Sunday, November 7, 2010

wEaKnEsS Vs sTrEnGtH


Kawan memang ramai. Tapi sahabat, satu dalam seribu.
Saya terkenangkan sahabat saya yg berada jauh di negara lain. Biar kami jauh, kerap juga kami berhubung. Biar sekejap, sekadar bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita.
Biar jauh, dialah tempat saya berkongsi rasa di hati. Gembira sedih bersama. Yg saling mengingat kepada Ya Rabb.
Teringat saya satu hari kami ber-skype. Saat itu saya dalam kerungsingan. Dalam kesedihan. Dalam kekecewaan. Saya rungsingkan bagaimana mahu saya atasi kelemahan saya. Saya bertanya kepadanya, lemah sungguhkah saya ini?
Jawapannya..
Katanya kelemahan saya yg paling besar  itu, baginya adalah kelebihan saya. Malah kelemahan saya itu, membuatnya terkadang ‘cemburu’ kepada saya. Kalaulah boleh, ingin juga dia memiliki kelemahan saya itu. Kelemahan saya itu menjadikan saya ini seorang yg unik dan dia sentiasa kagum dengan ‘kelebihan’ saya ini. Tak semua orang memilikinya. Sangat susah untuk berjumpa seseorang seperti saya.
Saya terkesima. Terdiam mendengar ulasannya. Mungkin kalian fikir adakah sahabat saya ini Cuma ingin menjaga hati saya dan menyenangkan hati saya yg sedang rungsing?
TIDAK. Tidak sama sekali. Saya amat mengenalinya. Untuknya berkata  sedemikian, adalah jarang. Jarang amat.
Selepas seketika saya bertanya lagi; jadi apa yg perlu saya lakukan? Membiarkan saja kelemahan saya ini?
Katanya saya boleh mengawal kelemahan saya itu. Dia yakin. Saya boleh membaiki kelemahan ini. Saya boleh jadikannya satu kelebihan sepertimana dia melihatnya. Lebih kurang begitulah bicaranya.
Air mata saya mengalir perlahan. Hati saya tersentuh dengan bicara ikhlasnya. Di mana lagi agaknya mahu saya cari sahabat seperti ini. Satu dalam seribu. Dulu, selalu juga saya tertanya-tanya bagaimana kami boleh rapat. Dia seorang yg hebat bagi saya. Jauh lagi hebat. Saya ini, jauh panggang dari api. Tapi saat mendengar bicaranya itu membuatkan saya mengimbas kembali kenangan kami. Dan baru saya sedar... sebenarnya kami saling melengkapi. ‘Kelemahan’ saya ini  dan kelebihannya itu barangkali yg mengeratkan kami.  Dapat saya rasakan nilai2 persahabatan yg saya impikan selama ini. JUJUR. IKHLAS. SETIA.
Ya Allah.. peliharalah ukhwah ini moga ukhwah ini sentiasa dalam rahmat-Mu.. amin ya Rabb!

No comments:

Post a Comment