“Tepilah..!” perlahan suara aku macam berbisik. Tapi tangan
kanan aku laju mengibas-ngibas ke kanan isyarat meyuruh Syam ke tepi memberi
jalan kepada aku. Dah la jalan tepi bendang ni sempit! Syam buat muka endah tak
endah. Senyum kambingnya kian melebar. Sesaat dua kemudian digelengnya kepala
tanda tak mahu mengalah.
“ngada-ngadalah mamat ni!” gumam aku. Aku jeling belah kiri
jalan. Penuh belukar rumput yg panjang setinggi aku. Kiri bendang, kanan belukar, hah elok sangat! Perli aku dalam hati.
TEPIIII!!! Tangan
aku makin laju mengibas macam orang yg ada sodenham
chorea dah. Syam ketawa puas hati dapat mengenakan aku.
Sukalah tu kan? Halang jalan aku nak balik. Rasa
geram masih bersisa tapi aku main redah lah jugak mengayuh basikal dek petang
yg kian senja. Bila sahaja aku mula mengayuh Syam juga turut mula mengayuh. Aku
berhenti. Dia turut berhenti.
Arghhh mamat ni
geramnya aku! Macam biasa aku marah dalam hati. Si Syam pula makin galak
ketawa sampai hilang biji matanya terpejam-pejam. Apa yg kelakar sangat entah.
Aku bertekad meredah melepasi Syam. Sedang
Syam leka ketawa aku cepat2 kayuh. 80m… 50m… Syam masih pantas bertindak
balas. Lekas-lekas basikalnya dikayuh juga. Dah makin hampir... aku baru nk
membuahkan senyum tapi senyuman aku mati bila Syam sengaja menghalakan
basikalnya ke arah aku.
Gila!!! Mamat ni memang gila!! Kayuhan aku yg laju dan skill
berkarat aku bukanlah kombinasi yg baik untuk situasi sekarang. Mata aku
membulat besar. Ya Allah selamatkan kami!
“Ahhhhhh!! Aku terjerit kecil bila basikal Syam Cuma 3m
dihadapan. Laju. Menghala ke arah aku!
No comments:
Post a Comment