Wednesday, October 27, 2010

bErDiRi AtAs kAkI sAyA ^^


tiba tiba hati ni digamit rindu pada rumah di kuala lumpur tu. rindu pada "kehidupan berdikari" saya di sana. hehe pelik kan? sepatutya bila berada di negara orang barulah dikatakan berdikari. Tapi bagi saya, di sini saya tak cukup berdikari kalau nak dibandingkan semasa saya di Malaysia.

Kalau orang lain..

1.      Masa interview untuk dapatkan biasiswa dulu datang bertemankan ibu bapa kan, paling tidak pun ada kawan yg dikenali bersama-sama. Saya? Saya naik LRT dan jalan kaki ke tempat interview. Lepas tu bila tengok kiri kanan, rasa sadis pula sebab berseorangan =.=
2.      Pergi ke hospital atau klinik untuk medical checkup sebelum masuk asrama bertemankan ibubapa ke.. kakak abang ke.. saya? Pagi-pagi buta ayah hantar saya dengan motor sebelum dia terus ke tempat kerjanya (hospital pun tak bukak lagi), drop dan tinggalkan saya untuk uruskan semuanya sendiri. Selesai, saya ambil bas untuk pulang ke rumah (baru 12 thn saya masa tu). Ok. Maka tak perlulah saya cerita macam mana pula medical checkup saya untuk masuk kolej dan sebelum fly ni kan?
3.      Masa tingkatan1 kali ke-2 balik ke rumah; kawan-kawan tiada pun yg balik sendiri, semuanya ibubapa jemput. Saya? dah kena balik sendiri, medium: bas+ktm+lrt+jalan kaki. Oh ya, seorang diri jugalah sebab senior saya garang-garang kalah singa harimau, nak mintak tolong pun kecut perut.
4.      Beli barang2 kelengkapan untuk sekolah asrama. Sendiri juga. Ayah bagi duit, saya keluar pergi KL seorang diri. Beli barang sampai merah2 tangan berbirat sebab berat dan kena usung seorang diri.
5.      Pergi interview dekat UTP sendiri, naik bas. Ok. Masa tu tak tahu pun mana ceruk lokasi UTP.
6.      Haa.. satu hari tu saya ditinggalkan seorang diri di rumah sebab satu family saya ke Melaka untuk majlis konvokesyen kakak saya. (masa ni saya pelajar kolej) Kenapa saya ditinggalkan? Sebab saya perlu ke majlis penyampaian anugerah kerana terpilih sebagai wakil negeri di bawah YaPEIM  sebagai pelajar cemerlang berdasarkan criteria yg mereka gariskan. (cemerlang lah sangat..ye ye je haha). Lokasi tempat anugerah itupun saya memang tak tahu langsung dimana. Usai solat subuh, gelap-gelap tu saya jalan kaki sorang2 untuk ke jalan besar. Cari teksi.
7.      Pernah saya ditinggalkan. Ops. Bukan, sebenarnya saya yg memilih untuk ditinggalkan semasa raya (pandai sangatlah tu kan keputusan saya tu). Adalah hampir 4-5 hari juga tak silap saya. Raya tuuu... hehe maka hiduplah saya seorang diri di rumah (KL)  tu sementara satu family di kampung halaman di perak dan kedah.. makan minum? Sendiri bikinlah~ :P

Alamak.. cepatnya masa berlalu. Tak boleh saya nak cerita panjang2. Alah.. kalau saya list kan semua pun, tak larat pula kalian nak baca kan.. hehe (=^_^=)

Kesimpulan: ada saja orang yg tak kisah tentang berseorangan ke sana ke mari uruskan semua sendiri. Tapi yang saya ceritakan ini kebanyakannya semasa saya umur saya masih lagi 1 angka juga (sa). Tambah pula saya ni kan seorang perempuan. Kalau lelaki lain sikit ceritanya.

Walau apa pun pengalaman saya ketika itu, sepahit mana pun saya mengharunginya ketika itu sekarang ia menjadi sesuatu yg manis untuk dikenang. Sesuatu yg boleh buat saya tersenyum sendirian... dan, *ehem* sesuatu yg boleh saya banggakan. (=^_^=)

No comments:

Post a Comment