Saturday, June 4, 2011

muhasabah

3 June 2011
Seusai saya membaca alquran tadi saya menyelak2 helaian lain; sengaja ingin mencari ayat-ayat cinta dari NYA yg banyak saya tanda. Ayat kesukaan saya. Tapi mata saya terhenti pada terhenti pada sekeping nota kecil yg saya titip buat diri sendiri. Satu peringatan.
“Ya Allah, elakkalah aku dari menggunakan zakat dari orang ramai ini kearah yg salah dan yg Engkau murkai”
Antara bait yg tercoret disitu. Terus fikiran saya melayang teringatkan zakat2 yg saya terima dari SANTUN, jiran tetangga, dan biasiswa ini juga. Masha Allah, tak terbalas rasanya. Sebab itu perjalanan saya ke Europe September ini saya berharap penuh perisian dan membuka mata saya untuk mengagumi kehebatan dan kebesaran Allah lagi.
Teringat saya pada tulisan rakan SANTUN dalam buku kami “PERJALANAN YG PENUH BERLIKU”. Kalau tak silap saya saudari Husna namanya, kecil sahaja orangnya tetapi tak segan berkongsi idea. Saya pernah berjumpa dengannya sekali dua dalam program yg saya sertai. Saudari husna ini datangnya dari keluarga yg sederhana, seperti saya. Tak mahu saya label kami sebagai miskin seperti yg tertera di borang2 sekolah yg kami perlu isi satu ketka dulu. i.e bila total pendapatan keluarga berjumlah <RM 1k saja.  Sebab bagi saya insyaAllah, kami cukup serba serbi J Cuma tidaklah berlebih-lebihan seperti orang lain.
Berbalik pada tulisan saudari husna, satu ayatnya yg tak boleh saya lupa sehingga sampai sekarang adalah
“kemiskinan dan kesusahan itu sebenarnya adalah satu nikmat, saya bersyukur kerananya”
Kata-kata ini menjentik hati saya. Benar. Benar, bukan? Malah, kekayaan dan kesenangan itu juga pakej nikmat yg datang bersama ujian, kan? Konsepnya sama, Cuma penyampaiannya berbeza. Perkara yg Allah uji disini adalah kesyukuran kepadaNYA, kebergantungan kepada NYA. Kemiskinan itu satu nikmat supaya kita tahu betapa manisnya nilai satu dirham. Kekayaan itu, selain nikmat juga adalah ujian untuk lihat adakah kita memilih kekayaan dunia atau akhirat?
Banyak lagi perkara mahu saya kongsi tapi masa tak mengizinkan pula. Esok masih perlu ke medan pertempuran. EXAM masih belum tamat, ada satu paper lagi. Doakan saya ya J

No comments:

Post a Comment