Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

cacamerba untold undecided #9

ps akan disusun semula setelah flow cerita lebih elok

-———
Aku bercadang mahu membawa diri ke Bandung. Dengan Arfa (keturunan kelantan siam). kata Arfa sepupunya mahu ikut sama. Last minit plan.

"boleh ye Azri mahu ikut sama? pleaseee kesian dia dah siap pasport and beli tiket"

"siapa suruh dia beli siap2 and prepare semua before confirm dgn kita?" bebalku

"ala xpe.. dia tu photographer gila. untung2 dia boleh ambilkan gambar percutian kt cantik2. Ikutkan hati aku tak mahu ada lelaki ikut. tapi memandangkan Arfa sungguh sungguh merayu bagi pihak sepupunya itu ake benar kan saja dengan berat hati.

"oit dah sampai! mengelamun jauh betul kau ni" tegur arfa. Dari dalan kereta aku nampak seorang lelaki dengan shirts merah terang. di bahunya tergalas sedia beg camera.

"Nan mai khoi?"
lama ke tunggu? siam

"Mai lok sat diau"
xlama skejap je

"pai ,pai! lambai Arfa sambil membuka pintu kereta.


Thursday, February 12, 2015

the untold, untitled and undecided #6

  *     *     *     *     *     *
“Oit, Mira! Best tak naik basikal keliling kampung td?” aku tak dengar. Aku masih teringat-ingat peristiwa petang tadi.
Papp! Intan menampar kasar bahu aku. Hish nak kena Intan ni. Sudahlah tadi badan sakit ditimpa basikal sekali dengan muatan berat si Syam tu, kena pulak penampar padu dari Intan. Nampak je kurus Intan ni tapi tulang belulang keras macam besi.

“Sakit lah…” berkerut muka aku tahan sakit. 
“kau berangan apa sampai aku Tanya kau tak dengar? Ada apa-apa jadi ke tadi?” aku membisu. Teringat balik pada Syam. Geram!
“ada benda tak best jadi tadi. Tapi nantilah aku cerita. Tengah tak ada mood lagipun dah lambat ni program nk start dah” aku cepat-cepat menyarung kasut setelah selesai pakai shawl.
“kejap! Kejap! Tunggu aku nk pasang pin ni!” bebelan Intan berpanjangan sambil bersiap.
“Okey, jom!” akhirnya intan menapak keluar setelah 10minit aku menunggu. Bau perfume Intan menyengat hidung. Intan ni, kalau pakai perfume macam tuang satu botol tu baru dia puas hati. Sakit hidung aku dibuatnya.
“kuatnya bau perfume!”
“hehe macamlah kau tak kenal aku macam mana, sorry la eh” Intan tersenyum puas hati.
Kami berlari-lari anak ke dewan sebab sudah terlambat.  Sakit pula kaki aku macam terseliuh. Nasib baik facilitator program masih belum sampai. Sebaik-baik kami melabuhkan punggung mereka pun sampai dan program terus bermula. Semasa bacaan doa aku perhatikan lagi tapak tangan aku yg terluka-luka kecil. Aku dah rasa pedih semasa mandi tapi lepas solat maghrib tadi masa nak berdoa baru aku perasan tapak tangan aku luka-luka. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Entah apa nasib badan dapat satu kumpulan dengan Syam ni. Aku tak pandang muka Syam. Aku perasan juga dia macam mengelak tak nak pandang aku.
“Mira, Syam! Korang present nanti benda ni ok? Jadi wakil group. Korang kan terer bab bercakap and explain2 ni..nanti..” 
“tak nak!” serentak aku dan syam bersuara. Semua mata terarah kepada kami. Mereka ketawa besar. 
“Ok kita vote..”

 Tak guna punya member! Lepas vote pun akhirnya memang aku dan Syam juga yg kena bentang. Dah pakat2 depa ni.  Takpa.. kita buat secara professional.. aku pujuk diri. Program malam tu berakhir dengan aman. Aman pada luaran, ribut dalam hati aku Allah je tahu!


“hi, Mira! Seronok ronda basikal petang tadi?” gulp! Hamzah kawan baik si Syam tu menegur aku sambil melirik kepada Syam disebelahnya.  Omg! Dia tahu ke apa jadi? Malu gila! 

