Tuesday, March 22, 2011

ketupat daun palas

Jumaat ni dah nak balik ke India semula. Perasaan? hmmpphh..

Kaknor sahaja bakal hantar saya ke airport nanti. Katanya dia akan blah je nanti lepas drop saya kat situ. Mak nak ikut hantar pun tak boleh sebab katanya nk terus pergi office semula.

Arhab dan Azhad (adik2 jagaan saya) tak dapat saya jumpa sebab mereka masih di kampung. Nenek mereka baru meninggal semalam. Aduhh.. seriously saya rindu sangat dengan celoteh mereka. sangat2!!

Saya dan mak baru selesai buat ketupat daun palas kegemaran saya. Raya yg lepas tak dapat saya makan ketupat kegemaran saya ni sebab daun palas dah sold out kat KL. Kali ni mak ambil daun palas dari kebun arwah tokwan masa kami balik kampung minggu lepas.

Highlight cerita malam ni, masa tengah isi pulut dalam ketupat tu saya bergurau lah cakap,
"kelakar pulak masa raya haritu tak jumpa ketupat, tak dapat buat.."

mak jawab, " tak pela... nanti raya imah tak balik dah.. rasalah ketupat ni awal2.."

gulp! ttbe sayu..

2 comments:

  1. tapi mak ayah ikut jugak ke airport kan? takpelah.. jangan sedih2 k? :)

    ReplyDelete
  2. yeppppppppppp.. suka dalam duka masa tu, harap2 semua ok, kan? :) aminnnn (^^)

    ReplyDelete