Thursday, October 21, 2010

M-A-S-A berikan kepada saya!


5.16pm, khamis
Ok.  Sekarang jujurnya saya tak punya apa-apa buah fikiran untuk dikongsi. Tapi saya tahu, selalunya bila macam ni pasti entry kali ini akan jadi panjang. Hmmm..
Sebenarnya fikiran saya tidaklah setenang air di tasik. Tapi tidak juga sekusut seperti beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah..  bak kata seorang sahabat saya,
sometimes; time will cure everything
Ya. Saya memang perlukan masa. Yang saya sendiri tidak tahu berapa lama.
Cabaran bagi setiap orang tu memang berbeza-beza. Kata orang, semuanya terpulang bagaimana kita menghadapi sesuatu masalah itu. Kata orang lagi...
“cuba kau tengok si polan tu, masalah dia lagi besar. Tapi dia masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa”
“tak payahlah kau nak fikir sangat pasal budak tak guna tu.. dia bersuka ria, sedangkan kau menderita!”
“kau jangan simpan masalah sorang2... luahkan! Kalau tak, nanti memakan diri..”
“lupakanlah semua tu.. yang lepas tu lepas, perjalanan tetap perlu diteruskan..”
Saya tak nafikan kata-kata mereka itu. Betul. Betul. Tapi kenapa agaknya susah benar orang nak memahami sekeping hati ini? Terlalu kompleks mungkin? *komplekskah?*
Cuma satu... jangan samakan masalah saya dengan orang lain. Masalah saya ini, jika si polan yang menghadapinya, mungkin tidak tertanggung olehnya. Kerana itu Allah tidak berikan cabaran ini kepadanya. Kita tidak boleh menyama ratakan masalah setiap dari kita. Tidak boleh. Kerana setiap cabaran yang ALLAH berikan itu, hanya setimpal dengan kebolehan mereka yg terpilih itu sahaja. Bukan orang lain. Untuk mengambil iktibar atas kekuatan orang lain? Itu terpulang.. bagus juga, tak ada salahnya.
Dan saya, ya.. saya yakin saya boleh menghadapinya.. kerana itu ALLAH memilih saya..
Saya cuma perlukan masa. Masa. MASA! Tolonglah fahami satu-satunya permintaan saya ini...
Senang bagi mereka yang tidak menghadapi masalah sebegini untuk berkata-kata. Untuk mereka yg pernah mengahadapi perkara yg sama, lupakah mereka bagaimana “sakitnya” semasa sedang menghadapi masalah sebegitu?? Lupakah mereka bagaimana mereka cuba bangkit dari kesedihan itu?
Itu yg saya cuba lakukan. Saya bukan hanya bersedih tanpa memikirkan jalan keluar untuk diri ini. Dalam sedih, banyak yg saya fikirkan. Dalam diam, lama saya tercari-cari jalan penyelesaian. Dalam bersendiri, banyak yg saya muhasabahkan...
Susah benarkah memberi saya masa? Saya tak minta orang untuk memahami saya 100%.. tidak! Kerana itu adalah sesuatu yg mustahil.. maka saya minta sesuatu yg mungkin, berikan saya masa untuk bangkit.. tapi jangan biarkan saya terlalu bersendirian dalam menghadapinya.. terkadang saya juga perlukan tiang untuk bersandar bila diri ini rasa lemah.. Terkadang saya juga perlukan tongkat bila kaki ini tak mampu melangkah..
Sekarang fikiran saya lebih teratur. *Alhamdulillah syukur pada-NYA*Saya boleh melihat cabaran ini dari kaca mata orang lain. Kerana itu, saya tak salahkan mereka. Mereka tak akan faham perasaan saya. Tak akan! Tapi yang mereka nampak hanyalah saya yg bersedih. Betapa berat, sakit dan lukanya hati ini, mereka tak nampak itu semua. Yang mereka lihat, saya yg sugul dan tidak ceria seperti dulu.
Sekarang ini, saya sudah mampu mengukir senyum walau hati saya masih menangis. Kontang sudah air mata ini dibazirkan. Biarlah saya menelan segalanya walaupun kelat. Walau pahit. Untuk jadi seperti saya yg dulu (ceria, ketawa, dan ramah mesra), berikan saya MASA.
Hanya itu pinta saya..

No comments:

Post a Comment