Tuesday, February 10, 2015

the untold, untitled and undecided #5

Beberapa sentimeter je lagi basikal kami bakal berlanggar, aku dah kecut perut. Tapi tiba-tiba dengan selamba Syam membelokkan basikalnya dengan “skillful” nya. Oh aku lupa tiap-tiap petang kalau bukan main bola sepak, dia suka cycle keliling kawasan hostel uni kami. Aku rasa lega tapi pada masa yg sama rasa geram menggunung terhadap Syam.

Aku break mengejut, berhenti dan menoleh ke arah Syam. Syam ketawa lagi besar melihat mukaku yg menyinga.

“Jangan marah nanti cepat tua hehehe” kata Syam ketawa geli hati. Nasib baiklah aku tak menjerit sekuat hati aku.Nanti orang kampung dengar suara ‘jantan’ aku menjerit nanti lain pula ceritanya nanti. Aku beri jelingan maut dan mula mengayuh semula. Syam pecut memotong. Terasa kelibas angin bila dia memotong. Debu- debu tanah berterbangan.

“skreeeettt!!” bunyi break basikal tua Syam. Hish entah basikal atuk mana dia pinjam, rosak nanti baru dia tahu! Sekali lagi dia menghalang jalan. Tangan aku sekali lagi macam terkena sodenham chorea menyuruhnya ke tepi . dia masih begitu. Aku mula mengayuh semula Cuma kali ini perlahan sahaja. Syam yg jahat tu mengulangi perbuatannya, aku kayuh dia kayuh, aku berhenti dia berhenti. Macam bayang-bayang pula.

Aku kerling jam di tangan sudah makin lewat. Lagi 15min nak azan maghrib. Tak boleh jadi ni.. aku menyambung kayuhanku. Perlahan. Syam terjah aku dari depan dengan laju. Muka nakalnya makin menjadi-jadi. Aku kayuh basikal aku menghala ke kiri sedikit, kearah belukar rumput setinggi aku tu untuk mengelak dari berlanggar dengan Syam.

Dalam jarak kurang 1meter lagi tiba-tiba muka Syam bertukar kaget. Tangannya kalut menekan-nekan break basikal tapi nampaknya seperti gagal berfungsi. Basikalnya terlalu laju menyusur kearah aku. Aku cuba membelok ke kanan, tapi seperti bayang-bayang dia juga mengikut aku. Bezanya kali ini dia benar-benar hilang kawalan. Kiri, kanan, kiri, kanan, gelong basikal aku bila aku cuba membaca gerakan basikalnya. Makin mendekat.. dekat.. aku semakin cuak!

“Syam!!!” jerit aku. Kiri..kanan..kir.. bamm!! Basikal aku dan Syam berlaga. Kami berdua jatuh kearah belukar. Aku dihempap oleh syam dan basikal tua itu. Seluruh badan aku sakit sakit.
 "Awww adoii" Bila aku mengangkat kepala muka kami hampir berlaga. Semacam spring Syam melompat bangun, mengangkat basikal tua itu dan..... terus melarikan diri!

Kejap.. ehhh whattt???? Dia lari??!

*  *  *  *  *
P.s mesti korang boring part ni kan... hahaha kan bagus kalau ada pengkritik. Lol. Part ni memang pernah jadi in real life, sebab tu dia mcm detail? Hihi 😅😊


the untold, untitled and undecided #4

“Tepilah..!” perlahan suara aku macam berbisik. Tapi tangan kanan aku laju mengibas-ngibas ke kanan isyarat meyuruh Syam ke tepi memberi jalan kepada aku. Dah la jalan tepi bendang ni sempit! Syam buat muka endah tak endah. Senyum kambingnya kian melebar. Sesaat dua kemudian digelengnya kepala tanda tak mahu mengalah.


“ngada-ngadalah mamat ni!” gumam aku. Aku jeling belah kiri jalan. Penuh belukar rumput yg panjang setinggi aku. Kiri bendang, kanan belukar, hah elok sangat! Perli aku dalam hati.

TEPIIII!!! Tangan aku makin laju mengibas macam orang yg ada sodenham chorea dah. Syam ketawa puas hati dapat mengenakan aku. 

Sukalah tu kan? Halang jalan aku nak balik. Rasa geram masih bersisa tapi aku main redah lah jugak mengayuh basikal dek petang yg kian senja. Bila sahaja aku mula mengayuh Syam juga turut mula mengayuh. Aku berhenti. Dia turut berhenti.

Arghhh mamat ni geramnya aku! Macam biasa aku marah dalam hati. Si Syam pula makin galak ketawa sampai hilang biji matanya terpejam-pejam. Apa yg kelakar sangat entah. 

