PENGUMUMAN: disebabkan plot cerita ni masih berterabur dan tak terancang so korang kena bersabar dengan cerita yg cacamerba ni haha. adiyos! enjoy ye
* * * * * *
FLASHBACK 1#
Kau tengah buat apa tu?
Tak ada apa-apa
Elehh tak payah tipu. Mesti kau masak roti jala utk dia kan? Aku tersenyum macam kerang busuk.
“Intan, jom ronda! Aku Nampak basikal kat luar hosmestay kita
ni!!”
Intan mengurut dada. Terkejut dengan jeritan aku yang sangat
tiba-tiba dalam kesunyian petang di homestay tu. Ishh.. mira.. mira.. geleng kepala.
“Kau ni kannn.. buat aku terkejut je. Kau jerit aku ingat
kau nampak hantu” jenguk Intan dari tepi
pintu. Matanya meliar mengintai gusar sekiranya ada lelaki yg Nampak dirinya yg
tidak bertudung.
“Apa kebende hantu petang-petang ni kau ni punnn hahahaha! Jom
laaa jom laaa aku dah lama teringin nak naik basikal ni, kat KL mana ada”
“Ek elehh sori sikit ehh.. aku hari2 naik basikal kott”
“Tu vespa la ngekkk haha” tawa berderai
“Alah.. kira satu family
basikal lah juga kann sebab ada handle,
tayar dua?? Hehehe”
“Ngeng la kau ni.. jom la teman aku, petang ni je, please”
terkebil-kebil laju mata aku merayu. Budget
nak buat macam mata kartun terkebil-kebil mohon simpati walaupun aku tahu tak
menjadi langsung! Haha. Tapi.. aku tahu Intan kesian tengok aku. Aku tahu sebab muka dia serba salah. Yes mengena! Aku jerit gembira dalam hati.
“Aku bukan tak nak teman kau.. tapi ni” tangannya menekan dan
mengusap perut yg sedang senggugut. Kecewa.
“Hmm ok lah tak apa kau rehat la cukup2. Malam ni dah la ada
program. Nanti aku cerita kat kau betapa seronok naik basikal keliling kampong kau
jangan jeles pulak tau. Hahahaha” sempat lagi aku berseloroh sebelum kaki aku
mengayuh basikal keluar dari laman homestay tu.
Basikal itu aku kayuh perlahan-lahan. Dulu aku sangat mahir bab
berbasikal. Sebut je basikal semua penduduk taman tu akan terfikirkan aku. Tapi
sudah lebih sepuluh tahun aku tidak berbasikal sejak aku menyambung perlajaran jauh
dari rumah.
Gelong. Basikal itu sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Tambahan
tanah di kampong itu tidaklah serata jalan di kawasan perumahan aku dulu. Aku mula
berfikir untuk berpatah balik. Adalah dalam baru 400m aku Berjaya mengayuh di
jalan yg lurus tepi bendang. Niat aku agak terbantut dengan skill berbasikal yg
sudah berkarat. Kakiku berhenti mengayuh dan pandangan aku terhenti ke bendang di
sebelah kiri aku.
Subhanallah… hati
aku tersenyum. Cantik tumbuhan ciptaan Allah beri kepada petani-petani ni, Nampak
sihat padinya, masih baru menghijau. Yg di hujung bendang nun disana; dalam
relung yg lain kelihatan jentera padi sedang bergerak memproses padi yg sudah
menguning emas. Aku tersenyum lagi. Seronok rasa hidup di kampong.
“ Teet, teet!” bunyi jam g sport di tanganku menyedarkan
waktu hampir senja. Sudah 6.30 ptg. Aku perlu berpatah balik ke hosmestay kami.
Baru saja hendak mula mengayuh aku ternampak… eh syam! Terkejut aku. Syam tersenyum kambing sambil menongkat basikal
hitam tua yg tinggi itu dengan hujung kakinya. Kelakar pun ada aku rasa. Apa dia
buat kat sini? Sejak bila dia ada kat sini? Jarak syam dengan aku lebih kurang
100m. Aku Cuma angkat kening dengan mimic muka tertanya-tanya, berharap dia
paham soalan aku yg bertubi2 dalam hati aku. Tapi Syam masih dengan senyum
kambingnya, dia menjawab dengan mengangkat keningnya juga. Hah, sudahh.. dah
kenapa dengan dia ni.. nak apa.
No comments:
Post a Comment