Friday, January 28, 2011

GeDeBaNg gEdEbUnG!!

Pagi-pagi hari ni, angin sejuk menampar-nampar pipi.....
Okay, bukan nak berpuitis sangat pun. Hehe
Sebenarnya seronok pula rasa pagi ini.. bertemankan teh tarik buatan sendiri (berasap-asap sebelah laptop ni J) tiba tiba saya rindu sangat nak balik ke Malaysia.., rasa teh tarik mak ayah macam masa berniaga kat gerai kecik kami dulu.

Teringat juga peristiwa semasa saya pulang tahun lepas, walau demam teruk waktu itu (ditambah pula emosi tersembunyi yg sangat tak stabil, tp dpt ‘dihidu’ mak ayah juga akhirnya.. huhu) , saya pernah keluar bersama kaknor dan kawannya, abg epul.
Erk.. kekok la panggil ‘abang’. Sebab saya sebenarnya tak cakap sangat dengannya, kalau cakap pun tak ada pula sebut2 namanya. Haha. Tak tahulah ini baik atau tidak, saya memang tak reti sangatlah dengan mereka2 ni.. nasib baik epul tu peramah juga (mungkin sebab dia selalu dengar cerita tentang saya dari kaknor). Saya pun rasa boleh juga sembang-sembang dengannya sebab banyak dengar cerita tentangnya dari kaknor.
Nak dijadikan cerita msa saya tiba di airport, ramai saudara-mara saya datang menjemput saya. Wah, memang terharu betul. Dan saya rasa bersalah sebab tak bawa pulang buah tangan yang cukup untuk semua dari india. Jadi untuk menebus rasa bersalah dan nak berterima kasih kepada mereka, saya bercadang nak belanja mereka satay kajang hj samuri.
Esoknya kakno dan saya keluar, lepas jenguk tokwan (arwah) di hospital kami pulang ke rumah untuk solat asar dan epul pun sampai. Naik kereta epul, epul drive kami ke mana saja kami nak pergi petang itu.
“GEDEBANG!!”  6biji mata memandang saya (kaknor 4 mata, epul 2 mata hehe). Kaknor dan epul pandang memandang.
“Opss.. sori. Kat india kereta dia kene tutup kuat-kuat” malunya saya, terkeluar ayat tu nk cover malu.
Epul dan kaknor ketawa besar. Epul geram juga, kereta dia kot... haha sori epul.
Bila kat kedai hj samuri saya tutup dengan hati-hati, tapi terlebih lembut pulak jadinya pintu tu tak rapat. Kali ke 3 baru berjaya. Aduhh..
Masa kami shopping kat giant, sekali lagi masa turun kereta gedebang lagi. Terus epul berseloroh,
“ha, lepas ni kalau gedebang lagi tinggal sini, naik bas balik!”
“Sori.. sori” kata saya lagi, ketawa-ketawa kami semua
Habis shopping kaknor tak percayakan saya, dia tutupkan pintu saya sebelum dia naik. Ok, memang saya malu gila dengan epul tu.
Saya tak tahulah macam mana saya balik bulan 2 ni nanti saya masih ‘gedebang-gedebang’ lagi atau tak. Kalau tak habislah saya, sebab nanti kereta kaknor la pulak yg jadi mangsa. hehhehehe

4 comments:

  1. imah, mula2 kaknor gelak bace entry ni, then kaknor sedih..... T____T
    dengar pulak lagu "I am a big big girl...."
    u know what i mean right?

    ReplyDelete
  2. kelaka kannn.. hehe erm.. xpe kakno, gelak2 okayh!! tp kalo time imah tepon jgn gelak mcam aritu (masa imah tepon tp kakno kat pasar malam..) nnt org igt kakno x betul.. kihkihkih :P

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha! saje je bg kaknor gelak sorang2. adoyaiiiiiii... mmg kelakar betul waktu tu. Alhamdulillah, lambat2! heheheheh

    ReplyDelete
  4. imah mlas la nk alhamdulillah, lambat2 kat sini, sampai bila2 pun tak abes kang.. hahahhaha

    ReplyDelete