Monday, November 15, 2010

cukuplah!

Betapa mudahnya diri ini memberi kepercayaan kepada orang lain. Betapa mudahnya diri ini diperbodohkan. Betapa diri ini sentiasa mahu berprasangka baik, segala yg buruk dicampak jauh. Betapa diri ini sentiasa ingin mempercayai sesuatu yg sudah terbukti satu penipuan hanya kerana atas dasar "kepercayaan" kepada kawan. tapi akhirnya kepercayaan itu hancur berkecai seperti kaca yg terhempas kuat ke batu.

betapa diri ini mahu mempercayai hingga sanggup membutakan hati  yg celik. sungguh dari awal diri ini patut percaya kepada gerak hati ini; kerana hati ini alhamdulillah, tak pernah menipu. hati ini tak pernah pejam. tapi diri ini yg bertindak tidak adil kepada hati, membutakannya atas dasar kepercayaan dan apa yg orang kata "berfikiran positif".

duhai hati maafkan diri ini, moga dengan izin Allah kau membawaku dekat kepada penciptaku dan mempercayai hanya DIA, bukan manusia kerana kata manusia itu hanya manis di mulut sedangkan janji Allah itu pasti. Ya Allah, tidak kutahu apa rahsia Mu disebalik semua ini tetapi aku yakin semua ini pastinya sesuatu yg baik buatku. moga dengan kepercayaan ini, aku bisa meneruskan kehidupan.

moga selepas ini, diri ini bisa mencari seorang SAHABAT yg benar-benar jujur dan bukan mereka yg cuma tahu menipu diri ini dengan topeng 'manusia baik'. moga selepas ini, diri ini tidak senang2 diperdaya lagi. cukuplah diri ini dipermainkan.cukuplah.

No comments:

Post a Comment