Friday, April 15, 2011

aPeKaH??!


Entah kenapa saya teringat kisah semasa saya di sekolah menengah dulu.
Ada seorang budak lelaki, classmate saya. Ramai yg saya dengar complaint pasal dia ni. Bukan apa, dia suka sangat pandang budak perempuan sampai buat budak2 perempuan ni rasa kurang selesa. Buat budak-budak perempuan especially budak kelas saya rasa macam ada something wrong  ke dengan diri mereka sampai mereka dipandang macamtu. Bila budak2 perempuan tu mula rasa tak selesa dia ketawa2 lepas tu baru mengalihkan pandangannya. Saya pernah ternampak beberapa kali juga perangai mamat ni. Geram pun ada. Kawan baik saya pun terkena ‘panahan mata’ mamat ni. Geram betul saya.
Nak dipendekkan cerita saya ni macam ala2 simpan dendam. Haha lawak pulak cakap macam ni. Tapi saya fikir masa tu konon2 nak bg lesson kat dia, mesti curious kan nak tau apa saya buat? Jeng3. =p
Satu hari, saya Nampak peluang baik.
cikgu tak masuk kelas, kami ada homework  perlu disiapkan. Sebab saya dah siap kerja, masa tu saya terfikir2 apa yg nak dibuat. Dalam masa berfikir tanpa saya sedar mata saya melilau2 ke sekitar kelas. Sekali saya terpandang budak laki ni, oh termenung nampaknya. Dalam fikiran saya mula ada ‘otak jahat’ * jahat la sangat, kan? Haha* saya terus pandang dia ni, tak alih2 sampai dia perasan. Dalam hati saya, saya cakap macam ni ‘ha, rasakan macam mana bila orang padang kau lama-lama.kot2 kau terasa macam ada yg tak kena denga kau. Zip seluar tak kacip ke, baju koyak ke, etc. rasakan!’  sambil tu saya tersenyum sinis. Saya Nampak dia sudah gelabah. Dia mula memanggil kawan sebelahnya; sambil beritahu yg saya tengah memandangnya. Saya ketawa geli hati +sinis dan alihkan pandangan saya. Puas dengan mission  saya, saya kembali tengok2 homework saya. Tak siapa pun kawan2 perempuan sedar ‘lesson’ saya pada mamat ni. Alah, sebenarnya tak adalah lama mana pun, saya pun tak lalu nak tengok dia lama2. Adalah dalam seminit dua kot…
Yang saya tak pernah terfikir, perkara ni melarat dan jadi bertambah serius. Dari satu episode ke satu episode lain. Sebab.. ada satu hari, saya ke locker buku di belakang kelas kami. Semasa saya menyimpan buku, mata saya terpandang kawan2 di kelas seberang (nak tengok kelas tu, pandangan saya perlu merentasi barisan di mana budak2 lelaki kelas saya duduk, i.e belakang sekali adalah mamat tu). dalam fikiran saya masa tu, pelik kenapa kawan2 di kelas seberang sudah beransur-ansur keluar kelas, macam nak menuju ke kantin; sedangkan lambat lagi masa rehat. Dalam berfikir-fikir apa sebenarnya yg berlaku di kelas seberang saya tak lepaskan pandangan saya dari kelas tu. Bila kelas tu hampir kosong tiba-tiba saya sedar mamat tu sedang berbisik2 dengan kawan sebelahnya kelmarin dulu, sambil mereka memandang-mandang saya. Dari gerak mulutnya dapat saya tahu dia kata, “tengok, dia pandang aku lagi!” kawan sebelahnya hanya ketawa dan mereka terus berbisik sesama sendiri. Masa tu saya mula naik menyampah ya amat. Perasan! Gerutu saya sambil muka berkerut seribu. Sangkaan saya perkara ini akan berakhir di situ meleset sama sekali. Bertambah teruk nampaknya..
*bersambung*

No comments:

Post a Comment