak logik2; fikir saya. *ini, saya tak sedar bila mula. Sama ada sejak saya masuk kelas tu atau selepas peristiwa gila tu*
Tapi saya faham je kenapa kawan2 cakap macamtu. Saya ni dah la tak cakap dengan budak laki, tapi antara perkara yg saya tak lupa…satu hari masa  discussion tentang persembahan kelas, saya tak berapa nak attentive sangat sebab selalunya idea saya ni orang tak pandang. Lagipun saya ni pendiamlah, tak bising sangat dulu. Saya ingat lagi, masa tu saya ketawa dengan kawan baik saya dengan idea2 gila kami. Ketawa perlahan je lah, kan. Kelas riuh dengan discussion. Tiba2 ketua kelas kami panggil saya, saya pun terkejut beruk kot. Serentak semua mata pandang saya. “nai’mah, ada idea tak?” tanyanya tersenyum-senyum. Terkejut, spontan saya geleng kepala. “pendapat pasal idea diorang?” tanyanya lagi. Kelas tiba2 senyap beb. Gulp! Telan air liur saya. Tapi nasib baik saya cepat relax dan Alhamdulillah lancar je saya bagi pendapat, dan senang pulak ketua kelas dan yg lain menerima. Tapi, ye saya tahu ada 2-3 lah yg tak berapa setuju. Budak perempuanlah, apa lagi.

hal ni buat semua budak perempuan terpinga-pinga. kenapa ketua kelas tu baik sangat dengan saya? kalau diorang pelik, saya lagilah...

Lagi satu peristiwa ni;
Ketua kelas saya tu ada nama panggilan yg buruk la. Kalau orang tak biasa dengar mesti gelak sampai pecah perut. Senior yg bg. Biasalah, asrama penuh kan, dah jadi budaya benda2 macam tu. Tapi kami dah biasa dengan nama tu. Cuma yg saya tak tahu, bila naik tingkatan nama junior2 ni bebas nak letak nama apa, dan ketua kelas ni dah ‘haramkan’ nama tu untuk dirinya. Kalau ada orang yg panggil habis kena maki hamun punyalah, gerenti! Tambah pulak budak ni memang kalangan taiko. Boleh saya cakap, ketua taiko. Siapalah yg tak kenal dia.. semua kenal. Tambah pulak jaguh criket dan olahragawan sekolah…
Ok nak jadikan cerita satu hari saya dengan jelas dan terang dalam satu perbincangan tu saya tersebut nama panggilan yg dibencinya sangat2. Sekali tu jelah,  dan perbualannya dengan lain2 terus berlangsung tanpa henti, tanpa apa2 berlaku. Gelak tawa, macam biasa. Tiada maki hamun.
tiba2 bahu saya ditepuk dari belakang, budak perempuan classmate saya. Dia tanya saya, kenapa saya panggil ketua kelas saya begitu. Habis tu nak panggil apa lagi? Jawab saya naïf. Kemudian dari dialah saya tahu yg dia memang benci nama pangilan tu. dan dia terus-menerus kata, betapa dia pelik kenapa saya tak diamuk ketua kelas saya tu. kawan2 perempuan yg berdekatan mengiakan saja. Saya terkejut juga, cuak pun ada, saya memang takut dengan dia ni, budak taiko kan.. cuak kot. Jadi saya bersyukur sangatlah dia tak maki hamun saya. Saya pernah je tengok dia maki hamun budak perempuan lain. Sakit hati gilalah kalau saya yg kena. Jadi saya cakap, dia tak perasan kot saya panggil dia begitu. Sebab2 macam ni saya takut dengan budak laki. Cukuplah pengalaman buruk dengan budak lelaki sebelum ni. Mulut semua tak  ada lessen. Sebab tu saya kekalkan low profile saya, tak mahu cari masalah. Kalau tak nanti saya jugak yg terluka.
Lupa pula saya nak beritahu, ketua kelas saya ni agak baik dengan mamat tadi, dan mereka ni satu kumpulan cricket.
*bersambung..
p/s- alamak, kenapa panjang sangat ni? Haha saya rasa macam tengah sembang dengan orang atau tengah tulis journal =p

No comments:

Post a Comment