Sunday, October 24, 2010

mEnGiSi mAsA PeRcUmA (=^_*=)/

AMARAN:  HANYA UNTUK PEMBACA YG MEMILIKI TAHAP KESABARAN SERTA KEBOSANAN 100% DAN KE ATAS

Bercakap tentang hobi ni, saya dah termanggu-manggu sendirian. Saya dah lupa apa hobi saya sejak menceburkan diri dalam bidang perubatan ni. *amboi, macam lah saya ni 24/7 dok menghadap buku sahaja..hehe*
Kalau dulu, saya gemar benar melukis. Siap ada koleksi lukisan sendiri lagi sejak saya tadika. PERCAYA TAK?? PERCAYALAH!  Saya tak bohong ni..  (=^_^=) maka dulu saya selalu masuk pertandingan melukis. Pengalaman berjaya dalam hasil lukisan ini tiada apa yg boleh dibanggakan. Setakat menang pertandingan melukis poster. Kemudian masuk peringkat akhir melukis potret semasa darjah 5. Ni semua peringkat sekolah. Ha, poster tu adalah up sikit peringkatnya. Hehe. Ha, tak adalah hebat pun saya ni kan? Nama pun hobi.. jadi suka-suka saja, tak harap menang pun. Cuma saya pernah bertanding dalam pertandingan melukis peringkat kebangsaan semasa sukan komanwel 1998 (ok waktu ni sumpah buruk lukisan saya tu. Mana taknya, terkejut tengok anak2 cina dengan koleksi crayon sebesar bas sekolah tu. Sedangkan saya, Cuma pensel warna LUNA yg kemetot , sebesar anak semut. Ha-ha-ha) Selain tu saya banyak hantar lukisan yg pada saya betul cantik*maaf masuk bakul kejap* tapiiiiiii!!! Tak pernah keluar dalam rancangan KFC Hour dulu. Lukisan buruk-buruk dari lukisan saya juga yg dipamernya. Berkecailah harapan saya pada umur 9thn tu. Kalau saya tahu,  baik saya masukkan dalam koleksi lukisan saya tu saja. Hahaha *ye ye je*
Saya gemar juga mengarang. Tambahan pula bila menulis karangan selalu sahaja karangan saya menjadi contoh kepada pelajar lain. Markah pula selalunya Cuma beda sekitar 3-5% sahaja hendak mencapai 100% *Pemangkin semangat la tu konon*. ^^  Saya kira, mungkin kerana pengaruh membaca novel. Terutamanya novel penyiasat 3 sahabat- Jalil, Gopal dan Ah Meng--> sedia membantu apa sahaja. Hahahhaa ! ops. Cerita novel nanti dulu. Ha, sebab saya ni suka mengarang, maka banyak juga cerpen yg saya hasilkan. Tapi semuanya jadi koleksi peribadi. Dan paling tak boleh blah, kebanyakannya tergantung; tiada ending .. *ketawa lagi* hmm.. dan.. saya banyak juga menulis puisi. Siap ada buku khas koleksi puisi2 saya (eh saya ni kira puitis juga lah kan?) *ketawa lagi dan lagi* ^^ ha, cerita puisi? Saya cerita lain kali sebab ada cerita khas mengenainya. ^_^
Membaca amalan mulia. Hahahah. Saya buat amalan mulia ni dulu. Hobi no 1 kot.. tapi novel lah! Saya suka siri penyiasatan dan thriller. Misteri pun ya juga. Pendek kata yg stimulate otak saya untuk mencari jawapan kepada misteri-misteri tu. Seronok.. seronok! Saya suka cerita yg endingnya tak seperti yg saya sangkakan. Ha.. novel macam ni, memang saya sukaaaaa sangat! Novel cinta saya tak berapa nak layan. Bosan. Stereotype. Sama saja endingnya, macam cerita Cinderella,
“..and they live happily ever after..”  
T________T  ok. Bosan.
Saya gemar juga bermain alat muzik. Terutamanya piano dan sewaktu dengannya. Saya suka benar melodi yg lahir dari piano ^^ tapi saya Cuma berkesempatan masuk pertandingan genderang (mini orchestra lah kot). Waktu ni, saya main pianika. Yg macam piano tapi perlu ditiup2 untuk menghasilkan melodi. Siap berangan nak ada keyboard sendiri dan main macam arwah tokwan saya main. Tak perlu tengok not pun (rindunya pd arwah..)
Alamak... nak tahu tak?? Sekarang sudah jam 3.05am tapi saya masih belum habis bercerita. Nampaknya akan dating part 2 punya. Hehe sabar ya. Itulah, dah kata kesabaran dan kebosanan kena tinggi baru boleh teruskan pembacaan. ^_^
Ok2 saya perlu tidur ni. Esok lusa, banyakkkkk sangat kerja menanti. T___T eh, sebenarnya saya suka la kerja banyak. Ada manias dalam pahit. Kesibukan boleh buat saya lupa pada kesedihan. Adoii.. merepek lagi saya nampaknya. Baik saya akhiri post kali ini dengan... ZzZzZZzzz~
3.08am ^^



2 comments:

  1. haha, i pun penah masuk pertandingan tu , saya lagi tera , lukis hitam dan putih sahaja semasa saya darjah 2 , setahu saya sekolah saya ada mengambil karya saya masuk pertandingan menang apa saya pun tak tau , cuma tau dapat satu sijil penyertaan sahaja.

    ReplyDelete
  2. kent: hi kent! thanks sbb sudi jenguk blog saya ni, xtau camne awk leh sampai sini. *hepi*

    tu lah, sapa tau silap2 kita pernah masuk pertandign sama byk kali dah tp x kenal pun hehe

    ReplyDelete