Monday, April 11, 2011

pucuk dicita, apa yg datang? :P



hola!
Lepas dalam lebih kurang 2 minggu frust sebab tak ada siapa nak pergi Europe, saya pasrah je nak ikut kawan-kawan melancong ke mana saja mereka pergi, asalkan saya travel. (nak buat macam mana, walaupun sebelum ni saya determine nak pergi seorang diri, itu pun sebab kawan baik saya ada di sana. bulan 9 ni nanti dia dah tak ada, jadi tak guna saya pergi seorang2 pun) Kecewa toksah cakap lah, sebab dah save duit lama kan.. bila fikir2 balik, semua yg dirancang tak jadi, walaupun setakat Mysore je. hmmph (T_T)

Tapi hari ni tiba-tiba seorang kawan saya ajak saya travel ke sana. Tepuk dahilah saya sebab saya dah 'salurkan' frust saya ke eBay dah. padan muka. tapi saya tak kira, saya nak pergi jugak, alang2 dari sini dah dekat, jadinya tiket patut lagi murah la.

menurut kawan saya yg belajar di UK pun, katanya naik flight lagi murah dari naik train. haha. murah bagi mereka lah, kan? hehe

Kalau jadi travel Europe ni, sebelum balik Malaysia saya nak pergi China pulak. Tak pun kalau air asia murah waktu tu boleh la pergi dari Malaysia. Boleh la nak test sekarat mana bahasa Mandarin saya ni. haha

TAPIIII!!! Masalahnya sekarang budget. Kan dah lari? Saya kena ikat perut ni. *hahaha lawak gila la idea ni* dan, saya terfikir2 juga, tak apa ke kalau berdua je? (T_T) dan lagi, perancangan ni masih belum sempurna. Dengan kelas tambahan dan test tambahan yg saya ada, sempatkah semua ni saya rancang bersama kawan saya tu? ok. Itu yg saya kena fikir. huhuhu

jadi kenapa tajuk entry ni macam ni? sebab, inikan peluang bagus ni, tapi, kalau perancangan hancus, mestilah bala yg datang, bukan ulam. Alamak. maaf, saya dah mula merepek. baik saya berhenti takat ni. hehe. Adiyosss..

2 comments:

  1. buat sementara ni ada 2 choices.
    plan A: 22 hari, 14 countries kot
    plan B: 26 hari, 26 countries. muuahhahahahaha!! x tau la cmane org tu wat, 1hari 1 country ntah dpt tgk apa je. (=.=)? so maybe amik plan A. agaknya lahh..

    p/s- imah bgtau awal2, jgn berangan awal2 buah tgn, imah pokai byk dah. :P pic2 imah yg comel boleh laahh.. hahaa :P

    ReplyDelete