Aku bertekad meredah melepasi Syam. Sedang Syam leka ketawa aku cepat2 kayuh. 80m… 50m… Syam masih pantas bertindak balas. Lekas-lekas basikalnya dikayuh juga. Dah makin hampir... aku baru nk membuahkan senyum tapi senyuman aku mati bila Syam sengaja menghalakan basikalnya ke arah aku.

 Gila!!! Mamat ni memang gila!! Kayuhan aku yg laju dan skill berkarat aku bukanlah kombinasi yg baik untuk situasi sekarang. Mata aku membulat besar. Ya Allah selamatkan kami!


“Ahhhhhh!! Aku terjerit kecil bila basikal Syam Cuma 3m dihadapan.  Laju. Menghala ke arah aku!

the untold, untitled and undecided #3

PENGUMUMAN: disebabkan plot cerita ni masih berterabur dan tak terancang so korang kena bersabar dengan cerita yg cacamerba ni haha. adiyos! enjoy ye

 *     *     *     *     *     *

 FLASHBACK 1#

Kau tengah buat apa tu?
Tak ada apa-apa
Elehh tak payah tipu. Mesti kau masak roti jala utk dia kan? Aku tersenyum macam kerang busuk.

 *     *     *     *     *     *

“Intan, jom ronda! Aku Nampak basikal kat luar hosmestay kita ni!!”

Intan mengurut dada. Terkejut dengan jeritan aku yang sangat tiba-tiba dalam kesunyian petang di homestay tu. Ishh.. mira.. mira.. geleng kepala.

“Kau ni kannn.. buat aku terkejut je. Kau jerit aku ingat kau nampak hantu”  jenguk Intan dari tepi pintu. Matanya meliar mengintai gusar sekiranya ada lelaki yg Nampak dirinya yg tidak bertudung.

“Apa kebende hantu petang-petang ni kau ni punnn hahahaha! Jom laaa jom laaa aku dah lama teringin nak naik basikal ni, kat KL mana ada”
“Ek elehh sori sikit ehh.. aku hari2 naik basikal kott”
“Tu vespa la ngekkk haha” tawa berderai
“Alah.. kira satu family basikal lah juga kann sebab ada handle, tayar dua?? Hehehe”
“Ngeng la kau ni.. jom la teman aku, petang ni je, please” terkebil-kebil laju mata aku merayu. Budget nak buat macam mata kartun terkebil-kebil mohon simpati walaupun aku tahu tak menjadi langsung! Haha. Tapi..  aku tahu Intan kesian tengok aku. Aku tahu sebab muka dia serba salah. Yes mengena! Aku jerit gembira dalam hati.
“Aku bukan tak nak teman kau.. tapi ni” tangannya menekan dan mengusap perut yg sedang senggugut. Kecewa.
“Hmm ok lah tak apa kau rehat la cukup2. Malam ni dah la ada program. Nanti aku cerita kat kau betapa seronok naik basikal keliling kampong kau jangan jeles pulak tau. Hahahaha” sempat lagi aku berseloroh sebelum kaki aku mengayuh basikal keluar dari laman homestay tu.

Basikal itu aku kayuh perlahan-lahan. Dulu aku sangat mahir bab berbasikal. Sebut je basikal semua penduduk taman tu akan terfikirkan aku. Tapi sudah lebih sepuluh tahun aku tidak berbasikal sejak aku menyambung perlajaran jauh dari rumah.

Gelong. Basikal itu sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Tambahan tanah di kampong itu tidaklah serata jalan di kawasan perumahan aku dulu. Aku mula berfikir untuk berpatah balik. Adalah dalam baru 400m aku Berjaya mengayuh di jalan yg lurus tepi bendang. Niat aku agak terbantut dengan skill berbasikal yg sudah berkarat. Kakiku berhenti mengayuh dan pandangan aku terhenti ke bendang di sebelah kiri aku.  
Subhanallah… hati aku tersenyum. Cantik tumbuhan ciptaan Allah beri kepada petani-petani ni, Nampak sihat padinya, masih baru menghijau. Yg di hujung bendang nun disana; dalam relung yg lain kelihatan jentera padi sedang bergerak memproses padi yg sudah menguning emas. Aku tersenyum lagi. Seronok rasa hidup di kampong.

