ps- sambungan this is my story dalam post akan datang. Kali ini kita bicara tentang post ini..
Bila seorang kawan sudah lama tidak bertegur sapa dengan
saya, saya selalu berfikir seolah-olah saya ini selalu berada di pinggiran. Macam
rumput di tepi jalan. Sebab sudah banyak kali saya melalui perkara ini. Saya seolah-olah
satu perlabuhan orang menumpang kasih dalam erti kata persahabatan. Dan saya
tetap saya, menerima mereka dengan hati terbuka meskipun akhirnya saya tahu
saya masih akan ditinggal di pelabuhan itu, menuggu ‘pelaut’ lain berlabuh. Sesungguhnya
tidaklah saya tahu dimanakah silap saya setiap kali hal ini berlaku..
Itulah apa yg terjadi sebelum dan sebelum-sebelumnya. Sehinggalah
beberapa hari lepas. Tiba-tiba seorang kawan kembali menegur saya setelah
sekian lama menyepi. (Saya gunakan "ku" kerana lebih sesuai pengunaannya selepas ini)
“ingatkan dah tak sudi kawan..” kataku lirih bersahaja
“kenapa kata macam tu pulak? Why are u always thinking about
yourself negatively?” balasnya keras.
“selalunya macam tulah..most people, itulah yg mereka buat..
macam habis madu sepah dibuang pulak.. hehehe” tawaku hambar dengan peribahasa
yg macam tak kena je.
“huh? Itu most people. I am not one of them. Kenapa pulak
nak buat macam tu.. kawan tetap kawan!” balasnya lagi, tegas.
Saya Cuma tersenyum. Perasaan bercampur-baur. Terharu,
gembira, sedih.. syukur kerana masih ada yg menghargai diri ini sebagai sahabat!
Moga Allah pelihara kami dalam kebaikan.. ya Allah
peliharalah persahabatan ini.. amin~
No comments:
Post a Comment