Monday, November 8, 2010

bAiK AnDa hAtI-HaTi!


“Akak makan apa tu?”tegur saya satu petang semasa sedang menunggu kawan-kawan lain untuk usrah kali ini.
“oh.. akak makan ni.. Crunchy. Sedapp. Murah pulak tu. Rs 5 je”  jawab senior saya itu.
“eh, akak tak perasan ke dalam crunchy tu ada trans fat?”
“ha? Trans fat? Apa tu? kenapa kalau ada trans fat?”
Setelah beberapa kali berbual dengan kawan-kawan di Manipal ini khususnya, baru saya sedar rupa-rupanya ramai yg tidak tahu betapa bahayanya trans fat dalam processed food ni. Sedangkan, kalau anda semua memerhatikan kandungan bahan makanan yg dijual di india ini, kebanyakannya mengandungi trans fat. Terutamanya coklat.
Apa itu trans fat?
Dalam makanan yg diproses, terdapat dua jenis lemak yg kita sedia maklum. Lemak tepu (saturated fat)  dan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Sepertimana yg kita belajar dalam biochemistry, polyunsatured fat yg bersumberkan tumbuhan i.e minyak sayuran adalah good fats kerana boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan beberapa penyakit kronik yg lain. Manakala saturated fat yg bersumberkan haiwan eg butter adalah bad fats. Tanpa kita sedar, ada satu lagi jenis lemak yg digunakan secara berleluasa dewasa ini iaitu trans fat.
Trans fat dikategorikan VERY BAD FATS oleh pakar nutrisi. Trans lemak ini sangat bagus untuk pengilang makanan tetapi bukan untuk pengguna seperti kita.

Pengilang makanan telah menukar sumber lemak mereka daripada lemak haiwan kepada lemak sayuran (good fats), tetapi mereka telah mengubah lemak sayuran ini agar ia berada di dalam bentuk pepejal seperti lemak haiwan pada suhu bilik. Sebagai contoh, butter (jika bersumberkan haiwan-bad fats) kini boleh didapati dalam bentuk marjerin (bersumberkan lemak sayuran- good fats); tetapi hakikatnya marjerin itu sebenarnya terhasil dari pengubahsuaian lemak sayuran itu kepada trans fat.
Bagaimana proses penghasilan trans fat?
Trans fat yg terawal dihasilkan di United States melalui proses penghidrogenan (hydrogenation) minyak sayuran  pada tahun 1910. Melalui proses ini, semakin tinggi tahap penghidrogenan, semakin berkurangan kandungan lemak tepu,sementara kandungan lemak tepu semakin meningkat.
Kenapa trans fat berbahaya?
Walaupun masih kurang kajian tentang kesan lemak ini kepada kesihatan kita, tetapi berdasarkan kajian yg telah dijalankan; Lemak sintetik yg telah menjalani pengubahsuaian molekul ini menyebabkan sistem badan kita gagal untuk memproses lemak ini dengan baik. Lemak ini akhirnya tersimpan dalam badan dan boleh meninggikan risiko sakit jantung, diabetes, kanser, bayi kurang berat, obesity, dan kerosakan sistem imunisasi badan. Selain itu, dikatakan juga trans fat ini mengganggu fungsi sel badan seterusnya memberi kesan kepada enzyme seperti delta-6 desaturase yang akhirnya akan menyebabkan gangguan proses penghasilan omega-6 dan omega-3 (essential fatty acids). Ini menyebabkan badan kita kekurangan lemak yg penting ini.
Jadi, saya sarankan kepada sahabat dan bakal-bakal doctor sekalian, kalau boleh kita elakkan pengambilan makanan yg mengandungi trans fat ini. Perhatikanlah kandungan makanan yg anda beli, cari yg tertulis “zero trans fat”. Sama sama kita pelihara kesihatan tubuh badan anugerah Allah ini J

No comments:

Post a Comment