“ Teet, teet!” bunyi jam g sport di tanganku menyedarkan waktu hampir senja. Sudah 6.30 ptg. Aku perlu berpatah balik ke hosmestay kami. Baru saja hendak mula mengayuh aku ternampak… eh syam! Terkejut aku. Syam tersenyum kambing sambil menongkat basikal hitam tua yg tinggi itu dengan hujung kakinya. Kelakar pun ada aku rasa. Apa dia buat kat sini? Sejak bila dia ada kat sini? Jarak syam dengan aku lebih kurang 100m. Aku Cuma angkat kening dengan mimic muka tertanya-tanya, berharap dia paham soalan aku yg bertubi2 dalam hati aku. Tapi Syam masih dengan senyum kambingnya, dia menjawab dengan mengangkat keningnya juga. Hah, sudahh.. dah kenapa dengan dia ni.. nak apa. 

Sunday, January 25, 2015

the untold, untitled and undecided #2

Masih ingat kisah mira? Sila click pada label cerpen untold undecided  untuk bahagian 1...

**************

Saat tu aku tergamam. Lidah aku kelu. Telinga aku berdesing. Apa yg aku dengar ni? Betul ke apa yg aku dengar ni? Beberapa saat aku kaku macam patung.

"Mira...? saya.. kitorang.. sebe.."
"Excuse me sir, Here is your entrée.. enjoy" syam tak jadi menyambung bila pelayan hotel datang menghidang hidangan pertama. pandangan aku jatuh ke meja. Tapi fikiran aku kacau bilau. Masih terkejut.. Perlahan-lahan tangan aku tarik ke bawah meja. Aku ramas dan genggam alas meja menahan rasa. Hati aku tiba-tiba perit bagai disiat siat.. sampai hati korang! Ikutkan hati aku mahu lari jauh jauh. Ikutkan sakit aku nak jerit kuat kuat. Ikutkan amarah.. aku nak je tuang air tu ke muka mereka. Tapi aku masih ada imAn..

"Tahniah" kataku sepatah dengan semangat yg masih bersisa-sisa. segarit senyuman aku lemparkan pada mereka. Wawa mencuri pandang. Takut-takut. YElah, dah buat salah Harus rasa begitu.

"Hmm.. aku rasa sebenarnya korang mesti nk celebrate sempena bakal bertunang ni. tak kan aku nak kacau daun korang berdating pulak kan.. hehe" tawa aku hambar sangat. Plastik sangat kau mira! Aku mengutuk diri. Aku tolak kerusi Perlahan-lahan.. berdiri. Hampir jatuh. skrew lutut aku terasa begitu longgar.

"Eh awak nk pegi mana ni?"
Aku nak Lari nangis kat tempat lain lah! Sebab kau dan orang yg paling aku percaya dah tikam belakang aku. Dah perbodoh aku!

"Sakit perut sebenarnya.. balik dulu la ye" akhirnya itu yg keluar dari mulut aku. Langkah aku tidak stabil. Tapi aku gagahi Juga.
Mana aku nak pergi.... langkah aku makin laju meninggalkan cafe hotel putra tu Tak berhaluan. tekak aku perit menahan tangis. Teksi yg lalu berkali-kali kutahan tapi tiada yg sudi berhenti. Àpalah malang nasibku hari ni..... air mata aku jatuh jua. Satu titik.. dua titik.. tiga... laju ia menuruni pipi tembam aku. Aku tewas! (T_T)

Wednesday, July 10, 2013

The Untold, Untitle and Undecide-1

(p/s. maaf tajuk xde lg, plot pun x terfikir lg. Saya buat cerpen ni semasa cuti semester dulu, bila saya habiskan cuti saya di Kedah)

Dari anjung kekisi aku merenung ke padang bola bertentangan dengan hostel. Pandanganku yang mulanya kosong dan tidak berarah tiba-tiba tertumpu pada susuk tubuh yg amat kukenal. Satu tarikan nafas yang panjang, perlahan aku lepaskan. Lincah dia meligat dan menyepak bola.
pic ihsan google
“gol!!!” tiba-tiba mereka yg berada di padang bersorak apabila bola yg disepaknya mengenai sasaran. Walaupun jauh, jelas kelihatan mukanya yang puas dan tersenyum gembira sambil mempamerkan sebaris giginya yg putih dan cantik tersusun. Dia berlari keliling padang. Pasti pertarungan itu begitu sengit hingga membuatnya gembira sedemikian rupa.

