Wednesday, December 29, 2010

sUdAh 4 mUkAsUrAt..


Sudah 4 muka surat saya senaraikan pelbagai jenis juadah akan saya buat sediakan khas buat mak dan ayah.
Dari sarapan, kudapan, makan tengah hari, minum petang, dinner, semua ada list  tersendiri.
Tapi hari ni bila saya telefon rumah mak memberi tahu saya, ayah disahkan doctor; kencing manisnya sudah di tahap 3. Saya sebenarnya masih tak tahu apa maksud tahap3 tu, tapi yg pasti itu bukan petanda yg baik. ayah tak lagi dibenarkan doctor makan nasi, air manis langsung sudah tidak boleh.
Habis lah musnah impian saya yg satu ni. Kata mak taka pa, masak je nanti ayah makan sikit. Saya berseloroh,
“mana boleh, sebab kalau imah masak sekali rasa tak boleh berhenti” hehehe
Kemudian saya janji pada mak, akan saya cari masa mencari resepi sesuai dengan gaya pemakanan ayah yg baru. Ayah, jaga2 ye! Moga sentiasa dalam lindungan Allah... AMIN~

No comments:

Post a Comment