Thursday, January 20, 2011

BaNyAk uDaNg..





banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Saya tak faham satu perkara.
Suka atau tidak, kita telan semua.
Suka atau tidak, itu adalah kenyataan yg harus diterima
Hidup di kalangan manusia yg pelbagai ragam benar-benar menguji kita sebagai seorang manusia dan sebagai hamba Nya.
Sungguh saya tak faham, mengapa wujudnya manusia yg bagai talam dua muka. Dengan orang lain bukan main imej “baik” dan “mesra” dipamerkan. Bahkan ramai sekali rakan taulan. Tetapi kenapa sukar benar menjalin ukhwah dengan yg berdekatan? Sehingga boleh pula timbul isu mereka yg berdekatan dengan manusia ini kononnya sungguh “kurang baik” dan “kurang mesra”, lebih-lebih lagi terhadap manusia ini. terpalit sudah imej buruk pada kita, orang yg sedaya upaya menyimpan segala keaibannya.
Baik buruknya, baik buruk kita juga. Maka keaibannya keaiban kita juga. Itulah ukhwah yg sebenarnya, adalah WAJIB bagi kita memelihara maruah setiap saudara kita.
Walaupun pahit untuk ditelan, tetapi itulah saudara kita. Saudara SEISLAM kita.
Apalah agaknya yg bisa dilakukan? – pernah orang bertanya kepada saya.
Saya buntu dengan idea jika anda yg mengalami masalah ini bertanya kepada saya. Tapi yg dapat saya katakan saat ini, bersabarlah, pasti ada hikmahnya. Dan jangan lupa juga berdoa supaya orang yg kita sayangkan ukhwah dengannya itu tahu betapa kita menyayangi ukhwah ini.

p/s- quote hari ini adalah:


bersih itu cantik, Allah suka pada kebersihan :)

No comments:

Post a Comment