Sunday, October 16, 2011

Senyumlah wahai cek mek molek!


Hari ini dalam sejarah. *sejarah la sangat, kan? Hehe*
Setelah sekian lama tak berjawatan, kali ini saya menjadi AJK makanan untuk majlis sambutan junior muslim dan muslimah aka LIQA’ MAHABBAH.
Dan Alhamdulillah, saat saya menaip sekarang, sudah setengah jam majlis berakhir dan selesai sudah tugas saya. Seronok betul rasa setelah sekian lama saya tidak berkenduri kendara. Sekali sekala ingatan terimbau pada saat saya dan keluarga bertungkus lumus memasak untuk catering. Masa tu, saya ni tukang kacau dan cedok lauk je. Kali ini, saya perlu masak pula.
Semasa saya diberitakan tentang jawatan ini, ada yg terang2 menempelak saya. Hamba Allah itu mengatakan dia pelik bagaimana saya boleh dijadikan AJK sedangkan saya TIDAK TAHU BERURUSAN DENGAN KAUM ADAM ni. Saya tak marah, saya akui itu kelemahan saya dan saya akui saya ini tiada daya kepimpinan. Jawatan kali ini.. banyak yg saya pelajari.
1.       Saya tahu saya masih perlu baiki cara saya berususan dengan kaum adam ni. Saya tahu saya ni banyak kurangnya. Mungkin saya ada terlepas kata. Tapi sebenarnya, jauh di hati saya saya ingin kami ‘mesra hati’ semasa bekerjasama. Tapi bukanlah maksud saya tu zina hati. Saya akui ada juga yg ambil kesempatan ini untuk berdua2an, maka saya rasa berdosa andai saya tak tegas menegur mereka. Kerana kami berkumpul kerana Allah, tak mahu saya usaha ini terpalit dosa..
2.       
3.       Apa-apa pun, saya yakin ada sesuatu yg Allah mahu tunjukkan kepada saya.. =)
4.       Yg paling utama, saya tahu saya ni kurang senyum. Aduhai.. macam mana agaknya saya mahu senyum sambil serius bekerja? Sebab itu saya suka bekerjasama dengan mereka yg periang. Sebab mereka yg beginilah yg membuat hidup serius saya bersulam ceria =D terima kasih kepada mereka yg berani menegur dan mengingat saya supaya senyum. Maafkan saya dengan muka tak senyum saya..

Usai tiba di rumah, tau apa yg berlaku kepada saya? Saya terbaring penat, tapi muka saya penuh dengan senyuman.. dan sekarang saya menaip entry kali ini, dan senyuman masih bergayut di bibir saya yg tak munggil macam Angelina jolie. Hehe
p/s- maaf tak terpamer di depan kawan2 semua.. J J

No comments:

Post a Comment