Asrama- indah khabar
dari rupa
Semua maklum di asrama ada pelbagai ragam yang perlu
dihadapi. Biasalah, ‘budaya’ orang kaya terhadap orang yang kurang berada
seperti saya bukan perkara baru. Walaupun saya berasal dari Kuala Lumpur, ramai
yang tidak percaya.
Kata mereka, saya seperti anak kampung.
Penampilan saya
yang ‘biasa-biasa’ dan sifat saya yang sering merendah diri mungkin menyebabkan
mereka melabel saya sebagai anak kampung. Terusik juga hati saya bila dikata
begitu, tapi lain pula pandangan ayah. Ayah berbangga kerana bagi ayah, dia
berjaya mendidik saya supaya sentiasa menjaga perilaku seperti anak kampung dan
bukan seperti orang Bandar yang banyak cerita negatif mengenainya. Kata-kata
ayah membuatkan hati saya terubat. Dan saya juga diberikan anugerah sebagai
tokoh pelajar puteri yg bersopan santun semasa kempen ‘sopan santun budaya
kita’ pada tahun 2006. Selagi ayah dan mak gembira, saya puas hati. Saya tak
pedulikan kata orang.
Dalam hal berbelanja, saya amat berhati-hati. Walaupun
ayah dan mak tak pernah bertanya, saya sering meminta kebenaran apabila hendak
membeli sesuatu dan memberitahu berapa banyak wang yang telah saya gunakan.
Setiap kali keluar outing, saya hanya membenarkan diri saya berbelanja RM10, atau jika terpaksa RM15. Itupun sudah cukup merisaukan saya. Dalam setahun boleh dikira berapa kali sahaja saya keluar pekan.
Satu hari, pernah saya ceritakan kepada kawan baik saya tiba-tiba
saya teringin hendak makan KFC, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Mendengar
kata-kata saya, ada seorang pelajar perempuan yang agak berada menyampuk,
berkata kepada saya “ Apalah kau ni! Kalau nak, beli jelah. Eii.. kalau akulah
kan, aku tak pernah kisah pasal duit. Aku beli je apa yang aku nak makan. Kalau
pasal makanan, aku tak pernah berkira!” ketika itu terasa darah menyimbah ke
muka saya. Malu dan marah barangkali. Terdiam saya mendengar kata-katanya yang
pedas itu, tapi saya Cuma mendiamkan diri. Biarlah, kata hati saya. Itulah
bedanya kami; dia dengan caranya, saya dengan cara saya. Walau hati terturis
dalam meninggalkan luka besar hingga sekarang, saya anggap itu semua ujian
Allah.
No comments:
Post a Comment