Aku terus merenungnya hingga tiba-tiba pandangannya berlaga dengan mataku. Kelam-kabut aku menyorok kerana tidak bertudung. Kemudian baru aku teringat cermin bilikku itu gelap, jadi orang di luar tidak boleh Nampak aku. Perlahan-lahan aku bangun dan merenung ke luar tingkap semula. Dia memandang handsetnya dan kemudian memandang kearah bilikku lagi. Keningnya bertaut rapat. Kecewa.  Tidak lama selepas itu aku handsetku berbunyi. Sudah dapat aku agak dari siapa.

kenapa tak datang tadi?
Lama kutenung hensetku, lalu kuletak ke atas meja tanpa berbalas. “sori Syam..” bisikku perlahan dan langsir kuturunkan kerana di luar hari semakin gelap, maghrib sudah hampir tiba.

                                 *   *   *   *   *

“Mira, senyum sikit! Takut aku tengok muka kau” seloroh Intan.  Aku buat-buat senyum.
“Kau ni dah kenapa, macam telur tembelang je..?”
“Tak ada apa, aku Cuma rasa tak sedap badan” jawab ku endah tak endah.
“Tulah kau, tengok lagi movie sampai larut malam depan laptop kau tu. Lepas tu tak cukup tidur, memanglah badan tak sihat!” aku biar Intan membebel di sebelahku. Suaranya ditahan-tahan kerana kami berada di dalam library. Nota di tangannku kuselak-selak tanpa membaca.
“Intan, aku balik dulu ya. Aku rasa aku perlu rehat” tanpa menunggu Intan menjawab aku mengemas barang dan beredar dari library. Intan hanya memandangku tajam.

Mira, marah lagi ke pada saya?
Aku berasa sangat marah dan kecewa dengan soalan yg aku kelaskan sebagai soalan “kurang bijak” tu. Marah kerana diriku gagal membenci Syam. Marah kerana terlalu senang percaya kepada orang-orang disekelilingku. Dan lebih mengecewakan, marah kerana aku biarkan diriku diperbodoh Syam untuk bersama dengan Wawa.

Aku pada awalnya memang tidak berkawan dengan lelaki. Tapi Syam adalah lelaki pertama yg berani menegurku dan menjalinkan persahabatan, dan aku menerima persahabatan itu dengan hati yg terbuka dan gembira.
Siapa sangka Syam sebenarnya Cuma ingin mempergunakan diriku untuk rapat dengan Wawa, roomateku.


                                 *   *   *   *   *

“tak wish saya pun” kataku pura-pura marah tetapi muka berlagak selamba.
“ohh.. sori2, lupa..” balasnya dengan muka tidak bersalah.
“nanti saya belanja ye, dinner?”
“tak apa, saya saja je cakap. Bukan nak apa-apa pun”
“please..? lagipun saya ada hal sikit nak Tanya awak’
“hmm ok. Tapi tak payah nak grand2 sangat. Kedai mamak pun ok” kataku sambil berlalu pergi


                                 *   *   *   *   *

“kenapa bawak ke sini?”
“tanda minta maaf” blasnya ringkas
Aku merenung ke pintu lobi hotel seri putra Kuala lumpur itu. Aku menoleh pula pada Wawa disebelahku. Wawa tersenyum kelat. Patutlah beriya-iya benar dia pakai cantik-cantik  bisik hatiku sambil melihat baju yg aku pakai. Cuma baju kurung polos warna krim berbunga pink kecil. Aku menarik nafas panjang.. tak apalah, yg penting aurat terjaga pujukku lantas melangkah masuk ke lobi hotel. Wawa terkedek-kedek mengejarku dalam baju blouse yg baru dibelinya siang tadi. Langkahnya kecik-kecik. Wawa banyak berdiam diri. Aku pun malas nak  cakap banyak.
“Nak makan apa mira?” aku membatu bila Syam bertanya. Mataku masih membelek-belek menu di tangan.
“order jelah apa-apa.. asalkan sedap” balas ku tersenyum nipis.


                                 *   *   *   *   *


“Mira…” nada suara Syam berubah. Tiba-tiba dadaku berdebar –debar. Kenapa pula ni….
Syam sekejap-sekejap mengetuk jari di meja, kejap-kejap memandang kearah wawa. Wawa takut-takut membalas pandangannya. 

“mira.. saya ada benda nak bagitahu awak”


“bulan depan saya dan wawa nak bertunang”