Sunday, October 24, 2010

aH, AdAm Ni mEmaNg mEmEnInGkAn! (=.=)?

Tiba-tiba saya teringat kepada cerita seorang sahabat saya. Satu petang dia berlari-lari balik ke bilik dengan air mata merambu-rambu. Mukanya merah padam, marah atau sedih tak dapat saya tafsirkan ketika itu sebelum dia membuka mulut.

Sahabat saya itu, sebenarnya sedang menjalani satu latihan untuk aktiviti kesukanan yang akan diadakan dalam tempoh yang terdekat. Latihan belum tamat, tetapi dia sudah pulang ke bilik.

sakitkah? lukakah? bermacam-macam bermain di fikiran saya.

Selepas seketika sahabat itu membuka mulut bercerita sambil air matanya tak henti mengalir. Saya terdiam dan menggeleng kepala. ish, ada juga orang begitu? 

Rupa-rupanya, ketuanya(kaum adam) memarahinya dengan sangat agak dahsyat. Di khalayak ramai pula, sedangkan kesalahan sebesar kuman cuma*sebagai seorang perempuanlah, sebab lelaki selalunya kan lebih suka lepas-lepas saja*

Menstruasi jugakah mereka ni? geram juga saya mendengarnya. Memang tak patut. Maka ramailah yg menegur ketuanya ini. Si ketua pun selang beberapa minit hari kemudian barulah nak bertindak untuk meminta maaf. Nak tahu apa bunyi sms nya?

"sori, aku lupa kau ni perempuan"


Oh, LUPA rupanya. hmm

No comments:

Post a Comment